Tips Penggunaan Lampin Kain (Cloth Diaper/CD) di rumah Pengasuh

10462926_10202489606865012_4872608235636607979_n
Gambar diedit dengan cantik oleh Puan Shazratunnaim (Lunatots Parit Raja)
Tips Penggunaan Lampin Kain (Cloth Diaper/CD) di rumah Pengasuh

Beberapa soalan lazim tentang cara penggunaan lampin kain (cloth diaper/CD) di rumah pengasuh.

Soalan : Tidak kah kita sebagai ibu bapa akan menyusahkan pengasuh dengan penggunaan CD ini?
Jawapan : Sepatutnya tidak. Sebagai seorang pengasuh yang mengasihi anak-anak, beliau akan menukarkan lampin anak setiap 4 jam. Sekiranya anak kita memakai lampin pakai buang (disposable diaper/DD), beliau masih perlu melakukan aktiviti yang sama.
Bezanya DD akan dibuang sementara CD disimpan didalam beg lampin kotor (wetbag) bagi tujuan kita ambil masa petang (waktu ambil anak).

Soalan : Maksudnya pengasuh tidak perlu basuh CD anak kita?
Jawapan : Tidak perlu. Hanya simpan CD didalam wetbag.

Soalan : Nanti CD tidak bertahi lalat? Bagaimana jika najisnya sukar ditanggalkan?
Jawapan : Jika bayi buang air kecil, hanya simpan CD didalam wetbag. Jika bayi buang air besar, sekiranya pengasuh dapat membuang najisnya terlebih dahulu adalah lebih baik. Namun sekiranya beliau tidak sempat, tidak apa. Hanya biarkan.
Kita akan basuh semasa dirumah nanti. Mungkin najisnya akan sedikit sukar ditanggalkan selepas dibilas namun ianya tetap akan hilang selepas di basuh dengan mesin.

Soalan : Maksudnya CD boleh dibasuh mesin?
Jawapan : Benar, CD selamat dibasuh dengan mesin.
Ada dua syarat. Satu, CD perlu dibilas sehingga hilang najis dan baunya. Sekiranya warna masih ada lagi, tidak apa.Syarat kedua, masukkan CD didalam beg basuhan CD (laundry bag) untuk menjamin CD kita tahan lebih lama.

Soalan : Bagaimana saya nak sidai CD kerana saya bekerja setiap hari pagi sampai petang?
Jawapan : CD boleh dibilas dan dimasukkan kedalam mesin (full machine cycle wash-rinse-spin) dan disidai didalam rumah dikeringkan angin kipas.
Lebih jarang CD terdedah dengan cahaya matahari lebih CD tahan lama. Mungkin pada hujung minggu sewaktu bercuti, anda boleh menyidai di bawah bumbung yang terkena cahaya matahari.

Soalan : Boleh saya pakai apa-apa jenis sabun?
Jawapan : Boleh, asalkan sabun itu bukan organic, tidak mengandung peluntur dan pewangi. Sabun yang dicadangkan ialah Lunacare Detergent yang dirumus khusus untuk bayi berkulit sensitif dan istimewa untuk pembasuhan CD

Soalan : Berapa keping CD perlu saya bawa ke rumah pengasuh?
Jawapan : Bergantung kepada berapa lama bayi ditinggalkan. Contohnya kita bekerja 10 jam, bayi tukar CD setiap 3 ke 4 jam, jadi hantar 3 CD bersih. Boleh tambah satu keping lebih sekiranya bimbang bayi buang air besar sewaktu baru tukar CD.

Soalan : Sekiranya saya nak pergi bersiar-siar bagaimana nak gunakan CD?
Jawapan : Anggarkan masa yang diambil untuk berjalan-jalan. Bawa CD bersih yang mencukupi. Bawa wetbag juga.
Selepas tukar lampin, hanya masukkan CD kotor didalam wetbag. Wetbag ialah beg yang kalis air dan kalis bau.
Ianya boleh ditinggalkan didalam kereta mahupun disimpan didalam beg.

Tips Keibubapaan : Dengan penggunaan CD, ibu bapa akan lebih cepat sedar sebarang perubahan pada anak mereka yang ditinggalkan dirumah pengasuh tanpa perlu bertanya kepada pengasuh.

Contohnya, berapa helai CD yang digunakan hari ini?
Berapa kali bayi buang air besar?
Apa yang bayi makan? (Melalui najisnya)
Adakah bayi mengalami sebarang infeksi (terutama bayi lelaki)?

Informasi penuh mengenai lampin kain Lunatots (Cloth Diaper /CD) disini

Untuk mendapatkan lebih maklumat, layari www.lunatots.com atau kemana mana cawangan Lunatots berhampiran anda.
Boleh whatsapp 0129449515 untuk sebarang pertanyaan.

Puan Suraya Ali, IBCLC
Lunatots Malaysia – Your Natural Parenting Enrichment Boutique

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading