Moby Wrap dengan Harga Promosi

Saya masih menulis
Menulis di majalah dan akhbar tempatan
Hari hari menulis di Facebook

Dan tak pernah lupa menulis kata-kata motivasi untuk diri sendiri setiap hari (hihi)
Cuma tak menulis di blog
Kenapa?
Alasannya panjang cuma nanti saya update dalam entri lain khusus untuk alasan sahaja
Dan malam ini saya masih di pejabat
Rasa mahu menulis di blog itu tiba

Saya cari entri lama mengenai Moby Wrap dan saya jumpa entri ini

Alahai rindunya pada anak-anak yang kecil dalam entri tersebut
Juga rindu dengan tulisan sendiri
Tak lupa rindu kawan-kawan yang sentiasa disisi
Dari hari pertama saya meniaga rumah ke rumah sehingga hari ini jarang pulang rumah (hari siang)

Tajuk entri ini ialah Moby Wrap dengan harga promosi maka saya terus sahaja ke topik kita ya

Begini, saya mempunyai satu (hanya satu) Moby Wrap stok sejak 2011 yang bukannya second hand tetapi merupakan display unit
Maksudnya digunakan di kedai bagi tujuan promosi

Harga jualan ialah RM159.90
Harga promosi hanya RM100.00(percuma postage bernilai RM10 untuk Semenanjung)

Satu-satunya stok yang masih tinggal selepas semuanya habis dibeli ibunda yang comel-comel
Moby Wrap Owl warna hijau kundang
Begini coraknya

Kainnya tidak stretchable seperti Boba Wrap

Harga Boba Wrap ialah RM188
Maka wajiblah anda dapatkan Moby Wrap ini dengan harga istimewa dan menarik-narik ini supaya anda boleh mengendong bayi sambil memangkah undi sempena PRU 13 ini (hihi)

 

Tonton viceo bagaimana cara mengikat Moby Wrap disini

Jika suka, PM saya di Facebook kerana HANYA satu yang tinggal
Anda akan berpuashati dan bergembira kerana mendapatkan Moby Wrap original dengan harga hanya RM100 berbanding harga asalnya!
Kondisi keadaan wrap 9.8/10
Baupun bau baru

Tit tit tit Che Sue terus ya!

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading