Q & A Cloth Diaper (CD)

CD1

 

 

Q & A Cloth Diaper (CD)
=========

1. CD ini apa?
Ianya untuk baby pakai — alternatif lampin pakai buang.

2. Bila boleh guna?
Dari baby hari pertama hingga usia tiga tahun.

3. Berapa lama tahan?
Boleh guna sehingga 4 jam. Tahan lama sehingga hampir 6 tahun.

4. Berapa banyak perlu ada?
Sehari baby guna 6 pcs lebih kurang sehari. Jika tak mahu kerap basuh, perlu ada sekurang kurangnya 10 pcs.

5. 10 pcs ini tahan berapa lama?
Lebih kurang 6 tahun. Jika Puan ada banyak, lebih baik. CD tahan lebih lama kerana cycle penggunaannya kurang.

6. Jika buang air besar, bagaimana mahu basuh?
Jirus guna air paip di toilet bowl kemudian bilas sahaja di sinki.

7. Warnanya tak tinggal kesan?
Tidak Puan. Material microfleece tidak menyimpan air dan warna. Lepas basuh mesin dan sidai, warnanya akan hilang.

8. Boleh basuh mesin?
CD memang kena masuk mesin basuh Puan. Cuma sebelum masuk pastikan CD hilang hancing.

9. Butang di bahagian hadapan CD ini untuk apa?
Ianya untuk larasan butang boleh adjust size.

10. Ada berapa jenis CD?
Ada dua. Samada mahu larasan butang di pinggang atau pelekat velcro di pinggang.

11. Mahu basuh tangan boleh?
Boleh. Jika baby hanya kencing atau dalam perjalanan yang tiada mesin basuh, boleh basuh guna tangan dan sedikit sabun kemudian sidai.

12. Boleh rendam?
Sebaiknya jika tak mahu masuk mesin basuh lagi, simpan dalam baldi bertutup yang tiada air. Tidak perlu rendam takut terlupa atau terlewat basuh.

13. Masuk mesin basuh 1 helai sahaja?
Masuk mesin basuh sekurang -kurangnya 6 helai CD sekali. Jangan lupa guna laundry bag. Tanya Admin mengenainya ya.

14. Boleh campur baju baby yang lain?
Boleh. Sebelum masuk mesin basuh CD mesti dibilas hilang bau dahulu ya.

15. Sabun apa apa pun boleh?
Gunakan sabun yang tiada pelembut, tiada enzim dan kurang buih untuk memastikan CD kekal menyerap, tidak keras dan sentiasa bersih.
Gunakan sabun Lunacare yang dirumus khas untuk baju dan CD baby.
Tanya Admin mengenainya ya.

16. Bagaimana waktu malam? 4 jam juga CD boleh diguna?
Bagi baby diatas usia 3 bulan, masukkan 2 insert ke dalam poket. Lampin kini tahan 6 jam iaitu sepanjang waktu tidur anak.

17. Jika dirumah pengasuh boleh pakai CD?
Boleh. Minta pengasuh tukar CD baby setiap 3 ke 4 jam. Bila kita balik kerja kita akan ambil baby dan CD kotornya.
Kita bilas dirumah. Pengasuh tidak sukar.

18. Bila berjalan jauh?
Tukar CD setiap 3 ke 4 jam. Atau masukkan 2 inserts jadi CD tahan 6 jam. Masukkan CD kotor dalam beg khusus (wetbag) yang kalis air dan kalis bau. Cik Luna boleh terangkan.

19. Ada belian pakej?
Ada. Dan ia lebih jimat Puan. Whatsapp 012.9449.515 untuk kami bantu Puan ya.
PM Admin dahulu kerana Admin tak dapat PM Tuan Puan.

20. Cawangan Lunatots Natural Parenting dimana?
+ HQ di Seri Bangi Seksyen 8
+ Bandar Sri Permaisuri Cheras
+ Jalan Diplomatik Presint 15 Putrajaya
+ Seksyen 23 Shah Alam
+ Laguna Merbuk Sungai Petani
+ Jalan Sungai Dua USM Penang
+ Taman Bentong Prima, Bentong Pahang
+ Jalan Universiti Parit Raja Batu Pahat
+ Bandar Baru Uda JB

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading