Katil lagi

Dah hampir 2 minggu saya tidur tidak bergerak
Nak berguling ke kanan ada tangan Dzakwan, ke kiri ada kaki Zikry
Sudahnya terpaksa laung nama suami di tengah2 keheningan malam “abg, tolong alihkan Dzakwan/Zikry belakang mommy ni”

Semuanya dilakukan kerana terpaksa demi mengelakkan kejadian mak badak eh budak terhenyek anak..oh oh
(Pst kak Pija, anak 5? LIMA? :mode berdehem dehem mengawal rasa: )

Sabtu lepas saya ke Cavenzi mencari katil (lagi)
Mak saya kata, kesian Wan tidur sempit sempit
(Padahal anak mak ni yang sempit takleh gulik gulik tau mak, uwaaa)

Saya bergambar dengan Dzakwan dengan ucapan “Bilalah parut jerawat nak surut..hihi”
Mommy perasan model menggayakan tudung kedua dari Kak Serindit

Saya request nak tudung cream yg match dgn SEMUA baju (tak agak2 malasnyer)
04122009601

Cavenzi tgh sale-pekebendantah-rasa-macam-tiap2-hari-sale
Sales assistant ni iring saya dari kereta ke dalam kedai!
Mujur saya betul2 dtg nak beli barang, dibuatnya saya nak tumpang toilet je, camno?

04122009592

Katil yang ada dalam bayangan saya tiap2 malam ada di sini
Sebuah katil single yang bertingkat untuk dipadankan dgn katil saiz queen kami
Nanti2 bila Zikry & Dzakwan dah ada bilik sendiri, buleh saya hadiahkan katil ini kepada mereka

04122009590

Kenapa tak beli katil fancy2 bentuk kereta siap stereng bagai?
Sebab sebelum ‘masa itu’ tiba, katil ini akan berada di bilik kami
Tak ke runsing tiap kali sebelum tidur, kena uruskan anak2 yang sibuk ‘memandu’ kereta, main stereng la, roda la?
Jadi biarlah saya beli katil skema formal (seperti di atas) demi kesejahteraan kami suami isteri..ekeke

04122009593

Sambil lalu lalu tu, sempat saya jeling katil bawah ini
Saya tak larat katil dibawah (susah nak angkat punggung, pinggang dll)

04122009591

Kalau saya ada katil seperti dibawah
Bilamana saya perlu bangun, saya akan berguling2 sehingga ke tempat yang dituju-seperti nak ke dapur ambil air (bulih?)
(Alasan sebenar : Hisy mana nak simpan barang2yang banyak bawah katil tu nanti)

Gambar di ambil sementara org diatastu tuliskan bill utk saya
(Dia agak sibuk, jadi saya tak sampai hati minta dia ambilkan gambar saya..hihi)

04122009597

Sofa love shape ini shanteks sangat
Very the matching dengan purse merah saya!
Cuma harga dengan wang yang ada didalam purse sahaja tak matching (ekeke)
Jadi saya tumpang letak dan bergambar bersama sahajalah ye…

04122009595

Ada promotion sofa jenis lain (RM60 sajo bang..)
Saya pilih2 warna yang matching dgn tema rumah
(iaitu warna yg tak nampak milo kopi tumpah..haha)
Bila saya balik dan beritahu suami tentang sofa itu, dia tanya “mana nak letak?”
“ala..ada 11 hari lagi baru dihantar, jadi kita ada 11 hari lagi utk berfikir..ekeke”

04122009599

Tarikh: 13 Disember 2009 (Ahad)

SESI 1: Laktasi Semula Dan Cetusan Laktasi (Relactation & Induced Lactation)
Masa : 10.00 am-12.00am
Penceramah Sesi 1: Puan Kamariah Mohd Alwi, Pakar Laktasi dari Nurturing Concepts Sdn Bhd/susuibu.com

SESI 2: Mengatasi Kurang Penghasilan Susu (Overcoming Low Milk supply)
Masa  : 2.00pm-4.00pm
Penceramah Sesi 2:Puan Rita Rahayu Omar, Pakar Laktasi dari Nurturing Concepts sdn Bhd/momslittleones.com

Tempat: Butik Sarakids, 42-1, Jalan Opera L U2/L, Tmn TTDI Jaya, 40150, Shah Alam, Selangor
Klik sini untuk peta

Bayaran: RM 80/individu, RM 150/pasangan = setiap sesi

***DISKAUN untuk peserta yang ingin mengikuti kedua-dua sesi 1 dan 2 (pagi dan petang): Pakej Individu: RM 140 ;-) Pakej Pasangan: RM 250 ***


Sila buat pendaftaran dan bayaran ke admin@sarakids.com atau hubungi Cik Hawa: 016-6178351
Tempat kosong setiap sesi: 20 orang

Nota Mommy Luna : Lepas melahirkan saya otomatis jadi bulat? Jom sama sama menuntut ilmu dengan acik bolat minggu ini di Sara Kids jom!

7 comments

  • Lina

    Bile nak buat kat Ipoh ni Sue… masa buat kat Ipoh bln lapan hari tu tak pegi sebab dah lepas sehari baru tahu ada huhuuh

    Lina, jom sertai kami di Pulau Pinang 27 Dis (Ahad) jom 🙂

  • pinkedish

    bestnye katil baru. yer la terfikir gak mano nak taruk barang2 bawah katil sume tu.. uish.. mau kene beli bilik stor pulak!

    p/s: kak sue, betul ke kalau pakai CD kat anak kter dia jln kengkang?? sy tgk iki tu ok je.. ttbe mak sy plak ckp cmtu kat sy.. isyhh.. risau pulak. ke sbb sy pakai kan dia 2inserts waktu siang pun? plus skg nih dia baru start rajin jalan.. mmg nmpk mcm besar bukaan kaki dia.. tp sy tak rasa sbb CD.. kan kan??

    Haha, terkejut suamiku kalau beritahu dia yg nak keluar shopping beli bilik stor!
    CD dipakai seawal 2 ke 3 tahun pertama je pink, selepas usia itu bayi akan berjalan dgn betul dan mereka tak ingat dah apa yg berlaku masa kecil. Kaki infant agak ‘tidak lurus’ menyebabkan org tua risau anak kengkang. Semuanya akan berlangsung dgn baik dan bayi tidak akan kengkang kerana pakai CD, tapi mungkin atas faktor anatomi yg lain.

  • suriati

    wow sue…nanti nak datang penang yer..welcome yer..jemput skali datang umah..kelas nanti tajuk apa yer?

    su dlu pon single+queen tapiiii sekarang dah jadi 1 queen diatas 1 queen dibawh…bahayanyer, lasak bebudak 2 org tu…si adik pernah jatuh katil…n kita pon tak lena tdo takut abag hempap adik la..at last bli tilam queen yg sama best mcm kat atas then letak kat bawah..siang2 sorong masuk bawah katil (separuh jer tak larat ooo berat)..

    sue punya concern tak nak seperate tdo ngan daddynyer eh?…plus iki pon still nyusu kan..karang daddy jer kat atas katil sesorg ek…anak2 sumer himpit mommy…so solutionnyer…katil tu bagi tetamu jer..u olls tddo tilam jer..hehehe

    Su, harap dapat jumpa Su walaupun sekejap (jomla datang dear)
    Ianya kelas persediaan penyusuan untuk ibu mengandung, walaubagaimanapun ibu yang sedang menyusu digalakkan hadir sebagai ilmu tambahan 🙂

    Sue punya concern ialah –> tak muat nak buh 2 katil queen dalam bilik kecil kami. Kalau nak buh 2 katil queen kena buh di ruang tamu (dah tak jadi ruang tamu la lepas itu..keke)
    Mungkin katil single buleh tarik yang bawah sesuku-atau-setengah-pun-jadila akan membantu!

  • AzniScott

    Menarik gak idea katil leh suruk ni.Anak2 dah lasak jenuh nak letak mana tah.Papanya pun tido control ayu je huhuhu…..(tak termasuk bantal2 yang sibuk tumpang skaki)

    Ahaha…anak2 tunggu besar sikit, dah buleh cadangkan mereka mempunyai katil sendiri di bilik sendiri. Bantal harus banyak, satu di kepala, satu di kaki, satu buat peluk..kih kih..

  • haza

    sue… murah tu katil CAR di cavenzi.. nanti ku terjah.. den poei carik asyik jumpa yg 1k++ huwaaaaaaa…

    Haza : Pi cepat, Sue lupa nak tgk salenya sampai bila (Katil tingkat2 tak sesuai combining dengan katil queen Sue, nanti semua berebut nak tidur tingkat atas-haru)

  • harlindahalim

    ish..ish..nk kna pk beli katil la plak eh bile dh ade anok due ye…fenin fenin…sy laks yg fenin kak sue… =p

    Lyn, memang ‘kejang’ montot tidur secara menghadap sisi je sepanjang malam, takde gaya kuak lentang bagai dah..

  • sitisifir10

    k.pija still tak guna katil sue, kalau ada yang trjatuh tilam (apakah??) umi dia buat2 tatau…kalau ada yang masuk line umi, dialah kene tolak..ahahahaha

    Kak Pija dah asingkan anak anak ke bilik yang berlainan? Wah..line Sue sering diceroboh ekeke..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading