KENA KE BELI BREASTPUMP?

KENA KE BELI BREASTPUMP?

Memang kena —

“Tapi Cik Sue saya tak bekerja. Maksud saya kerja dari rumah dan sentiasa bersama anak”

Kalau begitu pakai pam single je. Untuk standby waktu breast sakit lepas melahirkan.
Kadang tu kena keluar juga ke hospital kan.

“Saya bekerja Cik Sue — boleh pakai single pump”

Kalau Cik Sue jawab sejujurnya — tak boleh.
Pakailah double pump.
Bila kita pakai double pump — kita jimat masa.

Saya kena tulis di wall ini biar orang lelaki bujang atau suami pun ambil tahu.
Nanti mereka takut nak masuk campur sebab ingatkan urusan orang perempuan walhal ini urusan penyusuan anak bersama.

Pertama #1
—————-
Ibu bekerja kena pam setiap 3 jam. Kalau pakai single pump 15 minit, sebelah lagi 15 minit dah 30 minit. Basuh tangan,simpan susu dan lap lap pam dah berapa minit.

Kesian isteri kelam kabut mengepam dan kembali bekerja.

Kesian majikan isteri — dia sudah beri kita atau isteri kita kerja dan kesempatan mengepam.
Gunakan secara optima.
Guna double pump serentak dan jimat masa.
Boleh kembali bekerja.

Kedua #2
—————
Susu kena dihabiskan dari breast.
Kalau ibu pakai single pump bila dah penuh botol dia stop. Pam sebelah lagi pula.
Nak jimat masa sebab pakai single pump.
Padahal ada lagi susu dalam breast.

Nak banyak susu kena pam keluar sampai habis.

“Alahai Cik Sue, nenek saya dulu menyusu tak payah pakai pam pun hihi”
Itu dulu.
Ini tahun 2016.
Tuntutan bekerja kita tak sama dengan sedekad yang lalu.

Cannot cannot sama kan ya kawan kawan.

Ketiga #3
—————–
“Kawan saya tu perah pakai tangan je Cik Sue — ok je”

Adik adik dengarlah cakap kakak ni.
Pakai breastpump double.

Kawan adik tu lain.

Nak pergi Ipoh dari KL boleh naik bas, KTM, tumpang kereta suami eh maksudnya naik kereta ataupun naik motor.
Jalan kaki pun boleh sampai.
Berbasikal pun relaks je orang tu kakak lihat.
Tak nampak pun peluh mereka.
(Sebab kita dalam kereta 😂)

Tapi untuk adik adik dan Cik Sue, gunalah kereta untuk ke Ipoh. Tak kisahlah Kancil, Viva,Wira, Mercedes hihi janji kereta.

Double breastpump itulah kereta.
Yang memudahkan teori dan praktikalnya.

Cik Sue selalu segan nak cerita nanti macam nak jual jual dan memaksa.
Tapi memang nak paksa beli sebab tengah promosi sepuluh hari ni.

Kalau kakak tak paksa, nanti adik adik tersalah beli.
Kakak diam (ketap bibir) je bila ada yang beritahu breast sakit tak ada pam atau pam yang dibeli tu sakit.

Itu semua salah Cik Sue tak beritahu kebenaran.

Nah ini kebenarannya.
Ini semua senarai pam yang kakak suka.

Nak mesej cik Sue pun boleh.
WhatsApp 0102414050 Cik Luna yang membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading