Membawa Susu Perahan Travel

Praktikal membawa susu perahan semasa travel (domestik)
Outstation untuk berkerja dan masih menyusukan anak?
Cabaran menjadi ibu dan wanita, namun kedua duanya boleh dilaksanakan dengan baik, insyaAllah

Sebelum bertolak, pastikan beberapa perkara seperti

  1. Berapa lama anda akan outstation untuk menganggarkan berapa banyak susu perahan yang perlu ditinggalkan
    (Anggaran 1 hari 1 malam lebih kurang 8 botol (3 oz satu botol) bagi bayi berusia di bawah 6 bulan)
  2. Berapa banyak bekas simpanan plastik atau botol yang perlu dibawa
  3. Adakah terdapat peti ais di hotel (mungkin boleh call terlebih dahulu)
  4. Pastikan keseluruhan part mengepam berada di dalam satu beg – pump, bottle, cable segala, tisu untuk kemudahan mengelap
  5. Bawa cooler bag yang besar dimuatkan bersama ice gel
  6. Pakaian yang dipakai semasa travel – jika tidak sesuai untuk mengepam, bawa bersama poncho atau baju jarang macam yang saya sarung dibawah
    *Hairan juga orang kiri kanan lihat acik ‘buka’ baju jarang dalam flight*

Bagi penerbangan domestik, syaratnya agak longgar
Jadi cooler bag berserta ice gel boleh dibawa sebagai hand carry
Teringat semasa di Brunei, syarat untuk hand carry susu ialah ada bayi yang mengikuti penerbangan
Puas saya jelaskan, saya bawa susu sebab bayi di Malaysia, ekeke
Terpinga pinga acik imigresen sebab logiknya, kalau tiada bayi, buat apa bawa susu kan?
Oh oh..sinonimnya susu lembu dengan anak manusia 🙂

Semasa berjauhan dengan bayi, mengepam selang 3 jam selama 20 minit sebelah payudara
Kata kuncinya- kosongkan susu didalam payudara supaya susu baru dapat diisi
Simpan susu didalam bekas yang sesuai

Bagi perjalanan kurang daripada 5 hari, susu perahan boleh disimpan di dalam peti ais tanpa perlu dibekukan

Hari terakhir sebelum balik ke Semenanjung, susu susu ini saya susun dalam cooler bag yang mampu memuatkan 2 hari satu malam stok susu saya
Penggunaan plastik penyimpan susu dapat menjimatkan ruang
Dapatkan cooler bag yang sesuai untuk anda dari link ini

Bagi anda yang travel lebih lama
Susu anda boleh dimasukkan didalam bekas seperti ini dan boleh di’wrap’
(Perkhidmatan membalut beg/kotak disediakan di airport)

Bagi perjalanan domestik (dalam Malaysia sahaja)
Anda boleh membawa susu perahan anda secara hand carry
Perjalanan antarabangsa, susu masuk dalam luggage ye

Gambar ihsan mommy Luna-orang lain hairan kenapa acik merah ni asyik bergambar- masa balik dari Bintulu tempohari

15 comments

  • suliana

    banyak susu su yek.. saya pun baru balik dari kursus 2 minggu, alhmdlh dipermudahkan dengan pakai tong ikan tu.. hehe.. siap tumpang deep freezer acik dewan makan lagi.. nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan.. 🙂

  • ika

    hi there! just found ur blog! thanks for the tips on how to travel bawak susu segala n also how to pump in the flight.

  • Ayanglina

    Salam Sue. Thanx for the info… Selama ni blur-blur juga nak travel dgn susu perahan

    Sama sama Ayang Lina, lepas ni hilang lah semua keraguan..hihi Selamat travel dengan susu ye!

  • Mimi

    salam… ada sket tak faham.. adakah masukkan susu dlm kotak ais tu dah cukup utk preserved susu tu dari cair? kena masukkan ais ke? brape lama ebm tu boleh tahan dlm tu tanpa cair?
    baru ni saya balik ke sydney. semua stok ebm tu saya masuk dlm cabin dan crew cabin simpan stok dlm fridge flight. alhamdulillah 1 kotak selamat, tapi lagi kotak ada cair sket..
    boleh tak tolong explain detail lagi pasal nak bawak stok ebm especially dari/ke luar negara. thank you sooo much. i really apreciate it.

    Mimi, selagi ada kristal ais, susu tu masih boleh disimpan semula didalam freezer.
    Susu yang keseluruhannya cair perlu digunakan dalam tempoh 24 jam kerana bacteria multiplication berlaku.

  • nina

    salam sue…

    thanks for the entri yg membantu menghuraikan kekusutan saya.

    by the way, boleh gak eh pump dlm flight? i tot nanti mengganggu sistem penerbangan bla bla bla…

    sue, saya linkkan diyaluna pada blog saya eh (dah linkkan pun baru nak mintak izin, halalkan ilmu ye…)

    Sama2 Nina. Boleh mengepam dalam flight *semasa takeoff dgn landing acik nerves* Jadi pam semasa penerbangan dah stabil
    Sekian, Suraya bukan pramugari pilihan..ekeke

  • wardah

    salam..
    info yg sgt2 berguna..TQ ye kak..
    mmg tgh research pasal ni pun..
    actually sy nk bercuti bln depan..bawa baby skali..
    baby dah setahun..exclusively bf..alhamdulillah..

    ms saya pegi bali aritu..naik airasia..xblh lgsung bw ape2 cecair pun..dr sini ke bali xde masalah..ms balik dr bali ke sini..mmg dia check btl2 hand carry kita tue..air mineral pun xleh bawa..kena tinggal je..
    tu yg saya risau tu..

    kali ni nak ke medan..pegi no problem la..
    balik nnt mesti ade stok ebm..
    tp kalo boleh masuk dlm luggage xde masalah la kan.. 🙂

    Wardah dapatkan cooler bag yang agak besar sedikit. Boleh didapati di Lunatots Amcorp Mall & Putrajaya.
    Masukkan didalam luggage, tiada masalah 🙂
    Selamat mengepam ye Wardah dan tahniah!

  • noris

    salam sue,
    nak tanye,saya akan pulang ke kampung suami saya di kedah selama 5 hari mggu dpn… so,macamana saya nak bwk blk stok EBM yang saya pam selama berada disana yang telah dibekukan ke KL , sbb perjalanan tu mengambil masa yang lama, nti susu cair pula, macamana ye sue,…blh tak sue bg pendapat?

    Salam Noris, dari Kedah ke KL, susu yang beku disimpan dalam cooler bag berserta ice pack tidak sempat cair keseluruhannya. InsyaAllah.
    Buat perjalanan malam dan tidak perlu singgah singgah, bila sampai KL nanti, terus masukkan semula susu ke dalam peti ais ya Noris.
    Selamat mengepam dan menyusukan 🙂

  • leen

    thank for info.next week saya nak ke brunei..wpun bercuti masih mahu buat ebm..tapi kompuis sikit tapi sekarang dah clear..TQ 🙂

    Sama sama leen,
    Semoga perjalanan leen lancar ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading