Penyusuan Susu Ibu Semasa Bayi di NICU

Entri ini ditulis berdasarkan pengalaman saya ketika baby puteri ditahan di NICU sejurus selepas kelahiran
Ianya akan diupdate dari semasa ke semasa sekiranya ada info tambahan
Penyusuan Susu Ibu Semasa Bayi di NICU
Niatnya, biar ibu bapa bersedia dari awal sebarang kemungkinan
Dan penyusuan susu ibu dapat dijayakan demi kebaikan ibu, anak dan juga bapa

Saya melahirkan bayi ketiga jam 1.35 tghari 16 Jun 2011
Lebih kurang jam 2.30 ptg, saya kembali ke bilik wad
Baring berehat menunggu larat bangun (biasanya ibu tidak digalakkan bangun pada 6 jam pertama selepas pembedahan)
Saya tanya doktor samada anak kami perlukan sebarang susu
Dan doktor jawab untuk 2 hari pertamanya, dia tidak boleh makan/minum apa apa
Oksigen masih dibekalkan pada tahap yang tinggi dan akan diturunkan kadarnya perlahan lahan sehingga baby boleh bernafas sendiri

Tidak perlu risaukan sebarang kemungkinan kerana bayi di NICU adalah on drip (dibekalkan air glucose-kan?)
Bayi juga tidak akan diberi susu formula kerana kami suami isteri request untuk memberikan susu ibu secara eksklusif

Mendengar kata kata doktor, saya jadi lega
Ironinya bila bayi berada di NICU, bayi akan lambat menyusu daripada ibu
Ini boleh menyebabkan susu ibu lambat dirangsang
Namun begitu, mereka masih belum memerlukan sebarang makanan!
Jadi ibu tak perlu gusar, kan?

Ibu masih perlu memerah susu untuk merangsang pengeluaran kolustrum iaitu susu awal
Baca mengenai kolustrum di entri ini
Semasa mengandung, ibu sudah mula menghasilkan prepartum milk seperti di entri ini
(Nota Laktasi – Prepartum milk bersifat laxative jadi sekiranya anda menyusukan anak yang sudah besar semasa mengandung, beliau akan membuang air besar dengan lebih kerap sewaktu di hujung kehamilan)

Gambar diambil pada jam 6.48 ptg (selepas 5 jam)
Saya mula memerah susu menggunakan tangan
Teknik memerah menggunakan tangan adalah satu kemahiran yang perlu dipelajari oleh ibu yang mahu/sedang menyusukan

Kolustrum hadir dalam kuantiti yang sangat sedikit
Dan berupa seperti susu pekat manis dimana selepas diperah ianya melekat pada muncung botol
Tips menggunakan botol yang kecil (2 oz) untuk menyimpan kolustrum juga berkesan berbanding menggunakan botol besar

Ibu jangan risau, jika setitik yang anda dapat
Maka setitik lah yang anakanda anda perlukan

Tips Memerah Susu : Cuba rangsang hormon prolaktin dan oksitosin anda
– Bertenang
– Fikirkan mengenai bayi
– Lihat gambar bayi
– Tuam payudara dengan kain suam
– Urut payudara perlahan lahan (petua org lama : dengan sikat)

Petang itu, suami pulang mengambil pam dirumah
Masih, memerah menggunakan tangan lebih mudah
Kerana apabila menggunakan pam, kolustrum yang pekat melekat lekat pada corong dan perlu dikorek
Tambahan pula saya masih belum boleh duduk tegak ( 90 darjah)
Jadi banyak kolustrum yang meleleh leleh pada payudara
Saya gunakan breastpump untuk stimulation dan sambung memerah menggunakan tangan

Tips : Iringkan badan anda dan sendal dengan bantal bahagian belakang ketika mengepam mahupun memerah susu

Gambar pada 16 Jun 2011 10 malam (selepas 9 jam) – Mommy masih dengan pakaian dalam OT dan belum boleh tidur
Memerah setiap 3 jam

Mommy bukan keseorangan tapi dibantu daddy
Terima kasih daddy!
Daddy siapkan pam, korekkan kolustrum yang tersangkut pada corong, masukkan dalam botol, basuhkan corong dan pam dan simpan kesemua susu didalam cooler bag
Kesemua kolustrum ini kami simpan sehinggalah doktor benarkan baby puteri minum

Gambar kolustrum pada 17 Jun 2011 ย 8.32 pagi (selepas 19 jam)

Saya kaunselor laktasi yang tahu fakta kolustrum tapi masih risaukan kuantiti yang sedikit
Bila Farah dan Haza datang, mereka puji “Banyak kolustrum ni, kenyang baby”

Lega rasa hati, terima kasih kawan kawan!
Dalam keadaan ini, saya sama seperti ibu lain yang baru melahirkan
Sekejap sekejap cek laman web mengenai pengendalian kolustrum
Mommy tahu, knowledge is power dan cuba sebaik mungkin!

17 Jun 2011, 10 pagi (selepas 21 jam) ย mommy mengepam + memerah susu dan ini yang dapat

Berikan anak yang lebih besar menyusu daripada ibu
Ianya membantu susu ibu dirangsang dan dikeluarkan
Terima kasih Abang Dzakwan!

17 Jun 2011 11.43 pagi (selepas 22 jam) – Mommy dah mandi lap lap dan tukar uniform hospital

Selang 3 jam mommy memerah susu untuk baby puteri
Dapat lebih kurang 5 ml setiap perahan
Mengikut kata doktor, susu ibu akan mula diberikan pada malam ini mulai 6 petang, 10 ml setiap 3 jam

Gambar pada 17 Jun 2011 – 6.21 petang (selepas 29 jam)

Kesemua susu yang mommy perah dari hari pertama dan hari kedua sudah dihantar kepada NICU petang tadi
Namun nurse masih meminta lagi susu
Walaupun ibu hanya dapat memerah 5 ml namun masih 10ml yang diminta
Saya bersalin di Hospital Pantai Cheras
Kelebihan bagi ibu jika memilih hospital rakan bayi – seperti PPUM, Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang dimana mereka mempunyai staff terlatih untuk membantu menjayakan penyusuan susu ibu
Senarai hospital rakan bayi di sini

Doktor mempunyai prosedur bagi bayi yang mengalami TTN (seperti baby puteri)
Seperti berapa yang perlu bayi minum dalam tempoh masa berapa
Saya minta bantuan Haza
Daripada Putrajaya Haza datang bawa susu perahannya
Saya dan suami cuba mengelakkan konflik dengan pihak hospital
Dan dalam masa yang sama anak kami dapat minum susu ibu

Terima kasih ummi Haza untuk susu yang disumbangkan!
Mommy dan baby sangat berterimakasih sehingga ke hari ini
Bertambah seorang lagi anak susuan ummi Haza

Mommy teruskan mengepam dan memerah selang 3 jam dan pada 17 Jun 2011 10.11 malam (selepas 33 jam)
Saya dah dapat 10ml setiap kali mengepam, Alhamdulillah..

Sampai basah basah baju mommy sebab mengepam dalam posisi yang tidak selesa
Ibu yang operation mempunyai pergerakan yang terbatas
Bukan baju kotor mahupun bau masam susu yang saya risaukan sebab baju boleh ditukar
Sudahlah kolustrum hanya sedikit tapi tumpah ke baju yang banyak…uwaaa
Jadi saya sambung memerah menggunakan tangan
Kurang masalah susu tumpah ke baju

Selepas pukul 12 malam 18 Jun 2011 (selepas 35 jam) , doktor beritahu bahawa bayi mula diberi minum 10 ml setiap 2 jam
Dan menjelang esok, 20 ml setiap 2 jam
Lagi kelam kabut bergelora jiwa mommy
Risaukan susu cukup atau tidak
Mommy gigih memerah selang 2 ke 3 jam

Mommy susah hati sebab jika bayi menyusu secara terus seperti Dzakwan dahulu
Saya tak pernah bimbang tentang berapa ml yang saya hasilkan
Atau berapa ml yang Dzakwan minum
Saya rasa keadaan ini menekan saya
Selepas encik suami berbincang dengan doktor
Saya mula menerima cara mereka berkerja dan seharusnya menghormatinya
Mujur ummi Haza bekalkan susu yang banyak utk baby puteri!

Doktor belum benarkan mommy menyusu secara terus kerana perkembangan bayi direkodkan secara berfasa
Maksudnya perlahan lahan
Daripada bekalan oksigen yang tinggi dan perlahan lahan diturunkan seterusnya dimatikan
Dan daripada susu yang sedikit perlahan lahan ditambah kuantitinya untuk melihat keboleh-terimaannya

Pada 18 Jun 2011 jam 6.17 pagi (selepas 41 jam), mommy sudah mula dapat 20 ml setiap kali memerah

18 Jun 2011 jam 10.08 malam (selepas 57 jam), saya dapat mengepam sehingga hampir 50ml
Alhamdulillah, murah rezeki baby puteri

 

Pagi 19 Jun 2o11 jam 8.20 am (66 jam) , saya dapat mengepam sehingga hampir 70ml (3 oz)
Seronoknya tidak terkata

Berbeza dengan hari pertama sewaktu susu mula mula mahu keluar
Dengan hari ketiga kerana kapasiti perut bayi juga berbeza mengikut hari kelahiran

Gambar daripada laman web ini

Entri ini bukan panduan tentang berapa banyak bayi minum dan ibu hasilkan
Ianya mungkin berbeza mengikut ibu serta keadaan pada waktu itu
Dalam penyusuan ibu “Watch the Baby Not the Clock” adalah antara cara menjayakannya

Gambar baby puteri pada 19 Jun 2011 8.33 pagi sewaktu mommy datang untuk menyusukannya
Dia tidak lagi berada didalam inkubator
Gambar dibawah ialah pada pertama kali saya menyusukan baby puteri

Iaitu pada 18 Jun 2011, 6.00 pm
Saya naik wheelchair selang 2 jam ke NICU untuk menyusukan baby secara terus
Entri Memujuk Bayi Untuk Minum Secara Terus akan saya update kemudian ya
Oleh kerana dari awal saya sudah beritahu doktor yang anak ini akan disusukan dengan susu ibu sahaja
Maka susu ibu diberikan kepadanya melalui syringe dan tiada puting tiruan (pacifier) diberikan

Sesi penyusuan ini dipantau bagi melihat cara baby bernafas semasa menyusu
(Lihat dalam screen)

Saya lihat bayi lain yang berada di NICU (sebaya baby puteri) sedang menghisap puting
Saya tanya nurse “Kenapa baby tu guna puting?”
“Sebab dia cranky”
“Anak saya, tak diberi puting kan?”
“Oh tak…bayi yang minum susu ibu tak diberi puting dan botol untuk mengurangkan risiko keliru puting
“Alhamdulillah..”

โ€œShe was the tiniest thing I ever decided to put my whole life into.โ€

Pernah dengar kan, apabila seorang bayi lahir, maka seorang ibu itu lahir
Saya pernah rasa ‘sangat penat’ semasa mengandung
Sungguh berbaloi lelah dan penat itu untuk gadis secantik ini

Mommy Luna : Alhamdulillah ya Allah, Alhamdulillah

27 comments

  • mrshikaru

    k.sue, baca entry k.sue, perasaan bercampur2… ada gembira dan ade part ngalir air mata… sungguh indah kurniaanNya untuk kita yang bergelar ibu dan betapa bernilainya anugerah(anak) kepada kita kan… Alhamdulillah…

    Mrs Shikaru, ianya waktu yang susah buat kami namun Alhamdulillah dapat menguruskannya dgn sokongan keluarga, kawan kawan dan pihak hospital. Kak Sue cuma mahu anak disusukan dgn susu ibu sahaja, tidak banyak.
    Semoga ibu lain yg anaknya masuk NICU dpt mnyusukan bayi, Amin..

  • zurainah

    salam k.sue..ni first time sy komen kt entry akak sbb selama ni sy silent reader blog akk..hee..bile bc entry ni..rs sedih sgt..tringt time ank sy masuk NICU dl..sy tak tau pun psal penyediaan susu ibu ni bile ank masuk NICU..huhu..so skrg ni tgh tnggu utk 2nd..sy bnyk rujuk kt blog k.sue!terima kasih k.sue!hee..oh satu lg sy ade add akk & mes akk dlm fb..t akk respond ek..tq!=)

    Salam Zurainah, Kak Sue dah approvekan friend request. Lepas ni boleh selalu berhubungan ๐Ÿ™‚
    Kalau boleh biarlah semuanya semuanya selamat kan Zurainah, ada apa apa boleh rujuk entri ini dimana kolustrum memang sedikit namun ianya terbaik sebagai makanan awal bayi.

  • amirah

    terbaik sue..bestnya entri ni..teruskan berkongsi ilmu2 demi prjuangan pnyusuan susu ibu..trfikir2 juga ye, kalau la ada rezeki lagi dn hadapi masalah mcm ni (dlm keadaan tertekan), nampaknya perlu dptkan bantuan dan talian hayat lain mcm ibu susuan,..demi anakanda tercinta,apa pun boleh kan.. cantiknya baby puteri mcm mommy dan comel mcm auntie amie — nak jugakkk tu..hihi

    Amie, jika perlukan talian hayat, boleh hubungi mokcik Sue
    InsyaAllah Sue datang macam Special Agent Oso..hihi
    (Dalam waktu sukar Sue, Special Agent Haza datang membantu, Sue akan sentiasa ingat dan cuba bantu ibu lain, insyaAllah)

  • aina

    aina menangis su! sangat2 terharu..
    kalaulah semua ibu macam kita..
    dan semua ayah2 dan bapa2 didunia mcm suami2 kita..

    Aina, bila dalam keadaan itu dan betul betul mahu insyaAllah semuanya dipermudahkanNya
    Betul tu Aina, Alhamdulillah suami faham mengenai kepentingan susu ibu. Mereka ‘tiang emosi’ ibu pada ketika itu!

  • deqja2282

    banyak info yang boleh digunakan jika melahirkan anak ketiga nanti (tp xtau bila.hihhi)terima kasih su!
    sangat syahdu membaca entri ini.

    Deqja, Sue doakan Deqja cepat dapat yang ketiga..hihi

  • fatonah

    nak print ni entry ni..boleh yer sue..bekalan utk time bersalin nanti…(takottttttttt ap2 kemungkinan)..
    cuma nak tanya, bby besar yg masih menyusu tu, diakah yg akan kerap buang air besar or omak yer…hihi…rasanya kami anak beranak kerap membuang…(ceh…ayt busuk nih..hehe)…

    Fatonah, jangan takut sehinggalah kita berada dalam keadaan itu. Sue doakan kelahiran dan penyusuan yang lancar utk Fatonah dan baby.

  • suriati

    wah sue..tabahnyer menghadapi keadaan sukar dan perit seperti ini..su harap su tidak mengalami peristiwa begini..tetapi su akan ambil semangat dan perjuangan sue untuk menghadapi situasi yg tidak terjangkau kelak..persediaan awal mental & fizikal itu penting kan..

  • umidanish

    alhamdulillahkan.. Allah uji kita tp dia beri yang lagi baik untuk kita.. tak sabarnya nak menanti saat2 itu berulang kembali.. tahniah puteri ada mommy yang terbaik

  • m is for munira

    terharu *kesat-kesat mata*
    sangat menyentuh hati!
    kamu seorang ibu yang ‘gigih’ sue dan ia mengujakan saya!
    errr rasa formal plak heheheh!

    entri terkini : Master NewBorn Checklist : Printable

  • AkuIbuMuda

    ohhh…baru tahu kolustrum tu mmg sikit ek. 1st time saya memerah kat wad NICU untuk anak no.2…dapat 1/3 bekas dadih kecik tu…mmg rasa down. sbb sebelum ni mengepam untuk anak sulung, saya boleh dapat sebotol 4 oz penuh bagi satu B. tp bukan masa baru2 lahir, lepas dh habis pantang.

  • nurul

    sangat membantu..saya pernah perah kolestrum ni masa tu masih blur saya perah dan letak dalam mug xde bekas time tu..baby lak masih di NICU sy igt lagi mmg ade setitik dua je susu tu pekat macam susu pekat manis tu tp tak guna pun kolestrum tu ia membeku begitu sahaja sbb masa tu masih kurang ilmu kan..keadaan kelam kabut time tu..xpela belajar dr kesilapan kan.

    Nurul, botol 2 oz tu pun Sue tak prepare ke hospital. Haza yg bawa masa melawat Sue ptg tu,lepas operate.
    InsyaAllah lepasni sama sama kita belajar ya Nurul. Kolustrum yg setitik dua boleh dimasukkan melalui salur drip baby macam doktor masukkan ubat ๐Ÿ™‚
    Info dari Farah yg melegakan hati Sue sewaktu Sue risau mcmana nurse nak suap kolustrum yg pekat pada baby.

  • Maira

    Masa melahirkan dulu, baby (anak pertama)ke NICU juga. Pam pun takde, perah guna tgn pun kali pertama (takde pengalaman) + bengkak susu yang menyakitkan, memang sedih. Kolostrum pun meleleh-leleh je tak masuk bekas. Nak bagi ke hosp rasa malu sebab sikit sgt (tengok dalam buku dan blog susu perahan org lain kuantitinya banyak).Mujur nurse bgtau baby reject fm, jadi kena usaha juga memerah.Last-last mintak tolong suami urut belakang di bahagian belikat dan urut B dengan sikat, alhamdulillah dapat juga 1/2 bekas dadih yg kecik tu.Memang pengalaman sungguhla.

    Terima kasih Maira, sudi berkongsi pengalaman.
    Pandai baby memilih ..hihi
    Maira masih menyusukan sehingga sekarang?
    Alhamdulillah..bila ibu lain baca, pasti mereka pun bersemangat untuk buat seperti apa yang Maira dan suami lakukan untuk si kecil.

  • asma@harrazkids

    salam sue.. bahagianya kan..
    gigihnya sue.. banyak ilmu yang asma dapay untuk melahirkan insan kecil ini tidak lama lagi.. tq..

    Salam Asma,
    Bila kita sudah bersedia, insyaAllah jalannya lebih mudah kan.
    Paling tidak, mungkin dapat membantu ibu lain harapnya kan Asma

  • fakriyah

    Salam k.sue..
    terharu bce citer ni.. teringat masa Haneen kna jaundice dlu.. mmg dia a bit cranky time tu… ye la,pns dlm inkubator dn kna pkai spek bunjut mcm adik puteri.. so,nurse sebok nk bg dia minum fm…. jenuh juga menepis… hehe

    Fakriyah bersalin di mana?
    Dalam saat saat genting begitu memang bersyukur jika bersalin di hospital rakan bayi.

  • sharh

    salam kak sue,

    seronoknya bc blog kak sue..tingat last 2 months giving birth to my lil superhero..kena NICU sbb hemorrhage yg serious, under oksigen gak, 5 hari br dpt pegang n give him direct BF…

    the most tough time bila baby xde n bengkak susu..Alhamdulillah, nurses (Hosp Serdang) n hubby for sure very supportive…

    Sharh, nanti boleh kongsikan dengan kami pengalaman Sharh itu kan.
    Sekarang baby dah sihat?

  • farihan

    salam sue,baca entry sue teringat plak masa saya bersalin kan baby zaqwan,PPUM,apayang sue buat dalam wad tu sama seperti saya buat,cuma baby saya sihat xperlu NICU,disaat kali pertama baby BF terus ngan payudara,dunia terasa sangat indah,lega teramat,hari ke-3 sepatutnya dah ble discharge,tapi xble coz baby kuning,baby banyak tidur,malamnya saya bertekad bangun sejam sekali,menyusukan,xtertahan rasanya mata ni,setiap sejam juga saya bangun memerah,baby hisap belah kanan..tido…saya perah sebelah kiri,gitulah gilir2:)sepanjang saya di hospital saya dapat hampir 8 oz kolosturm:)
    masa discharge saya amik susu saya dalam peti ais hospital,nurse tersenyum,wahhh banyak nyer….macam keju:)bila baca entry sue ni,sangat2 mengenang kenangan lalu ๐Ÿ™‚ thnx so much

    Ann,
    Ann bersalin secara caesarian juga kan.
    Siapa bantu Ann semasa menyusukan anak selang sejam di hospital? Staff nurse ya?
    Kuat semangat dan kemahuan Ann.
    Bila doktor beritahu Sue yang dia nak tahan baby kalau kuningnya masih tinggi, tiba tiba Sue rasa tak puas hati sebab dia masih beri 20ml selang 2 jam sedangkan mana tahu jika baby akan minum lebih dari 20ml jika minum secara terus.
    Namun Alhamdulillah kami dapat juga pulang ke rumah pada hari ke-4.

  • haza

    alhamdulillah.. moga entry ni dapat dimanfaatkan semua… moga semua ibu sama ada yang melahirkan secara normal atau pun ceaser kuat semangat dan menyusukan sepenuhya… amin

    Terima kasih Ummi Haza!
    Bila semangat dan sokongan itu ada, insyaAllah anda boleh melakukannya!

  • sya_firwan

    ya Allah..tabahnya sue..menitik air mata sya baca..Alhamdulillah =)

    Sya, lepas ni Sue boleh tulis skrip hantar pada Yusuf Haslam ..keke
    (Orang serius, dia buat lawak pula ya)
    Sya, sebenarnya tidak sesusah mana Sya, hati saja paling susah.

  • wani pcmc

    menitis airmata bila habis baca entry ni…
    terima kasih Kak Sue coz sudi berkongsi cerita dan pengalaman.

    Wani, Wani masih bertugas di nursery lagi?
    Kalau masih, besar sokongan yang diberikan oleh pihak hospital untuk ibu ibu yang caesarian. Kalau ada apa apa yang menarik, Wani kongsikan ya.

  • nisa

    salam..

    saye nk minte nasihat la…anak saye dh xnk direct bf sejak2 mertua ajar dye isap puting..putih mate saye biler tgk bby d sumbt ngan puting..tp saye x berdaya nk halng..lg2 pastu d ajar bby saye minum susu formule sbb susu saye x cukup utk bby…sbnrnyer saya yakin susu saya ckup..tp mungkin stress yg mmbuatkn susu saya kurng..namun saya tetp usaha utk bg susu ibu sahaja utk anak saya..alhamdulillah susu formule yg d beli cume gune skali jer…..tp biler saye blik umh mak sendiri mmg saye x bg puting mak saye pun larang…tp yg sedihnyer hubby saye still ajar dye isap puting wlupun saye dh bgtau akibatnyer…sedey lg…tp nasib baik bby x mragam klu xder puting..tp yg x best nyer dye xnk direct bf…makanye saye pun usaha la mengepam susu utk d masukkan dlm botol..mcm ner carenyer utk bby saye nk direct bf semula…

    tq

    Salam Nisa,
    Untuk menjayakan penyusuan susu ibu, Nisa perlukan sokongan semua pihak terutama sekali suami. Nisa boleh hadiri mana mana kelas penyusuan yang dianjurkan oleh kaunselor laktasi ataupun merujuk kepada link ini http://www.diyaluna.com/diary/2009/05/06/relaktasi/ mengenai cara cara relaktasi semula.
    Selamat berjaya ya!

  • surina

    Sue, botol 2 oz yg sue pakai tu muat ke pakai kat freestyle?

    Muat Surina, elok je terletak.

  • nurul fasha binti mustafa

    sedih dan saya faham perasaan tu..sy bru seminggu berpantang,czer awal sbb bp tnggi sgt. tp bby msih ditahan coz 35w, premature, paru2 blum matang dan ada jangkitan kuman, berat just 1.75kg..dan sejak lahir sy blum sempat peluk, dukung atau susukan dia..1st bby, rasa xkeruan jer hari2…skrg ni guna tiub pernafasan di mulut, susu ibu diberi 2 jam 10ml, ada mnggunakan vibrator pd bdn dia..di bwh jagaan NICU, sy xpasti mpai bila dia di thn..

  • Anna Kardashian

    suka baca artikel from Lunafamily. rasa sedih dan terharu sangat.. teringat baby ibu kat rumah… ๐Ÿ™ Thanks sebab share info yang sangat berguna. serba sikit teringat masa time lahirkan wadi&wafi rasa tak terkilan sangat bila fikir ttg 1st step utk penyusuan awal. Motivation for mothers. Thanks again!

    Thank you Puan Anna. Semoga kisah inspirasi ini dapat memberi manfaat pada ibu lain.

  • AmIe Happy Day

    memang susu ibu terbaik..bby sy lahir 13/10/12 awal pd due yg sepatot nyer 08/01/13..mse lahir berat just 1.14,27week…after bby turun cort terus bg susu breesfeed terus..alhamdulillah ambil mase 3 hari nk ajr…lps tu berat die cntik naik..naik..naik..just use susu ibu…alhamdulillag skrg die the nk msok 5bln.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading