Makcik Urut Mokcik

Harini baby puteri berusia 17 hari
Gadis yang baik, menyusu dengan baik, belum banyak ragamnya
Paling paling minta dipeluk, baru boleh tidur lena
Ada alasan daddy nak minta mommy berehat
Kalau boleh mommy nak tidur, makan dan menyusukan anak depan laptop
Exam IBLCE lagi 24 hari
Bagaimana saya bisa senyum bila hormon yang mempengaruhi prolactin productionpun masih saya sangsikan
(Maksudnya saya jawab lain, jawapan sebenarnya lain)
Susahnya hati ini macam manisnya kurma ini..ah semputtt…hihi

Beberapa malam sebelum Alya dilahirkan
Kami bawa anak anak ke Klinik Pakar Suria untuk checkup
Kebetulan malam itu ramai patient jadi lama suami melayan anak anak bermain
Bila Zikry bersama Dzakwan, riuh rumahtangga jadinya
(Selalunya sekejap je dah masuk bilik konsultasi)

Selesai checkup buat kali terakhir, kami makan di kedai mamak berhampiran klinik
Mommy layan Zikry dan daddy suap Dzakwan
Rasanya macam baru-nak-biasa-handle-2-anak-dah-nak-masuk-tiga-pula hihi
Apapun, kami semua teruja nak jumpa puteri hati
Yang selama ini dilihat di TV doktor je (masa 3D scan)

Ini gambar pagi pagi lepas tukar lampin baby Alya
Zikry dan Dzakwan tidur dengan opah & atok
Pagi bila terjaga, kadang kadang Dzakwan masuk dalam bilik minta susu mommy
Tiba tiba selepas Alya lahir, kami rasa Dzakwan sudah besar
Mungkin saya seorang yang rasa begitu
Saya rasa dia sudah bulat..ekeke
Walaupun baru malam sebelum dia dipeluk cium dipanggil adik

Alya yang mahu dipegang sentiasa
Kalau mommy yang pegang masa makan, nanti makanan mommy masuk ke mulut Alya pula…hihi

Inilah Abang Dzakwan yang saya cakap sudah besar tu
Setiap pagi kutip buah mata kucing di pokok atok (meowww)
Ini busuk masam mommy yang masih belajar perlahan lahan sayangkan baby

Ammar Zikry dah pandai membawa diri
Dia pandai main sendiri, berbual, berfikir dan mudah dipujuk
Zikry ke Mardi bersama daddy, atok & opah beli durian yang sedap!

Mommy di rumah dengan Alya dan Dzakwan
Alya tidur, Dzakwan pula nak susu
Sampai tertidur Dzakwan menyusu, rindu dipeluk dicium agaknya

Dalam pukul 9 am, makcik Esah urut sampai
Rutinnya dia panaskan air untuk mandi dan batu tungku sebelum mula mengurut
Oleh kerana saya operation, urut sikit sikit tangan, kaki dan kepala sahaja
Saya ambil 5 hari dari Isnin hingga Jumaat

Air mandian daripada 34 jenis daun – daun sirih, daun serai wangi, daun pandan, daun manjakani siap sabut kelapa pun ada dalam tu saya lihat
Ada juga daun kecil kecil (takkan daun kari kut)..hihi

Makcik Esah tinggal di Bukit Chandan Kuala Kangsar
Jadualnya penuh dengan mengurut orang sana sini
Kalau anda berpantang di Kuala Kangsar dan mencari orang mengurut, boleh msg saya ya

Masa Nora Danish berpantang, 2 minggu Makcik Esah mengurut beliau katanya
Cuma Makcik Esah tiada gambar bersama Nora Danish…ekeke

Makcik Esah boleh mengurut lepas bersalin, tak bersalin pun tak apa, lenguh lenguh untuk lebih cargas
Lepas urut, dia tuam seluruh badan dengan batu tungku yang hangat
Ianya bagaikan terapi sebelum saya kembali berkerja semula!

Semoga hari hari kalian dilimpahi dengan kesenangan dan ketenangan
Add saya di facebook.com/suelunatots dan minta ditinggalkan msg ya!
Kerana saya hanya approvekan friend request yang mempunyai msg

Bukan apa, nanti senang nak ajak makan doghoyan…hihi

Mommy yang risaukan exam nak dekat,
2 Julai 2011

3 comments

  • nurul

    sedapnya weh kena urut..nak juga diurut lega rasa badan hilang sengal2 sampai tertido dibuatnya kehkehkeh ~Cik Puan Nurul

    Hah Cik Puan Nurul, andalah yang jumpa Remy Ishak tu kan..ekeke

  • ayg

    alang, u can do it!!

    Ayg, terima kasih.
    Alang buat perlahan lahan sampai berjaya. Mungkin orang lain ambil masa setahun dan Alang ambil bertahun tahun. Tapi lain individu kan lain pace nya..hihihi (yakin diri!)

  • makaqeelah

    tahniah on ur baby girl. dah lama tak singgah ur blog 🙂
    yang macam sabut tu bukan sabut le dear…it is akar sintok. hehehe

    Terima kasih Makaqeelah..hihi, akar sintok ye?
    Mokcik ingatkan sabut..ekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading