Membuat Stok Semasa Dalam Pantang

kalian, terima kasih atas ucapan tahniah
sama ada di blog, sms, YM mahupun yang calling is sharing
serius acik terharu, asyik senyum2 dari semalam sampai ke pagi ni
macam baru dpt tau pregnant lagi sekali yepinya

dah penuh sangat dengan cerita saya
mari saya cerita pasal seorang teman
saya kenalnya di YM pada May 2008, masa dia nak beli Set Pam Susu
untuk anak keduanya yg bakal lahir pada September 2008
dia risau kalau dah invest duit banyak tapi tak mampu nak bf eksklusif
hari hari kami ber YM

saya faham perasaannya, sbb perasaannya sama macam saya mula2 nak beli
bukan murah kan..beratus ratus sekali keluar
hb saya asyik menjeling pam & beg semasa mula mula kami beli
sambil baik hati ingatkan saya yg harganya
cait!
sekarang ni abg utang syg taww…(okeh, ni dialog saya. bukannye cerita teman tadi tu – nak interprem jua)

dan apa yg boleh saya buat, saya akan guide customer Lunatots
mengenai breastfeeding, mengenai storage, mengenai konsep bf, mengenai pam

bayinya lahir pada 28/8/ 2008 awal 2 minggu dari due date
dia macam semua ibu yang lain, turut mengalami beberapa masalah awal semasa breastfeeding
tapi dia cekal orangnya, kan ‘ibu’ memang diciptakan begitu 🙂
tiada yang mustahil untuk menyusukan anak sendiri
kecuali atas pengesahan doktor yang ibu & anak itu mengalami beberapa indication yg mereka tidak boleh meneruskan penyusuan.
(akan acik cerita kan kemudian)

dan beliau sudah mula bekerja Isnin tempohari (3 November 2008)
‘adik’ nama panggilan bayi shomels itu
tidak mahu menyusu melalui botols
susah hati ibunya lalu saya sajeskan botol MAM
kerana beberapa teman termasuk saya sendiri mampu memujuk anak menggunakan botol ini
harap2 adik mahu terbujuk 🙂
dan semalam dia beritau saya, yg adik mahu minum dari botol MAM
berita gembira untuk saya, apantah lagi untuk ibunya!

dan yang paling mengkagumkan saya
beliau ada 230 stok ebm sebelum masuk bekerja!
ternganga saya!
lantas saya minta ijin ceritanya untuk saya pamirkan di blog

ini deep freezernya yg baru dibeli kelmarin
khusus untuk stok ebmnya!
nota laktasi : ebm tahan selama 6 bulan di dalam deep freezer

dan ini stok ebms nya!

untuk adik tanda kasihnya ibu

kalian yang sedang mengandung,
kalian juga boleh melakukan
saya ceritakan cara cara membuat stok semasa dalam pantang:

1. Mulakan pengepaman menggunakan pam
(Case 1)Jika bayi anda berada dengan anda sepanjang masa , maksudnya tidak di warded dan tiada komplikasi. Anda boleh memulakan pengepaman selepas seminggu kelahiran.
(Case 2)Jika bayi di warded dan anda terpaksa pulang dan meninggalkan bayi di hospital (worst case)
Anda boleh mengepam 3 hari selepas kelahiran untuk dihantar ke hospital atau bermula hari pertama sekiranya bayi tidak dapat minum secara terus dari anda.

2. Bila harus mengepam?
– Refer case 1 – setiap kali lepas baby minum & bila breast rasa penuh
– Refer case 2 – 3 jam sekali & bila breast rasa penuh

3. Berapa lama harus mengepam?
– Case 1 – 15 minit sebelah breast
– Case 2 – 20 minit sekali sebelah breast

4. Berapakan oz yg sepatutnya saya dapat?
– Untuk kedua dua case, bukan output(oz) yang menjadi ukuran tetapi masa yang dispend untuk stimulation (15min/20 min). Anda akan dapati output semakin meningkat hari ke hari.

5. Bagaimana harus saya simpan?
– Simpan hasil pam yang pertama didalam fridge (katakan 1 oz). Hasil pengepaman yang kedua (katakan 1 oz) pun di simpan. Begitu juga hasil pengepaman kali ketiga dalam hari itu (katakan 1 oz) pun di simpan di dalam fridge (tempat tidak beku). Susu tahan selama 4 hari didalam fridge.

6.Bolehkan saya mencampurkan semua susu yang saya dapat pam?
– Boleh, asalkan suhu ketiga tiga susu diatas (refer jawapan no 5) adalah sama suhu (sejuk didalam fridge). Campurkan sebanyak 3 oz dan bekukan di dalam freezer. Labelkan tarikh.

7. Bolehkan saya beri susu yang di pam kepada bayi untuk diminum melalui botol (semasa dalam pantang)?
– Anda digalakkan untuk TIDAK memberi bayi minum melalui botol selama 30 hari pertama untuk mengelakkan nipple preference. Kecuali dalam hal2 kecemasan seperti ibu ke klinik tanpa bayi, bayi ditahan di wad (refer case 2 di soalan 1).

8.Bagaimana jika bayi terjaga dan mahukan susu semasa saya mengepam?
Berhenti mengepam dan susukan bayi. Tiada istilah susu dah habis dipam kerana susu sentiasa dihasilkan. Selepas bayi minum, anda boleh sambung kembali mengepam selama 15 minit.

9. Boleh kah saya pam selama 1 jam berterusan?
Anda tidak digalakkan berbuat begitu kerana dibimbangkan akan merosakkan tisu nipple. Bagaimanapun, anda boleh mengepam 20 minit, berhenti 10 minit, dan sambung kembali selama 20 minit. Teknik ini dipanggil Power Pumping – khusus untuk mereka yang mahu meningkatkan penghasilan susu ataupun dipanggil relactation.

10. Bolehkah saya simpan susu sebanyak 8 oz satu bekas(untuk menjimatkan ruang di dalam freezer)?
Anda boleh. Cuma anda digalakkan menyimpan sebanyak 3 oz satu bekas untuk kemudahan anda/babysitter memberi bayi minum semasa anda mula bekerja nanti.

11. Bila saya boleh mula mengajar bayi minum susu?
10 hari sebelum mula bekerja dan meal semasa siang(dalam jangka waktu ibu bekerja) sahaja diberi botol.

12. Bagaimana kalau bayi saya tidak mahukan susu dari botol?
Jangan bimbang, mengajar bayi utk minum melalui botol adalah jauh lebih mudah berbanding mahu mengajarnya minum dari breast. Jadi jika dia berjaya minum dari breast anda, pasti dia boleh melakukannya utk minum dari botol. Bayi adalah makhluk yang paling bijak, dia tahu bila dia lapar. Orang dewasa bila lapar pun masih boleh buat tak tahu…tapi bayi akan meminta 🙂

Selamat mencuba.
Salam sayang, dari kejauhan (macam kat obersea sket)….
sue shanteks (bleh 😛 )

17 comments

  • intan@imsintan

    wahahahhaaa…kagumnyer tengok stok dia…jeles…jeles….hehehheheee…

    ——————————
    sue pun jeles : seronok kan intan..sue nye pun tak sebanyak itew..suenye 1/10 daripada 230 bekas.hiks!

  • awe

    salam sue,
    thank you very much for helping us 🙂
    serius sue, mmg ko tolong aku byk sgt utk breastfeeding ni…
    heheh sll kaco call hang citer bf prob…
    sue, aku da suggest web hang kt ramai org ni :p
    moga2 dpt byk untung, leh jadi rezeki iki & adek2 nya…
    skrg suda ada belas2 ebm, targetnya ratus2… doakan ya 🙂
    ———
    sue sambut salam : awe, sama sama. ku memang nak ramai ramai ibu menyusukan anak kita.
    nanti bolehla sharing is caring ramai ramai kan we..
    selamat menyusukan, selamat membuat stok
    selalu ingat dalam hati, tenangkan fikiran…humayra akan membesar sekejap je
    macam iki,dah pun hampir setahun…jadi fully utilize kan kesempatan ini utk mengulit & menyusukan dia 😉

  • noor

    Salam…hmmm..anak saya dah 3 bulan tetapi saya tak de simpan stok sewaktu dalam pantang (menyesal teramat)..sekarang nie anak saya diberi susu formula pada siang hari dan mlm susu badan..mcm mn ye nk atasi masalah kekurangan susu bagi sebelah payudara sahaja…bila saya perah..susu di belah kanan saya boleh dapat dalam 3@4 oz tapi disebelah kiri 1 oz pun susah nk dpt…dah terlambat ker sekiranya saya ingin menyimpan stok bagi memastikan anak saya dapat menyusu badan sepenuhnya?

    Noor : Penghasilan susu badan adalah berdasarkan supply and demand. Sekiranya tiada demand hari siang (jika tidak mengepam semasa berkerja) susu akan merosot perlahan lahan.
    Payudara yg berlainan menghasilkan kuantiti susu yang berlainan mengikut preference dan stimulation.
    Noor masih boleh menyusukan anak secara eksklusif dengan cara menjalani proses relaktasi. Artikel ada disini.
    Hubungi saya sekiranya Noor memerlukan kaunseling session. Terima kasih.

  • Noorul

    Alhamdulillah, banyaknya rezeki anak kawan you tu. Insya ALLAH i pun nak berusaha macam ni juga..Mudah mudahan banyak susu akan terhasil untuk anak ke dua ke ini..Ameen..

    Amin Nurul : InsyaAllah ..dengan knowledge dan confidence, Nurul akan sukses 🙂

  • nurshida

    Salam… Shida ibu baru… 1st baby… still dalam pantang. Insyaallah, 5 Julai akan kembali mengajar. Alhamdulillah, setakat ni fully BF. Stok EBM baru dapat kumpul 25 botol… 2,3 ari ni, worry sgt2.. dpt 1 ke 2 oz je setiap kali pam.. ape langkah paling efektif nak banyakkan penghasilan susu ye?

    Salam Shida : Shida banyakkan bertenang, 1 ke 2 oz adalah banyak kerana bayi menyusu secara terus dari Shida.
    Minum 8 gelas air sehari, makan makanan berkhasiat, bertenang dan teruskan sesi pengepaman seperti biasa.
    Shida boleh bangun malam utk mengepam kerana hormon prolaktin adalah tinggi pada waktu malam.
    Hope to hear a good news from you later!

  • sha

    salam..

    saya 8 bulan pregnant anak kedua dan merancang utk BF sepenuhnya. Anak saya yg pertama cuma dpt BF 6 bulan jer..sedey sgt..

    saya nk beli breastfeed pump dan nk mtk pandangan pump mana yg sesuai utk saya. saya bekerja sepenuh masa dan most of the time saya naik motorsikal ke tempat kerja. Pada saya, medela mini electric adalah yg paling sesuai kerana size nyer lebih kecil jika dibandingkan dengan breastpump yg lain i.e. spectra.

    Kindly assist.

    Thank you.

    Salam Sha : Lifetime pam Medela Mini-E ialah 450 hours (kalau tak silap) sementara Spectra 3 ialah 1500 hours.
    Kalau Sha sudah membuat stok semasa dalam pantang, sesi mengepam Sha selepas berkerja akan lebih mudah iaitu di ofis sahaja (berbanding ibu yang shortage of stock dan perlu membawa pulang pamnya setiap hari utk mengepam di rumah)
    Maksud saya, walaupun pam Spectra sedikit ‘besar’ tapi Sha boleh letakkan je di ofis tanpa perlu membawanya ulang alik setiap hari menaiki motosikal.

  • sha

    tx for the info…baru tau breasfeed pump ni ada lifetime jugak rupanya. so klu da habis lifetime tu..pump tu x bole guna lg ke or we need to send for repair/maintenance? klu hantar g maintenance.. lg mahal ke kos nyer?.

    sori la byk sgt tanya. sy baru nk try BF ni..so takut klu2 x dapat nk buat byk stoks masa pantang.

    Lifetime adalah anggaran oleh manufacturer terhadap produk mereka. Seperti kereta, contohnya lifetime diberi 10 tahun.
    Ada yang selepas 10 tahun, keretanya masih OK dan cantik dan ada yang baru 7 tahun, keretanya dah teruk.
    Bergantung kepada penjagaan dan kekerapan hantar servis org pemilik.

    Pam Spectra 3 boleh dihantar servis 2-3 bulan sekali dimana bagi 6 bulan pertama, servis adalah percuma.

  • Ummi

    salam, saya selalu baca tentang isu bf ni, saya sudah ada 3 anak dan coming soon yang keempat..saya sejak anak pertama mengalami masalah tak dapat bf dalam jangkamasa yang lama..cuma satu sahaja sebabbya…nipple breast saya tenggelam..so bila anak saya tak dapat menyusu secara natural..susu akan cepat habis …saya lihat isu ini tiada dibincangkanm dalam mana -mmana web pun…saya rasa elok kalau ianya dibincangkan untuk panduan ibu-ibu yang mengalami masalah seperti saya ini

    Ummi, ianya cadangan yang baik. Terima kasih

  • NinaRahmat

    salam…
    saya mula stock up frozen ebm 14 hari sebelum naik keje… nasib baik g buat follow up check up, doctor remindkan supaya ajar bby minum pakai botol, then saya pun terpikir nak buat frozen stock, kot2 kena outstation nanti. so far baru dapat 6 plastik susu 5-6oz setiap satu… sgt2 tak cukup kalau kena outstation… nyesal betol tak start dari awal 🙁
    merujuk pada Q6, saya tak tau rupanye kita boleh campurkan susu frozen tu semua… saya dok pk, kalau anak saya sekali minum 3oz, macamane lah saya nak agih2kan susu tu sbb ada yg 5oz punye.. kalau macam tu saya boleh campurkan 3 plastik = 15 oz untuk 5 kali susuan lah ye?
    merujuk pada Q9, saya ingat kalau dah stop pumping, bnyk mane yg dpt banyk tu je lah yg boleh store, tak boleh tambah pump dalam botol yg sama, rupanye boleh ye…tapi stopping time tu boleh stretch sampai berapa lama ye?
    sorilah pnjg lebar soalan… saya budak baru belajar…tenkiu…

    Nina, selepas dicairkan, Nina boleh asingkan EBM tersebut kepada 3 oz setiap bekas.
    EBM boleh dicampurkan asalkan suhunya sama. EBM bertahan 4 jam semasa suhu bilik.
    Untuk maklumat lanjut, Nina boleh dapatkan buku panduan penyusuan di link ini http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=36&products_id=206

  • ummu ilham

    kat mana nak beli deep freezer?

    Ada di kedai elektrik berhampiran..hihi

  • lizi

    hi..anak saya tak nak minum dari baby bottle! saya guna MAM, medela & philips avent..tetapi dia tak nak hisap…however, among these three bottles, dia ada hisap milk dari MAM punya bottle tapi sekejap saja…lepas tu dia start menangis…

    saya akan start kerja pada 1.3.11…sampai sekarang dia tak nak minum dari bottle…pening kepala aku!!!

    ada apa cara boleh jadi anak saya minum susu dari baby bottle? umur dia 3 bulan sekarang

    terima kasih

    Salam Lizi, baby boleh minum daripada picagari, sudu kecil mahupun cup kecil.
    Dengan cara ini kuantiti susu yang bayi minum sehari lebih mudah dikawal berbanding menggunakan botol dimana dalam banyak keadaan biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan oleh badannya.
    Sekaligus, ibu mengalami masalah sukar mengekalkan stok susu perahan (kerana terlalu banyak)
    Cuba berlatih cara lain pula ya.
    Entri Sue di sini http://www.diyaluna.com/diary/2009/10/28/prepartum-kolustrum/
    Harap membantu!

  • wawa

    tq sharing this story..sgt mbantu sy utk try fully BF for my coming 2nd baby..ni tgh tgu hari je..msa 1st baby x dpt nk fully BF sbb ilmu x byk..hopefully 2nd baby sy dpt la buat..mohon tunjuk ajar ye kak sue…

    Sama sama Wawa, semoga sama sama dapat manfaat ya.
    Selamat menyusukan!

  • ina

    As-salam,
    Sue, nak tanya, skrg ni saya dalam pantang 22 ari. Masalah saya, saya tak pernah rasa breast saya penuh, atau susu memancut pada breast yang sebelah lagi kalau menyusukan baby. Kalau pama pun tak sampai 0.5 oz pada kedua-dua breast. Apa cadangan sue untuk mengatasi masalah saya nie contohnya untuk membanyakkan susu supaya dapat buat stok sebelum naik kerja nanti? Setakat nie, Alhamdulillah saya masih menyusukan anak sepenuhnya.

  • mama_amani

    Salam pn. Sue, saya ibu kepada baby amani, 3 bulan. Alhamdulillah…saya Ekslusif BF baby, dengan bantuan Spectra 3 yang saya beli dari lunatots 🙂 TQ so very much..
    Nak tanya, apabila mengepam selepas direct feeding, perlukah kita basuh dulu puting kita, untuk hilangkan air liur baby?

  • siti aisyah ex-SERATA

    salam kak su,

    waktu berpantang biasanya bila kak su perah susu? sbb most of the times mesti bb nak direct bf dgn kita kan. jadi, adakah masa bb menyusu sebelah, pam sebelah? tapi nnt bb hanya dpt minum sebelah je. ataupun lepas bb habis menyusu? tapi nanti mesti dapat sikit je sekadar nak pastikan breast betul2 dah kosong.

    saya takde pengalaman perah susu waktu pantang 1st time dulu. itu antara faktor kegagalan dan penyesalan yg sentiasa menghantui. huhu.

  • siti aisyah ex-SERATA

    kak su,

    saya baca entri ni kak su dah mention blh pam lepas bb menyusu. cuma yg saya nak tau, klau pam right after bb menyusu, masih ada susu yg akn kluar ke?

  • nia

    bila la nk merasa beli deep freezer ni..stok secoek jer dlm peti ais tu..byk botol sos, kicap ngan budu dr botol susu!!hehehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading