Self control

Skil yang diperlukan oleh anak anak sepanjang tumbesarannya dan ibubapa boleh memberikan lebih fokus kepadanya.

Skil yang pertama ialah skil untuk fokus dan kawalan kendiri (self control). Dalam dunia yang serba cepat, pantas dan berlari cergas ini, anak anak memerlukan skil ini samada di rumah atau di tempat kerja (apabila sudah dewasa). Satu kajian Marshmallow Test dikendalikan oleh Walter Mischel dari Columbia University, anak anak diberi pilihan samada mahukan satu Marshmallow sekarang atau boleh dapat lebih banyak jika sanggup menunggu sedikit waktu.

Kajian mendapati anak yang sanggup menunggu Marshmallow lebih berjaya dalam pelajaran dan kehidupan serta lebih rendah tahap kekecewaan terhadap sesuatu perkara.

Fokus dan kawalan kendiri (self control ) ini melibatkan kawasan otak untuk menumpukan perhatian, mengingat peraturan, dan menghalang tindak balas awal seseorang untuk mencapai matlamat yang lebih besar.
Dan skil ini boleh diajar, seperti yang ditunjukkan oleh kajian Michael Posner dan rakan-rakannya dari Universiti Oregon.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading