surirumah separuh masa

semalam saya MC
demam sengal sengal lutut
NO, saya tak pregnant (aiceh defensivenya..orang tak tanya pun 😛 hihihi)

pagi hari saya berehat dengan zikry
saya tak hantarnya ke rumah pengasuh kerana nak ambil peluang berulit dengannya
(ha, buleh dapat tokoh ibu 2009 tak?)
saya tidur, zikry tidur
saya pura pura tidur, zikry korek korek mata saya
lepas makan, mandi, zikry tidur… saya sambung tidur lagi lepas makan ubat
dan jam 2.00 pm saya bersiap nak bawa zikry ke klinik
untuk suntikan setahunnya..kenapa lewat bawa zikry?
sebab mommynya baru jumpa kad rawatannya di celah celah sampah resit2 mommy
ini entry dulu masa zikry umur 6 bulan (utk suntikan)

saya memang nerbes nak pergi klinik berdua dengan Ammar Zikry
tak pernah kami berdua duaan, selalunya mesti ada ayahnya



zikry tidur masa saya angkatnya dari katil ke car seat
alahai baiknya..mungkin berkat doa kawan kawan saya yang wish Good Luck, bila mereka tau saya nak keluar berdua dengan zikry yang tak suka dok dalam car seat

dia tidur sungguh sungguh lena

nampak cam buat buat tidurkah? close up lebih hampir..
sungguh dia tidur!

buat mereka yang blur dengan tujuan gambar di bawah
saya nak ambil gambar saya dengan zikry yang tidur
tapi masuk gambar hidung & muncung sahaja..ekeke

okeh, acik demam tak puas hati
amik gambar lagi sekali
walaupun demam, muka tak berbedak dan kembang
saya tega meletakkan gambar saya yang happy dan senang hati membawa zikry ke klinik

Ini adalah Klinik Ibu & Anak Batu 9, Cheras
Saya kesini dari semasa mengandung sehinggalah setiap suntikan zikry
kecuali suntikan yang tidak diprovide kerajaan seperti pneumacocol
barulah saya ke klinik swasta
(hint hint : pandai jimat mommy iki ni..)

huhu..depan pintu klinik, saya parking kereta
nape tak bawa masuk klinik je terus kan?

mula mula sampai harus dapatkan no & kepilkan di kad rawatan

kemudian bogelkan anak anda utk mengambil timbangan berat & ukuran panjangnya
ada la sorang dua mommy yang senyum2 sebab saya sibuk dengan kamera saya

ini mesin timbang & ukur panjang baby
semasa zikry ditimbang, saya tak sempat ambil gambar
sebab zikry menangis dan beratur ibu2 lain nak guna timbang
*hak kerajaan haruslah dikongsi bersama rata tak gitu…keke

ini nurse nurse di klinik ini
tegas nurse ni “jangan dirikan baby atas mesin timbang”
saya sengih2 “o ye ke, sorry dik ye..minta maaf..lepas ni akak tau dah :)”
dia “hemm..”
lepas tu dia sound orang lain pula “jangan tekan tekan apa apa button pada timbang tu, dah start dah tu”
hihihi..sian dia, penat kerja dari pagi ke petang agaknya
saya tak kisah…sebab itulah harga percuma kan… 🙂

gambar gambar semasa zikry di klinik

masa ni dia meragam nak turun berjalan sebab budak2 lain berjalan
saya tak bawa kasutnya kerana dia tidur tadi
tidaklah saya tidurkannya dengan kasut bagai kan..hihi

dalam gambar di bawah ialah Qashrina & abangnya
*yang penting, mama Qashrina panggilku ‘akak’
ayoyo..cepat matangkah muka ku?

tunggu punya tunggu punya tunggu
nurse di bilik suntikan cakap “akak, harini takde suntikan setahun, kena datang hari Rabu atau Khamis sahaja”
waha…

maka dengan lenggang kangkungnya,kami pulang ke rumah
ini baru betul betul lawatan zikry ke klinik…melawat semata mata

sampai di rumah, saya masukkan zikry dan pergi tutup pagar rumah
lihat gambar di bawah, sedih sangat dia kan?
kalau kami sekeluarga berada di ruang tamu dan saya bangun ke dapur
pun zikry akan menangis begini (walaupun ada ayahnya!)

saya bersiap siap nak masak pula
haruslah iki nak join sekaki
lihat lah iki memasak di dalam Tupperware 🙂

sekejap je main Tupperware ni
lepas tu dia main lesung batu….boleh?

okeh, inilah masakan saya semalam
sebagai beginner, saya memang malu malu ayam nak tempek gambar
tapi tetap nak sharing is caring dengan semua

Resipi Ayam Goreng Berempah:
Tumbuk halia, serai, jintan manis, jintan putih, bawang putih, garam & gula
Tambahkan serbuk kunyit & serbuk kari
Perapkan selama 1 ke 2 jam

Inilah hasilnya…
Biasa biasa saje kalians, tapi saya suka bila suami suka 🙂
sampaikan abuk2 rempah tu pun dia simpan utk makan esok katanya
*ah macamlah esok saya tak masak 😛


nama sayur dibawah ialah sayur-campak-campak-campur-garam-siap



dan bila zikry dah tidur
saya kemaskan apa yang zikry semakkan
*hidup ini kan kitaran, ada org semakkan, ada org akan kemaskan..ikiki

prff….layakkah jadi suri rumah?

3 comments

  • Liz

    knp suntikan pneumacocol tak diberi di klinik kerajaan? pelik kan? sedangkan penyakit tu bahaya! dgr cerita kementerian tgh buat usul utk mewajibkan suntikan nie. tak tau la betul ke tak.

    selalu pegi klinik swasta, nampak brochure ttg suntikan nie. bila la batrisyia nak gi suntik. setakat nie, tgk dia nangis lepas kena suntik, rasa kesian. huhuhu
    —-
    lize: dengar dengarnya lagi 10 tahun baru gomen nak beri suntikan ni secara percuma. sbb buat masa ni hanya ada satu supplier utk vaksin ni dan harganya terlalu mahal (RM300-RM400 utk satu dos).
    sedangkan bayi perlukan 3-4 dos *bergantung kepada umur bayi :sigh:

  • Kak ina

    sue,
    berapa berat iki skrg?nampak cam makin montel jek
    —-
    kak ina : iki dah 9.02 kg dengan panjang 75 cm 🙂

  • sya_firwan

    hihi..sue masak…bestnye..nanti poskan ayam berempah sue ke sabah ye..:)
    —–
    sya : nanti sue belajar masak macam sya masakkan sue haritu ye sya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading