Kedah yang indah

Negeri Perlis Indera Kayangan,
Negeri Kedah Jelapang Padi;
Kekal tertulis dalam kenangan,
Pelangi indah pasti kami mai lagi.

2 hari di negeri Kedah memeluk kami dengan mesra.
Tiba waktu pulang ke sarang pula.

Kawan kawan mesti cantik selalu dan bahagia kan keluarga.
Hidup bukan lama, tiba tiba boleh pergi dan bersunyi.
Apa lagi pilihan kita ada selain berjaya, kaya dan meraikan bahagia. Hihi.

Sampai di rumah Kuala Kangsar, Zikry tanya mengenai artikel yang dibacanya dalam whatsapp.
Tentang buat simbol peace ialah meraikan kejayaan syaitan.
Anak umur 8 ini makin aras tinggi situasinya.
Dalam penat baru tiba dari Kedah, Mommy beritahunya.

Yang Allah kira ialah hati kita.
Simbol tangan bukan nilaian menggembirakan syaitan.
Beritahu Mommy, apa yang membuatkan syaitan gembira?
Tinggi suara pada adults, tak solat, feel hopeless — sambungnya.
Nah, Zikry sudah menjawab sendiri.

Usah buat perkara yang buat syaitan rasa menang.
Mereka sedang mengumpulkan kawan.
Masuk bukan syurga berteman.

Adakah sewaktu bergambar dan buat peace itu — ada perlakuan tidak baik kita mungkin terlalu gembira, atau tak sempat solat.
Kita semak semula ya.

Tidak tahu mahu ikut perangai siapa.
Mari kita belajar lagi akhlak Rasulullah sebaik manusia.
Pegang tangan,  simpan niat dan kita belajar bersama.
InshaAllah.

Mommy ini pun masih belajar.
Mengetahui yang I just can’t answer –> No because I said so and moms knows best kepada sebarang soalan Zikry.
I do not knows best with all the limitations that I have.
But Mommy always wants the best.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading