Sentiasa ada stick on note

Mommy simpan ini — Nota Buat Dzakwan.
Waktu ini kami makan sekeluarga di Mee Tarik Bangi.
Pesanan makanannya ketika itu lewat sampai dan Dzakwan benar benar lapar.
Dia mula memberitahu berkali kali bahawa dia lapar.
Mencuri sedikit masanya, Mommy bawa keluar kertas stick on note dan menulis nota untuknya.
Mengambil hati dan mengalih perhatian — dari lapar dan dahaganya.

Balas dengan senyuman.
Sambil ajar mengeja.
Dan meluangkan masa bersama.
Biarpun di meja makan.
Stick on note sentiasa ada dalam handbag Mommy — hehe ada macam macam lagi perkara magic dalam handbag.
Ibubapa cuba ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading