Penyusuan Susu Ibu Semasa Mengandung

salam puan suraya. saya suhana koting.I’ve been rang u up tadi, sorry sesangat interrupting your lunch hour…:p..I’ve been a silent reader to ur marvellous blog for quite a time (your blog should win as “the most outstanding blog”..hahahha..sorry ye..gurau gurau je..

actually, i’m fully breastfeed anak saya selama 1 tahun 4 bulan (alhamdullilah..)..lately, susu saya semakin mengurang, setiap kali pam hanya dapat from 0.5 to 1.0 oz…sangat sedih saya dibuatnye…right now, dah 1 week tak dapat hantar anak ke pengasuh sebab bekalan susu untuk di hantar tak cukup..last monday, saya dapat tahu yang saya dah mengandung for about 6 weeks…is it because of saya pregnant, my breast milk dah menjadi kurang…saya ada membaca artikel puan yang disiarkan dalam majalah Pa&Ma, keluaran November 2009 if i’m not mistaken regarding menyusu semasa mengandung.supposed to be there will be no problem semasa mengandung untuk menyusukan anak kan…tetapi in my case, tak tau nak habaq lagu mana dah..:p

Saya harap Pn. Suraya boleh membantu saya regarding this matter sebab saya sangat sedih dan tertekan berhubung perkara ini…yang menambahkan risau saya ialah pada masa sekarang saya sedang menyambung pengajian di UM, dan memerlukan komitmen yang agak banyak dalam kerja-kerja pengajian saya..maaf menggangu sekali lagi dan thanks for your help and attention.

Suhana Koting
—–
Assalamualaikum Suhana,

Terima kasih sebab sudi email dan call Sue. Pertamanya, tahniah kerana berjaya menyusukan anak sehingga usianya 1 tahun 4 bulan sekarang dan tahniah juga untuk baby yang bakal lahir.
Rezeki 2011 untuk Suhana sekeluarga pastinya 🙂

Penyusuan susu ibu lebih daripada memberi susu kepada anak. Ianya merangkumi emosi yang tercipta semasa sesi penyusuan itu berlangsung dan sebenarnya terus menyusukan anak biarpun semasa mengandung bagaikan antara peluang terakhir untuk memeluknya sebelum bayi baru lahir.

Bagi bayi berusia 1 tahun 4 bulan, susu ibu bukanlah satu satunya makanan yang dapat memberikannya tenaga dan zat yang diperlukan badan. Suhana boleh merujuk buku buku nutrisi yang berkaitan dengan anak anak untuk sumber makanan lain.

Ironinya apabila susu ibu berkurangan pada setiap kali sesi pengepaman, ianya bagaikan signal untuk ibu menghentikan proses mengepam di pejabat. Lebih masa rehat untuk si ibu!
Diet anak di rumah pengasuh boleh digantikan dengan makanan lain. Dalam masa yang sama, yakinkan pengasuh, susu bukanlah satu satunya yang anak anda perlukan untuk membesar.

Teruskan menyusu anak ketika anda berada dirumah. Ianya bukan sekadar susu, dia rindukan anda!
Berikannya makanan ringan lain seperti buah buahan, kismis ataupun kurma sebelum tidur.

Terdapat perubahan rasa dalam susu ibu ketika ibu mengandung, sediakan air masak untuk anak anda minum pada waktu malam.

Cooobaan lain ialah puting yang sakit pada setiap kali penyusuan. Bila setiap yang terjadi itu bersebab, percayalah bahawa rasa sakit itu akan menyebabkan puting ibu lebih ‘tough’ dengan penyusuan baby baru nanti. Alihkan rasa sakit dengan tidak terlalu memikirkannya atau beri anak anda makan makanan lain sebelum menyusu. Keadaan biasanya terjadi apabila bayi terlalu lapar.

1 tahun 4 bulan mahupun lebih, perlahan anak kita perlu belajar menerima bahawa susu ibu bukan ada selama lamanya. Akan sampai masanya untuk dia menerima makanan lain dan nyatanya tiada masa yang tepat untuk itu bagi semua ibu dan bayi. Ibu dapat merasainya cuma dalam kebanyakan masanya, bila tiada fakta yang kukuh, hati ibu libang libu bagaikan ada suara berbisik bahawa dia belum melakukan yang terbaik untuk anaknya.

Berita baik apabila penyusuan susu ibu tidak terhenti sepanjang ibu mengandung, kakak/abang boleh berkongsi susu ibu yang sama apabila bayi lahir nanti!
Tiada apa yang perlu direbutkan apabila kita sama sama berkongsi ‘perkara penting’ yang sama.
Dan dari segi emosi, anak yang lebih tua tidak rasa terabai apabila dia dilibatkan bersama sama pada setiap kali sesi penyusuan. What else could I ask for? Saya masih mendapat ibu dan dalam masa yang sama mempunyai adik baru (juga susu ibu yang banyak! hihihi)

Ibu, anda lebih tahu..

Info tambahan di link ini

Salam sayang,
Puan Suraya
info’at’lunatots.com

18 comments

  • hasna

    bile baca ni teringat mase pregnant 2nd child..mase tu masih b 1st child..usianye kire2 10 months… dpt info mase preg xleh bf anak cos nanti gugurlah..nanti baby xdpt kolostrum lah sbb kolostrum dah diminum oleh anak yg sedia menyusu..so terpaksa stop for 7 months…bile dah deliver pujuk si along bf die dah tak tau cemane..lupe…perahlah jugak kat botol bg die minum..so sad..cian kat along…menyesal wat mcm tu..br saye tau rupenye bf xeffect pregnancy pun

    Salam Hasna,
    Kalau bukan sebab itu, kita takkan tahu kan..mungkin rezeki anak pertama untuk susu ibu sampai itu sahaja
    Mama Hasna jangan sedih ya, Along budak bijak. Nanti untuk Angah dan yang seterusnya, buleh tandem nursing 🙂

  • sue

    entry yg menarik! actually sy pun mengalammi masalah yg sama dgn pn suhana. production terus drop n rasa sakit kat niple bila anak menyusu. masa tu umur dia lebih kurang 1thn 4 bulan jugak. n rupanya masa tu sy pun dah pregnant about 5weeks. walaupun tak lama lepas tu susu saya mcm da takde (coz sy picit pun tak mau kuar je susu tu) tp anak saya tetap nak menyusu. Mungkin dia rindu! Sampai la skarang ni dah 30weeks. Saya tak halang pun dia nak menyusu,esp time dia mengantuk nak tido. Harap bila baby dah kuar nanti saya dpt merasa kebahagiaan menyusu abang dan si adik nya nanti…

    Salam Sue, terima kasih untuk komen ini.
    Biar ibu ibu lain yang lega bila sama sama berkongsi pengalaman yang sama.
    Terus menyusukan ya!

  • suliana

    aqil pun dah masuk 2 tahun.. tak de nmpk tanda nak berenti pun. makin mengendeng lagi ada.. camana tu ye sue?? kadang2 nak wat kerja rumah pun terpaksa berenti sebab sibuk nak nenen.. tapi sy blm prgnt lagi, tgh mencuba, tapi blm ada hasil lagi. hehe

    Su dah nak berhentikan Aqil menyusu ke?
    Buat perlahan lahan seperti beritahunya hari hari yang dia dah besar, atau sediakan makanan enak enak untuknya supaya dia dan mamanya sentiasa kenyang…hihi
    Selamat mencuba!

  • zira

    tersentuh hati bila sue tulis
    “Ironinya apabila susu ibu berkurangan pada setiap kali sesi pengepaman, ianya bagaikan signal untuk ibu menghentikan proses mengepam di pejabat. Lebih masa rehat untuk si ibu!”
    alhamdulillah, niat utk menyusukan baby ke2 ni lebih lama tercapai. dh 1 thn 8 bulan usia wazif..dh 1 thn 6 bln mommy dia ni mengusung beg cooler setiap hari bekerja. cuma disebabkan kesibukan n beban kerja yg makin bertambah, dh 2 minggu sy berhenti mengepam. i think it’s time already… cuma moment indah semasa meluangkan masa utk mengepam tu akan terasa kehilangannya…

    Tahniah Zira!
    Tak mengapa, memori mengepam itu boleh diulangi semula dengan junior yang akan datang..hihi
    Peluk cium untuk Zira & anak anak.

  • suliana

    su, belum berniat nak berhentikan dia lagi. kesian plak .. sebab kat nursery pun, EBM dah kurang minum. tu yg balik rumah mcm ketagihan nenen tu. hehe.. kalau boleh biar dia yg berhenti sendiri.. tq su for feed back

    Hihi..rindu mommy!
    Boleh perlahan lahan ajarnya…nanti dia faham
    Kalau ada adik, lebih mudah terangkan konsep perkongsian dan peralihan kuasa..eh kuasa pula..ekeke

  • Cg Sakinah

    salam..
    semoga Allah sentiasa merahmatimu kak..
    saya sedang kerisauan nak check adakah dah masuk double line..hehe..
    sayu memikirkan kalau perlu wean fateh lebih awal dari yg ditaget..
    Artikel ini tlah enlightent sayer,moga2 tak libang libu bila dapat rezki dariNya..wink..

    Salam Cikgu Sakinah, 2 line itu maknanya rezeki berganda..hihi
    Semoga mendapat manfaat ya dear..

  • hanim

    alhamdulillah…slps baca ni..sy rasa lega sgt2..sy adalah antara berjuta2 ibu yg masih menyusukan anknya..ank sy baru berusia 1thn 1 bulan..n ksmlm sy dpt tau sy dh mengandung utk 2nd baby…happy sgt..but at the same time sy sedih memikirkan si kakak yg still menyusu..semalaman menangis..sedih nk berpisah dgn detik2 menyusu baby..tp pas baca artikel ni…sy rasa lega yg amat sgt..thanks..

    cuma sy musykil..knapa ada org slalu ckp once u preggy..u kna stop breastfeeding..mitos yg sgt kejam kan?

    Salam Hanim, harap memberi manfaat ye.
    Ada banyak mitos orang lama, ada yang betul, banyak yang tak betul.
    Berubah-ubah mengikut research dan kajian. Tinggal kita yang menilainya. Selamat menyusukan dan melahirkan ya Hanim!

  • syida

    Salam Puan..

    This is the best Malaysian breastfeeding advice website so far..I think 🙂

    Tahniah dan terima kasih banyak2..semua nasihat dan coretan Puan adalah sangat mudah difahami dan sedikit sebanyak telah membantu saya menambah ilmu dalam menyusukan anak saya..

    All the best to you and your family =)

    Sama sama kasih Syida, salam sayang juga dari kami anak beranak (yang ramai..hihi)

  • Ummi Shakir

    Entry yg menarik.. Sy cuma sempat menyusu SMS hamil slm seminggu shj. Sblm diagnosed with threatened miscarriage due to blighted ovum. Ats nasihat doctor tpaksa berenti on the spot as a precaution sbb Ada contraction.. At 7 weeks. Nasib baik one week jer dia ngamuk.. Pastu ok. Alhmdulillah dpt jgk susukn Shakir slm sthn 11 bln 2 minggu..berazam utk completekn 2 yrs bf for our coming baby this june..yg spttnya non identical twin tp x der rezeki.. Tinggal sorang jer

    Ummi Shakir, tahniah diatas kelahiran Shakir yang pastinya menggembirakan seisi keluarga.
    Selamat menyusukan Shakir ya dan keep in touch!

  • Eka

    Entry ni sgt membantu sy.. My 1st bby skang ni 10 bln.. Semalam baru dpt tau sy pregnant lg.. Hrp2 dpt susukn my 1st baby smp 2thn.. Thnks Puan!

    Tahniah!
    Yang ke-2 nanti bakal melengkapi cerita cinta kalian sekeluarga. Selamat menyusukan, peluk cium dari kaksue sekeluarga.

  • nisaa

    alhamdulillah nisa telah berjaya bf baby nisa selama setahun 7 bln. tp masa tu setiap kali bf session ada rasa sakit sgt pergi check rupanya nisa preggy about 14 weeks. doctor advise nisa supaya stop bf sbb takut risiko keguguran,so i did stop. now dah preggy nak masuk 7 bln tp bb still nak gentel2. kadang2 ada juga dia cuba suck tp bila tanya dia kata dah takde susu…

    nisa juga ada prob masa mula2 lahirkan haziq dulu sbb susu tak keluar. sue ada suggestion tak nak wat camne? bb asyik nangis sbb takde susu. hinggalah diurut oleh bidan. the prob is kadang2 ambil masa 2-3 hari utk keluar hospital and bb lapar tak cukup susu…

    Salam Nisa, Nisa boleh baca mengenai kolustrum.
    Susu ibu ada seawal selepas kelahiran dan ibu perlu menyusukan anak untuk mengeluarkan susu tersebut.
    Nanti Nisa cek artikel di link ini ya http://www.diyaluna.com/diary/breastfeeding/

  • aisyah

    saya baru dpt tahu pregnant..But still menyusukan anak yang second berumur 1 tahun 5 bln..
    Adakah perlu saya terus mengepam susu di pejabat atau x perlu…? mcm sedih je nak stop bf..

    Salam Aisyah, terpulang kepada keadaan. Jika Aisyah rasa lesu dan susu makin berkurangan, sementelah anak pun sudah makan, Aisyah boleh menghentikan mengepam. Teruskan menyusu ya, good luck!

  • laila

    salam…
    masalah saya ialah saya masih bersemangat nak bagi ank 1st saya bf sbb semasa saya dtp tahu saya mengandung anak ke-2, ank pertama baru berumur 6 bln nak masuk 7 bln.. tp keinginan saya ni x dpt sokongan org tua (sebelah mertua)… kata org tua2 tak elok susukn ank semasa mengandung dan suami saya sendiri kurang menyokong saya utk terus menyusukn anak. mula2 saya x nak peduli pada desakan org tua utk menghentikan penyusuan. tp makin lama semangat saya makin berkurangan kerana ibu mertua saya sendiri membeli dan membancuh susu utk ank dan suami jgk mengikut jejak ibu.. ank saya akhirnye memilih utk minum susu formula dari susu saya sendiri kerana dia mula menolak bila saya susukn… susu saya pula makin berkurangan (saya pernah terbaca susu ibu blh terganggu akibat stress) dan terus tidak lagi terhasil.. bila kandungan sudah masuk bln ke 7 saya dapati ada cecair jernih keluar dr puting.. saya cuba utk semula utk beri pd ank pertama yg kini berumur 1thn tetapi dia masih menolak.. bagaimana saya nak teruskan niat saya utk memberi bf sekurang2nye sehingga ank saya berumur 2 tahun? saya terfikir utk pam susu dan beri ank mengunakan botol tp saya musykil. sesuaikah menggunakan breast pump semasa mengandung terutama pump jenis elektronik.. harap puan dapat membantu.. tq

  • husna

    salam..
    saya mengandung 4 bulan anak ke-2 dan alhamdulillah masih bf anak sulong yang berusia 14 bulan. sedih rasa hati ibu mertua yang dah beberapa kali suruh saya berhentikan bf anak sulong saya bila tengok saya keletihan balik dari keje.. saya tak nak dan saya terangkan juga apa yg saya tau tentang bf mase mengandung ni.. tapi dia masih juga suruh saya berhentikan bf dan terus jgn bf kalo baby dah kuar nanti.. susah juga x dapat sokongan mertua ni. terpaksa pekakkan telinga keraskan hati.. walaupun saya terlalu sayu bila kenangkan terpaksa wean off my son one day.. huhuhu

  • ummi nazhirah

    salam
    saya masih xpecaya, yang my doter 1 y 2m dah nak dapat adik..asik termenung tgk dia.still bf lagi..niat di ati, nak terus je bagi sampai dia sndiri xnak..sy ada jugak ajar minum fm, tapi dia xnak..bf jugak yang dia cari..harap2 Allah sentiasa murahkan rezki untuk dia dan untuk kami..baru lewat period about a week..baba dia pun lum tahu berita nih..suprise untuk dia balik outstation =)

    Tahniah Puan NurShahidah diatas berita gembira ini.
    Saya doakan urusan penyusuan Puan dipermudahkan.

  • Alunz Haizum

    salam..terharu baca artikel ni….menguatkan saya untuk sentiasa positif….saya baru sahaja dpt tahu kandungan ke2 sudah 11 minggu dan kakak baru 1thn sebulan….berdoa agar dpt berikannya yg terbaik…dan moment bf kakak xkan saya lupakan..pasti akan merindui saat2 susukan dan pam untuk nya.

  • Safeeya

    Assalamualaikum. Kak sue, xtau perasaan sy cmner nk ckp sy bru cek sy preggy lg, ank yg 2nd baru 1thn 3bln….huhh…rasa sedih, rasa mcm2…nk ngis pun ada…sy ingt bila fully bf boleh jarakkn kehamilan. Emmm nk la bg bb bf smpai 2 thn lbih…..tp skg entahlah……tolong sy. Dlm kecelaruan…kesiankn adik dlm ms yg sm sy ada bb dlm rahim….sy rasa belum bersedia.tp hubby seronok sgt.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading