Selepas Ramadhan berakhir

image

1. Hari ini 6 Syawal. Encik suami sudah mula berpuasa. Puan isteri rasa tak sedap badan dari semalam dan belum berpuasa.

2. Mak dan ayah pulang ke kampung untuk checkup hospital. Anak anak bersama Mommy dirumah. Semuanya selsema.
Seorang demam. Purata 1/3 iaitu 30%.

3. Tinggal kami berempat dirumah. 2 orang demam. 2 orang selsema sahaja. Sudah 50% demam.

4. Pagi sampai petang berehat sambil kemaskini blog. Pejam mata (tidur) pun mimpi yang bukan bukan.
Bangun terjaga dan solat.
Siapkan makanan untuk anak anak.

5. Masa kemaskini blog, copy and paste artikel lama. Tak sangka saya boleh tulis sesemangat ini. Haha siap tak sangka.
Apa yang saya pernah tulis itu rupanya untuk diri saya sendiri hari ini.

6. Anak anak buat hal sendiri. Sekarang pun tengah osom nak tengok siapa kalah kena mandi dulu. Sebenarnya apa bezanya mandi dahulu atau kemudian. Tetap kena mandi kan.

7. Sakit tekak, hidung tersumbat dan sukar bernafas. Nikmatnya sebuah kesihatan. Jenuh saya fikir siapa yang sakit waktu bertemu di hariraya.
Imun sistem diri sudah 34 pun masih belum cukup kompeten kan.

8. Blog rasmi di www.surayaali.com
Blog untuk kawan kawan dan cerita anak anak di www.lunastory.info
Blog travel di www.traveluna.info

9. Tak apa rumah bersepah. Rehat adalah antara usaha untuk badan membina semula sel sel kesihatannya eh begitu kah hihi.

10. Bila saya tulis dan baca semula selalunya saya senyum dan teringat ingat momen ini.

Banyak lagi mahu tulis ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading