Mommy Luna di iCity Shah Alam – Wrap

Dah lama saya teringin ke iCity atau lebih dikenali dengan nama ‘city of digital light’ yang terletak di Shah Alam
Bagaimana nak sampai ke sini?
Melalui Lebuhraya Persekutuan ke arah Klang terus sampai jumpa signboard iCity baru keluar exit kiri dan kemudian masuk simpang kanan
(Hahaha..oke, membantu tak?)

Sejak sejak beranak dua ni, asal pukul 9.30 mlm je mata acik dah terkebil kebil
Mantuks..macam diseru seru oleh bantal ‘Marilah mari..’
Lagi lagi bila anak meragam ajak tidur
Eh ye ke anak meragam sebab ajak tidur? Hihi..macam alasan je
Anak meragam minta ditidurkan, motif mak tidur sekali?

Disebabkan senario tersebut, segala aktiviti malam saya terhenti
Wahhhh…aktiviti malam?
Ya ya, macam downtown, uptown, pasar malam, Jusco Tesco apatah lagi bandar yang malam baru bermakna seperti iCity ni
Sebab itulah selepas bertahun tahun state-of-the-art LED technology ini wujud
Barulah saya anak beranak sampai

Kami beramai ramai ke mari selepas menghadiri majlis makan makan oleh Farah Sarakids
Terima kasih diatas jemputan dan makanan ya Farah!
Buat Atie Kamal dan Zue, ada rezeki dan jodoh, kita jumpa lagi ya

Tapi bila difikir fikir logiknya, Genting Highland tu sampai Goh Tong meninggal dunia baru saya sampai
Jadi logis la saya lambat sampai iCity berbanding wanita wanita lain..ekeke

Masuk iCity kena bayar RM10 satu kereta
Sebaiknya naik satu kereta besar besar duduk padat padat…baru berbaloi…keke
Sampai tempat parking, saya dah menung
Wah…parking dibawah dan jalan ke atas
Ya, jalan! Aktiviti sihat ya teman teman
Saya sangkakan duduk dalam kereta, hanya kereta bergerak jadi kita tinggal gerakkan kepala ke kiri dan kanan…ekeke (pemalas!)
Ya lah, dah hampir pukul 12 malam pada waktu itu
Orang lain maintain melangkah, tak terkesan pun…ekeke

Saya jumpa sepupu saya di sini!
Selalunya jumpa masa Jamuan Hari Raya sahaja..hihi

Gambar peserta aktiviti diselang selikan dengan gambar pemandangan iCity

iCity dipenuhi dengan lampu sana sini
Ada bentuk swan ( Saya suruh Iki bergambar tepi itik ), merak, zirafah kuda laut etc etc
Pemandangan yang cantik…untuk yang suka bergambar dan pandai mengambil gambar

Gembiranya hati Zikry dan Zafran, jerit jerit mereka boleh beritahu
Sebulan sekali ke setahun sekali terlepas begitu
Selalunya kena duduk dalam rumah temankan mommy habis tengok Tiramisu…ekeke

Anak anak kecil ada yang tidur dan ada yang berjaga lihat lampu sambil confuse-ummi-kat-mana-nih?
Susah nak kekalkan senyuman begitu sampai pukul 1 pagi
Kenapa iCity ada pada waktu malam sahaja weh…ekeke

Keadaan pada waktu itu SANGAT ramai orang
Ada yang baru sampai pada waktu kami dah nak beredar
Ada KK Mart, restoren dan kopitiam di iCity
Jadi kalau rasa lapar, anda boleh terus menuju ke kedai makan berhampiran

Mencari babywearing yang bersesuaian dengan anda dan anak?
Bagi bayi berusia setahun ke atas, pemakaian pouch dan ring sling yang terlalu lama boleh menyebabkan sengal sengal bahu
Meitai dan wrap adalah antara pilihan terbaik
Cinta hati saya pada wrap di entri ini

Wrap yang saya gunakan ialah Moby Deluxe Blue Stripe
Pembahagian berat yang sekata untuk kedua dua belah bahu, bahagian belakang badan dan hadapan
9.2 kg anakanda untuk sejam dua, insyaAllah tidak sakit bahu/belakang
Pouch dengan ringsling dah kena simpan untuk produk seterusnya…hihi

Babywearing dan Wrap yang available di Lunatots.com adalah di link ini

Sementara kesemua outlet Lunatots mempunyai pilihan warna dan jenis wrap untuk anda
Jom cuba dan jatuh cinta!

Kembali ke kisah iCity yang cantik
Pandang sana lampu, sini lampu
Siap ada macam salji turun lip lap lip lap

Zikry dan Zafran seronok berlari di kawasan yang luas dan cantik
Nanti mommy tanam pokok macam di iCity ni sebatang dua di rumah ya..ekeke

Budak budak main saaaampai berlengas namun masih omei
Mujur esok tak sekolah (ekeke)
Dah 2 hari Iki tak datang sekolah walaupun belum musim cuti sekolah sebab demam batuk dan selsema

iCity tempat yang cantik untuk dikunjungi, recommended!

The digital city includes trendy shopping streets and equipped with a theme park to cater to visitors’ looking for a place to unwind.

The township accommodates high-tech infrastructure allowing for a unique display of digital lights. These attractions are located at CityPark and CityWalk.

You can chill in the park, view the wonderful sculptures and experience a whole new world with its dazzling light showcase. It is ideal for the whole family.

Do bring a camera to capture the wonderful and majestic light displays. It is truly magical!
How To Get to iCity Shah Alam By Car:

From PJ/KL , use the Federal Highway heading towards Shah Alam. Exit at the Batu Tiga Toll Station, look for the first BP gas station you see. Then turn left at the UiTm/i-City signage. Drive onwards till you reach the traffic light and turn right. Drive on the left side of the road until you see the Shell gas station and KFC before the traffic light. UiTM will be on your right. Turn left before the traffic lights, then go straight until you reach a T- junction then turn left. When you see a chrome ball turn left & left again, and you will reach i-City.

Shah Alam is about 40 minutes drive from Kuala Lumpur.

3 comments

  • AiTotYati

    salam dik,

    kamu dah sampai gak.

    Akak yg belum beranak dua ni pun belum sampai lagi.
    muka sepupu seiras muka sue lah!!

    Keh keh Kak Yati,
    Nanti bila akak datang KL, kita pergi iCity pukul 7 mlm (Ianya dibuka jam 7 mlm)…Calling Sue ye.

  • suliana

    nape sy tak jumpa swan tu yek?? hehe. may be sebab jln separuh je pastu dah penat ajak balik.. hehe

    Haha Suliana, aktiviti berjalan ni memang menduga kekuatan kaki.
    Biasanya guna kaki untuk panjat turun katil sahaja…ekeke

  • mrs adam

    sekarang masuk iCity 1 kereta rm10 ke?saya pergi 13 Julai 2010 bayar rm1 je satu kereta.wah kalau betul kenaikan harga yg mendadak.hehe

    Wah Mrs Adam, RM1 sahaja!
    Kenaikan harga sepuluh kali ganda disitu..ekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading