Resipi Ikan Siakap Kukus & Sup Ikan Merah

Oh oh jangan klik close dulu
(Mungkin anda sangka anda buka resipi.com-tapi-gambar-dan-resipinya-bukan-yang-anda-mahukan)
Ini blog mokcik Luna yang mahu exam tu
Gambar gambar ialah gambar masakan minggu lepas sebelum dia terfikir tentang exam yang makin hampir
Sekarang ni dia tak lalu masak – makan masih lalu, anehnya!

Hihi..ini ialah resipi Ikan Siapa eh Siakap Kukus
Saya suka Siakap Masak Stim kerana sukakan rasa serai, rasa limau nipis dan daun limau
Tetapi encik suami sudah boring dengan ikan siakap masak stim
Asyik asyik itu asyik asyik itu, sesekali mahukan suatu yang berlainan
Kita google resipi lain iaitu Ikan Siakap Kukus

Bahan bahannya lebih mudah :

2 ulas bawang besar
5 ulas bawang putih
1 batang daun saderi
1 batang daun sup
3 biji tomato
2 cili merah

Bunga kobis dan lobak merah dalam gambar diatas ialah untuk masak sayur campur tetapi tumpang pinggan jiran

Jangan lupa 1/2 ikan siakap yang sederhana besar nanti tak jadi pula resipi Ikan Siakap Kukus..hihi
Mula mula basuh ikan dengan tepung gandum dan garam
Kemudian letak didalam tempat kukus bersama bawang besar dan bawang putih serta sos tiram

Setelah ikan hampir masak, masukkan kesemua bendasing yang telah dipotong tadi
Untuk mendapatkan kuah yang pekat, campurkan sedikit tepung jagung
Ikan Siakap Kukus siap untuk dimakan bersama nasi panas!

Anak anak suka makan sup
Dalam pantang pun elok makan sup supaya wajah berseri seri macam ikan merah dalam sup..hihi
Masak sup ikan laaaagi mudah!

3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
Sepotong kecil halia
Tumiskan bersama ikan merah yang kita sebutkan tadi

Tambahkan air, daun sup, tomato dan garam

Lepas ni mok Sue memasak hari hari sampai sedap
Buat masa ini baru dapat 2 bintang daripada bintang bintang yang ada di langit
Belum boleh jamu orang makan – masih perlu talian hayat Restoren Tomyam berhampiran kediaman
Namun usaha tangga kejayaan!
(Walaupun escalator/lif lebih cepat sampai)

Mommy Luna : Belajar malam malam ni payah, mudah lagi tidur bergelimpangan (seperti biasa)..isk..

7 comments

  • nurul

    saya suka kerapu kukus nyonya..sedappp sekejap je licin..wah lama xmkn sup ikan merah teringat masa anak baru amik solid food dulu lepas sahur masak sup ikan merah campur carrot segala kendian blender pastu simpan dalam bekas2 kecil..wat mcm puree hehe tuk anak makan.seronok buat mcm2 puree.

    Nurul, kalau Nurul suka apa yang Sue reti masak, bulehlah kita bertukar tukar pinggan lauk semasa bulan puasa nanti..hihi

  • shogun_na

    wah…nmpk sgt menyelerakan…. Elok di masuk dlm list menu2 utk berbuka/sahur….kikiki….Thanks ek… 😉

    Ina, masukkan nama Sue sekali dalam tetamu yang datang berbuka puasa dirumah Ina..ekeke!

  • suliana

    wah.. nmpk menyelerakan.. blh la cuba nnti 🙂

    Su, dah buat nanti hantar sepinggan pada Sue ya. Ekeke

  • amirah

    sup ikan merah..perghh faveret…sue, nak add sue la kat facebook

    Amie, buatlah hari hari. Bagus sup ni untuk kesihatan zahir batin..hihi

  • nisa

    nak merasa masakan sue boleh?heheh…

    Nisa, Sue anak tiga cadang nak buat open house raya nanti, insyaAllah.
    (Puasa belum lagi, dah cakap pasal raya)
    Nanti Nisa datang ya! Sue masak air…hihi

  • azzamoro

    sedapnye. tetibe nak buat balik keje kang. hehe

    Wah Azza, Azza masak pasti lebih sedap!

  • Rojimah

    Tolongggggggggggggg !!!!!! Tolong bagi resepi ikan siakap kukus. The best siakap kukus ever in the worlddd… plssss yerrrrr, shre share la klu ada resepi ikan siakap kukus niiii…… solute u if ya can give the best siakap kukus like i ask,,,,, chowwwwww

    Wah Rojimah, saya memasak setahun hanya sekali..hihi
    Nanti saya update resepi bila saya masak lagi ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading