kenduri lagi

seminggu selepas kakyong kenduri
kami pulang ke Perak lagi, kalini utk kenduri cousin suami
malam sebelum kenduri, kami ke rumah pengantin utk menolong apa yang patut

muka iki dah masam sangat sebab time tidurnya diganggu gugat
tudung saya harus tak same kaler dengan baju
ala..dah malam pun, takde sape perasan
(tempek kat blog, ramai lah org perasan..ekek)

sampai dirumah pengantin, iki main dengan fateh
yang akan berkahwin ni aunti yang fateh, Nora namanya

untuk mengelakkan iki meragam, kami lekakan dia dengan cat
dia panggil tesh..

pagi esoknya kami bersiap ke kenduri
tema ialah hijau , baju ayah hijau, iki hijau, kain mommy hijau
tapi tak nampak kain saya pula…hihi
yang buat peace tu jemari pengantin seminggu (kakyong)

tujuan saya ambil gambar ini ialah nak jadikan pengantin baru sebagai latar belakang
*kan ke saya berseni orangnya
sudahnya dek kerana kebesaran saya tak nampak pengantin, muka saya je penuh..hihi

sementara menantikan pengantin
Ibu2 iki ‘culik’ iki dari saya

ini iki dan bucu.. dia jelir lidah pada siapalah agaknya

iki & bu wa…inilah bu wa yang rajin editkan gambar iki
dan iki reti sebut buwa sahaja…
*kelakar kan muka iki…ekeke

yang ni iki & buchik
inilah emi nama sebenarnya..umur 17 tahun
tapi selalu sound ku “kak sue ni macam baya baya emi je”
*bila ku hober berceloteh
ku “cait, emi la sebaya kak sue, doplodua…maksudnya emi yang matang sebelum usia!”
najwa “hah, kak sue doplodua?” sambil gelak kukik kukik..

cis…
em, tahun ni saya doplotiga la 🙂

kami pulang KL sebelum pengantin lelaki sampai
sebab masa tu dah jam 2 petang

kepada cousin hb, Nora & suami, selamat pengantin baru…
sehingga ke anak cucu..amin..

1 comment

  • CT

    waaaaaa montelnye iki ni….geram nengok…

    sue!!! bile lagi nak bukak counter kat bawah office kite ni…?? eheheheh
    —-
    salam ct: ayo..acik dah tua…dah berat bontot rasanya nak berjalan jalan..ekek

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading