Review Hada Labo

Dalam usaha menjadi ‘ibu’, mommy jangan abaikan diri sendiri ya
Puan Haza dan Puan Farah, inilah Hada Labo yang mokcik cerita semalam tu
Sejak sejak hampir umur 30 tahun ni, ta-ching lebih bila nampak kedutan di hujung mata setiap kali senyum
Jeragat pula daripada anak dara tak hilang hilang

Haritu masa tengok rancangan Korea, saya dapat info
Iaitu penjagaan kulit bukan sekadar membersihkan kulit
Tetapi tentang pengekalan kelembapan kulit
Penting untuk meletakkan moisturizer anda di bilik air supaya boleh ditepekkan sebaik sahaja selepas mencuci muka

Kerana kelembapan kulit akan semakin berkurangan pada setiap minit sebaik sahaja selepas mencuci muka
Okeh, sila buat muka tak percaya bila Cik Sue cerita pasal produk kecantikan tiba tiba

Cik Farah “oh aku tak percaya Sue, ko akan cakap begitu”
“Ha’a, mentang mentangla aku pau syampu ngan pencuci muka ko tiap kali gi Brunei ngan Bintulu tempohari ye”

Tips : Bawa moisturizer dalam poket seluar
Senang nak tepek ke muka time time rasa kering kan

Saya suka produk Hada Labo ini kerana ianya tiada pewangi dan bebas bahan kimia
Toner nya pun (dipanggil lotion) bukan dalam bentuk-toner-biasa yang mengandungi alkohol
Ianya mengandungi Super Hyaluronic Acid, Retinol, Vitamin A dan Collagen untuk range wanita matang (ya, kita lah..hihi)
Set yang mesti ada ialah :
– Pencuci muka (Hada Labo range mana mana sahaja – set merah tiada)
– Lotion
– Milk
– Cream
– Essence
– Mask (sekali sekala)
– Exfoliator ( Hada Labo range lain- set merah tiada)

Selepas hampir 1 minggu menggunakan produk Hada Labo ini
Saya tidak mengalami merah merah muka mahupun gatal gatal
Kulit yang kering (kan boleh rasa macam ada kelemumur pada muka) pun hampir tiada
Recommended untuk set wanita matang Hada Labo!

 

Hah, exfoliator pula? Ahaha..
Saya baru baca mengenainya daripada link di blog Puan Chloe

 

Sumpah saya baru tahu kena pakai exfoliator sebelum cuci muka
Selama ni, cuci muka pun sekali sekala
(Pastu merungut jerawat sana sini)

Harini juga saya minta encik suami ke Guardian untuk mencari exfoliator isterinya!
Malam tadi ialah malam kedua saya pakai Nivea Visage Soft Calming Mask yang mengandungi aloevera
Malam pertama menggunakannya – anak anak dah tidur
Malam kedua – mereka terjerit jerit ketakutan

Mommy Luna : Yes, ada modal untuk menakutkan anak anak iaitu “Ha, kalau naughty, mommy pakai benda-warna-putih-tu-ye”
HAHA (merasa perasaan jadi gorgon)

Mommy Luna di facebook.com/suelunatots
Tinggalkan msg untuk saya mengenali anda dan approve friend request ya!

 

5 comments

  • wilda

    hahahahaha

    Pst Ayang, Ayang gelakkan review pertama produk kecantikan Alang kah?
    Ahahaha (sambung gelak sebab teringatkan wajah wajah yang takut malam tadi..ekeke)

  • azniscott

    Tengah simpan modal beli SK11 huhuhu,kulit sudah kusam kurang beseri dalam gambar

    Gulp Azni, pelaburan tu…pelaburan…hihihi

  • amirah

    bagusnya idea untuk menakut-nakut anak2 tu kan sue..2 in 1, sambil menjaga kecantikan untuk suami..huhu

    Ha Amie, itula niatnya – untuk suami dan keyakinan diri.
    Menakut nakutkan anak supaya mereka bersopan adalah bonus.

  • La_Belle_Shump

    ekekeke sue, sue.. dpt bayangkan muka sue dgn buat jegil mata menakutkan anak2..hhehe…
    semenjak dapat damia ni dah takde time bsenang lenang pakai mask.. cukupla pencuci, toner n moisturizer.. itupun kena buat time damia tgk dibo the gift dragon, kalo tak dia ambik minyak rambut ayah nya pkai kat muka (dia penah buat tau).. anak pompuan mcm tu kot.. mama lah idola lecantikan diorang hihihihi

  • Nama Takde

    Salam..Luna thx for da info Sya tgh buat research ckit coz member kta produk ni bagus

    Welcome Nama Takde

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading