Tips Membaca Al Quran

Janji Cik Sue awal tahun 2015.
3 kali khatam Al Quran.
45 buah buku setahun 300 muka surat setiap satu.

604 muka surat Al Quran, sehari 1.7 mukasurat.
Jika 3 kali khatam, sehari 6.7 mukasurat.

Untuk lengkapkan 45 buah buku, perlu baca 37 muka surat sehari iaitu 7.3 muka surat setiap kali lepas waktu solat.
Membaca bukan hobi.
Ia satu tuntutan dan keperluan.
Terlalu sedikit yang membaca.
Daripada yang sedikit, sedikit juga memahaminya.
Dari sedikit yang memahami, hanya sedikit yang menguasai.
Daripada yang menguasai, sedikit yang mengamalkannya.
Musuh yang bijak lebih baik dari kawan yang dungu.
Komen seorang tokoh Yahudi melihat kelembapan budaya membaca umat Islam, “Kita tidak takut dengan orang Islam. Sebab orang Islam kini ialah umat yang tidak membaca”

Ia tidak mudah.
Anggapkan membaca ialah oksigen kepada nafas umat menuju kejayaan dan kekuatan. Semula.
Masihkah kita boleh bernafas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading