Membawa Susu Perahan Dari Kampung

Selang seli cerita susu dengan perkembangan mak dan anak anaknya…hihi

Entri ini adalah kesinambungan entri Mengepam Semasa Dalam Pantang
Saya menulis entri ini kerana ada beberapa ibu yang bertanya mengenai bagaimana mahu membuat stok susu sedangkan mereka berpantang di kampung
Ada  ibu yang risau susu perahannya akan rosak semasa dibawa pulang daripada kampung ke rumah sendiri selepas habis tempoh berpantang
Semoga dapat dijadikan panduan ya

Susu susu ini bukan dibawa dari jauh seperti Puan Farah dari Korea
(Walaupun sudah sering menonton One HD rancangan K-Pop..motif? Hihi)
Susu ini dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur (jangka masa sebenar hanya 3 jam setengah)
Jangka masa tidak benar (maksudnya sampai pukul berapa di rumah) dihujung entri ya!

Semasa di kampung, saya minta encik suami carikan bekas polistrin isi ikan
Biasanya nampak di Tesco tapi mesti ada juga dijual di kedai runcit berhampiran kan
Bersaiz sederhana dengan harga jualan RM8.90 sahaja

Oh abang, singgah kedai jangan lupa beli ais seplastik ya!
Cara cara membawa susu perahan pulang ke gagang ialah

1. Masukkan separuh plastik air batu ke dalam bekas polistrin

2. Keluarkan susu dari freezer dan belek belek botol susu tengok berapa oz dapat
(Hihi..step ini tak perlu pun sebenarnya)

3. Susun botol yang berisi susu yang sudah dibekukan di atas ais

4. Lapiskan dengan ais batu sekali lagi

Tips tips lain :
– Uruskan perkara susu susu ini sebagai yang TERAKHIR sebelum masuk ke kereta
– Buat perjalanan malam (dari kampung ke rumah sendiri)
– Tak perlu singgah singgah
– Letak bekas susu dalam kereta, bukan dalam boot kereta

Daripada Kuala Kangsar, kami singgah ke Lunatots Giant Kota Damansara
Borak itu ini (susah hati nak kenduri akikah anak perempuan kami..hihi)
Tak singgah kedai buku berdekatan kerana cadangnya nak beli novel Stanza Cinta di Popular
Tapi rupanya tiada juga di Popular..iskk..

Bertolak pukul 1 pm dan kami sampai di Cheras pada jam 7 pm
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam
Ini saiz sebenar bekas polistrin, tak besar dan tak kecil
Tapi berat mampoihh (keh keh…penuh ais batu)

Semuanya melekat lekat antara satu sama lain
Siap ketuk ketuk pakai apa yang ada nak meleraikan sesama mereka

Hah, melekat sampai begini!

Alhamdulillah semuanya masih beku dan boleh dimasukkan ke dalam freezer dirumah sendiri
Jika masih ada kristal ais, susu ini masih boleh dibekukan semula
Jika sudah cair semuanya, perlu digunakan dalam tempoh 24 jam ya!

Selamat membawa susu perahan dari kampung ke rumah anda ya!
Dan ais batu ini, erm..masih elok jika mahu diguna semula
Tapi saya kan masih berpantang (nampak)…

Puan Suraya,6 Julai 2011 hari ke 21 Alya

 

11 comments

  • suliana

    samala mcm apa yg saya buat masa berkursus 2 mgu dulu… memang sampai rumah, berasap2 lagi tong ais bila buka.. sejuk. tak berubah pun keadaan susu tu. alhamdulillah …

    Thanks Su sbb berkongsi. Jadi ibu ibu lain tak perlu risau bila balik kampung dan mahu membuat stok kerana mudah saja membawanya kembali ke KL ..hihi

  • myrule

    Salam..

    X silap saya, dulu saya refer kat sini kot untuk bawa susu travel. And sampai sekarang, tetiap minggu saya still travel dgn ebm lagi..:P

    Ye ke Myrule, semoga dapat memberikan panduan ya.

  • Hanim

    Saya pernah guna ais dan pek polisterin tu (untuk isi ikan… hehehe) dan diletak dalam boot kereta selama hampir 10 jam. Masa tu berharap agar ikan utk BBQ akan lembut bila sampai ke destinasi (sebab dari freezer ke pek politerin). Tapi, bila sampai ke destinasi, ikan masih keras kejung macam masa mula2 letak. Huhuh… Pengajaran. Berdasarkan testing tu, air batu tu blh tahan lama juga. 😀 sekadar berkongsi ye Kak Sue… 🙂

    Hanim, berdasarkan testing diatas, bila kita nak makan makan ikan BBQ sama sama? Ekeke..
    Terima kasih kerana berkongsi!

  • azsham

    ttp respek ngan sue sbb sentiasa sukses … zura doakan yg terbaik utk sue … bile nak wat aqeqah utk baby??

    Salam Zura, laaaama tak jumpa!
    Zura dan keluarga sihat?
    Sue belum sukses lagi Zura, baru bertatih tatih..

    InsyaAllah raya nanti, Zura jemput datang ya.

  • sya

    sue, ari tu sangat berangan2 nak bawa balik EBM dari kampung. tapi, semua susu2 tu cair akibat pintu peti ais tak tertutup rapat selama satu malam… huwaaa….
    balik rumah, buat stok lain je lah… 🙂

    Tak apalah Sya, bukan rezeki adik baby.
    Lepas ni moga bertambah tambah lagi rezeki susu adik ..Amin..

  • anis

    ala..kak sue..td saya dah taip pjg2 lupa fill in blank trs lenyap..huhu…sy suka entri ni sbb pengalaman ms hbs pantang bw stok ebm dr kg kedah ke putrajaya alhmdlh smuanya selamat xcair pun susu tu.. sbb husband sy siap seal dgn tape lg kat box tu takut nnt cair..kak sue..sy suka lunatots..dr mula start prgnant smpi skrg baby dah 3 bln stgh selalu singgah survey dan mbeli di lunatots presint 15 tu…baby sy pakai lunatots, pgasuh pun ok baby pakai cd tu jd skrg tgh kumpul duit nak bl tmbh lg lunatots.kdg2 bnasib baik dpt jmpa kak sue dgn kak haza suka sgt..staf kat situ pun very friendly..moga ada rezki dpt jmpa lg kak sue dgn kak haza..moga kak sue success slalu yer..

    Ye ke Anis?
    Nasib baik Anis sudi taip semula.
    Wah..Alhamdulillah dari Kedah ke Putrajaya susu susu itu merantau..hihi
    Terima kasih ya Anis kerana menyokong Lunatots, dimana kekurangan kami, beritahu ya!
    Nanti kami baiki (seperti muka Kak Sue yang moncong..ekeke)
    Take care dear!

  • as

    salam..saya adalah ibu yang bekerja..tapi tiap ujung minggu saya akan belajar jarak jauh d utm..bagaimana cara terbaik untuk saya menyimpan susu yang di perah dalam keadaan masa belajar sabtu kul 2 ptg hingga 10 malam dan ahad dari kul 8pagi hingga 7ptg..biasanya saya akan tinggalkan anak dirumag ibu saya di seremban..dan utm tu kat k.l..

  • Sheila Salim

    Assalamualaikum kak luna. wahh bestnya.. sheila nak balik kg esok malam beraya. memang nak buat stok ebm ..bolehlah try macam akak ajar ni. hehehe tapikan peti sejuk rumah mertua, satu pintu dan kecil je. camne ekk. risau da ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading