Mahu Tutorial Moby Wrap?

Meh saya jawab (walaupun tak ada orang tanya)
Saya sangat positif bila orang cakap “kerja sendiri ye, senangla..”
Saya faham, maksud ‘senangla’ dalam ayat diatas ialah jadual waktu yang lebih fleksibel untuk saya, suami dan anak anak

Hakikatnya, perkataan senang itu besar tafsirannya
Jika diukur daripada senang, saya senang (read as mudah) lagi berkerja dengan syarikat
Hujung bulan, dapat gaji
Bila hari malas, saya malas
Perkara paling berinisiatif  yang saya buat ialah bancuh milo di pantry dan masih dapat gaji!

Paling menggembirakan ialah cuti 2 bulan bergaji
Fuhh..nasib baik saya sempat merasa keseronokan itu sewaktu melahirkan Zikry
Tidaklah terliur bila membaca berita gembira cuti 3 bulan bergaji teman..hihi

Melahirkan pada 16 Jun, berada di hospital sampai 20 Jun 2011
Mulai 21 Jun, hati resah gelisah memikirkan akaun untuk cukai pendapatan yang perlu dihantar sebelum 30 Jun
Kami ada kurang daripada 10 hari untuk berkubang didalam resit dan kekesalan
Ekeke..kekesalan kerana “ish nape tak tulis apa apa kat cheque bud ni..camana nak refer ni”
Dan “RMxxx ni pi mana, bayar apa, napa tak buat rekod”
Sambil hantuk hantuk kepala di kalkulator

24 jam sehari tolak waktu tidur 8 jam tinggal 16 jam
Tolak waktu makan, minum, mandi dan sikat rambut tinggal 14 jam
3 orang anak, average seorang dapat 2 jam sama dengan 6 jam, waktu berbaki 8 jam
Tengok TV, huha huha 1 jam tinggal 7 jam
7 jam untuk buat kerja iaitu sepenuh masa didepan laptop
Untuk diri sendiri dan suami, tinggal tali jam
(Maksudnya tiada berbaki apa apa)

Gambar pada 11 Julai 2011, hari ke 26 melahirkan
Saya mempunyai urusan luar rumah tangga
Berikutan Lunatots Cheras yang akan berpindah ke Bandar Tasik Permaisuri pada pertengahan bulan Ogos ini

Sudah hampir 2 tahun rupanya kami beroperasi di sini
Alhamdulillah ada rezeki kali ini dapat berpindah ke ofis baru yang harapnya lebih selesa untuk staff dan customer

Baju menyusu terbaru daripada Mumdreams
Warnanya cantik memikat mata memandang
Available dalam saiz S, M, L dan XL dengan harga RM67

Saya suka susun atur letak zip baju ini yang unik
Tahniah Mumdreams!
Siapa sangka ini adalah baju menyusu dan corak kebawahnya buat mokcik nampak kurus sedikit…hihi

Selepas discussion di ofis, mommy & Alya menjenguk kawasan
Gambar di stor Lunatots Cheras yang masih dalam renovation
Harini sudah 5 Ogos 2011, sempatkah siap sebelum15 Ogos? Jeng jeng jeng

Dari Cheras, mommy ke Damansara lalu tersinggah Ikea
Betul…tersinggah, bukan menyinggah
(Buleh percaya kah?)
Alya dalam Moby Wrap ‘Born Free’
Ai lev yu Alya dan wrap
Beli online disini dan saya akan ajarkan melalui blog
Teringin nak cik Sue buat tutorial pakai wrap? Klik LIKE di entri ini..hihih
(Sempatlah saya fikirkan nak pakai baju apa yang sesuai untuk photoshoot : pengsan 🙂

Dan berhati hati dengan wrap yang berharga lebih rendah daripada harga sebenar kerana merujuk kepada authorised distributor Moby Wrap di Malaysia, ianya adalah wrap imitation daripada China
Keselamatan adalah antara isu penting dalam membawa anak anda, jangan risikokan mereka hanya dengan perbezaan beberapa puluh ringgit ya!

Motif bergambar berbackground kan tombol dan pemegang almari kerana sedang mencari kitchen cabinet

Mahukan yang putih dan tak nampak kotor
Maksudnya setelah kitchen cabinet itu siap, gunakannya sekali sekala sahaja…hihi
Tak sampai maksud mempunyai kitchen cabinet disitu!

Mudahnya memilih dapur di Ikea ialah bilamana anda cuma perlu :
– Mengukur saiz dapur anda (luas panjang, lebar dan tinggi)
– Pilih jenis cabinet yang dimahukan
– Pilih tempat sink, fridge dan lain lain peralatan built in jika ada
– Pilih pemegang kabinet
– Beritahu kitchen consultant di Ikea dan dia akan transformkan idea anda ke dalam bentuk lukisan
– Sebut harga untuk setiap item yang anda pilih juga akan dipaparkan

Tit tit tit print dan terus menuju ke kitchen consultant Ikea di bahagian bawah Ikea ya!

Bagi yang masih mensurvey seperti Mommy Luna
Simpan baik baik gambar yang di print dan tampal pada peti ais
Mana lah tahu impian jadi kenyataan kan…ekeke
(Maksudnya saya balik gitu gitu aja …hihi – lain kali kami datang lagi)
Anda boleh melukis sendiri dapur idaman anda menggunakan software di link ini

Sampai dirumah, saya nampak anak anak dah bersiap
Katanya nak ke sekolah (petang petang ni?)
Adik Dzakwan bye bye mommy

Oh ye, Dzakwan dah pandai panggil Mommy sebagai Memey
Saya sukaaaaa aje!

Peluang untuk berjaya bertambah apabila percubaan bertambah. Selamat mencuba!

5 comments

  • sya

    sue,
    saya like sejuta kali ye… 😀
    dah dapat green light untuk moby wrap…
    tapi……..
    kena tunggu ongkosnya… hihi…

  • cimas

    sue, sy pernah tanya kat facebook aritu..tp kan x dpt green light from big boss utk beli..setiap kali lenguh dukung baby sy serahkan kat hubby sambil senyum2 kambing ckp “tula..x bagi sy beli wrap kan”..hukhuk..

  • wannorashikin

    Sue,
    Aktifnya Sue dalam pantang.Jaga kesihatan juga ye.
    Bekerja sendiri ataupun makan gaji kedua-duanya ada cabatran.Lagipun dalam hidup ini mana ada yang senangkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading