Jadual Mengepam Semasa Dalam Pantang

Saya kongsikan info daripada buku Baby Whisperer di link ini

Menangis adalah satu satunya cara bayi berkomunikasi
Dan setiap satu tangisan membawa makna yang berbeza
Maksudnya, jika di dengar dengan mata hati (keh keh)
Ibu bapa akan dapat membezakan tangisan bayi ketika lapar, mengantuk, sakit mahupun boring!

Dengan info diatas, pasangan yang baru pertama kali mendapat cahaya mata mungkin boleh memanfaatkan fakta iaitu
Tangisan bayi bukan bermaksud lapar susu semata mata
Atau susu yang saya hasilkan sedikit, jadi dia kerap menangis
Bergelar ibu bapa bukan memastikan anak sentiasa kenyang  sahaja objektifnya kan?
Fahami tangisannya, ianya akan lebih mudah untuk anda sekeluarga

Susukan bayi anda on demand iaitu pada bila bila masa yang dimahukannya dan sekerap mungkin ( 2 jam sekali jika bayi tidur)
Perah/pam susu ibu keluar semasa payudara membengkak dan bayi masih tidur
(Atau sudah kenyang)

Jadual mengepam saya ialah pada setiap waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur
Saya akan susukan Alya dan Dzakwan terlebih dahulu
Dan kemudian mereka akan tertidur
Mommy mengepam kiri dan kanan selama lebih kurang 20 minit

Tips mengepam :
– Minum segelas air
– Bertenang, nikmati pagi anda (didepan Facebook..ekeke)
– Tiada kuantiti yang dijangkakan
Maksudnya, saya bukan mahu banyak sehingga penuh botol 5 oz
Atau botol besar 8 oz
Saya cuma mahu mengepam susu supaya susu ini dapat ditinggalkan pada anak anak semasa saya keluar berkerja nanti

Gambar diambil pada pagi yang berlainan

Selepas mengepam, susu boleh disimpan di bahagian bawah peti ais (fridge)
Ianya tahan selama lebih kurang  3 ke 5 hari sebelum dinaikkan ke peti ais atas (freezer)

Selepas 2 hari, saya naikkan susu tersebut ke freezer utk dibekukan
Saya belum melabelkan botol kerana sayangkan botol bertampal tampal

Goncangkan susu perlahan lahan supaya bercampur dengan lemak yang terlekat pada dinding botol

Saya pernah terbaca dalam blog Ila MyKhalish tentang bagaimana beliau melabelkan botol tanpa perlu menulis tarikh di botol
Maksudnya labelkan botol dengan nombor
Dan kertas mencatat tarikh perahan ini ditampal di peti ais
Unik kan?

Biasanya susu perahan saya akan menjadi FILO (First In Last Out)
Sebab deep freezer saya jauh menuju ke dalam …ekeke
Macamana ya nak terangkan

Namun kelebihan zaman internet, bilamana ada kemahuan  dan google disitu ada jalan
Entry daripada Puan Farah di link ini amat membantu
Ianya tentang cara menguruskan susu perahan didalam plastik simpanan susu

Seminggu saya di kampung, insyaAllah esok kami pulang ke KL
Petang nanti kami cara bagaimana untuk membawa susu perahan ini  tanpa sempat cair semuanya
(Selagi masih ada kristal ais, susu tersebut masih elok)
Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 4 jam
Belum mommy nak singgah Ikea beli cermin muka

Mommy Luna dan anak anak di kampung
Azza, semalam masuk dalam mimpi Sue naik motor ke rumah Azza pinjam novel Stanza Cinta tersebut…ekeke (pengsan)
Kalutnya kami, pictures can tell!

Kelakar bila ada makcik yang datang melawat baby Alya
(Saya dalam bilik) dan dengar makcik tu tanya Zikry & Dzakwan
“Kenapa pakai stokin dalam rumah?”
Atok jawabkan “Dia ikut mommy dia” Ekeke..

Sangat comel lah mereka di luar sana

Gambar pagi tadi, Mommy Luna dan kroninya

Entry lain mengenai pengendalian susu perahan di sini dan sini


MommyLuna di facebook.com/suelunatots
Tinggalkan msg untuk saya approve friend request ya
Saya cuma mahu mengenali anda!

 

15 comments

  • yana

    saya sukeee header sue yang baru…cute sangat gambar tu..3 beradik permata di hati ibunya..

    Thanks Yana, kredit to incik suami & gambar daripada AzmirKhalid.

  • izzah

    kak sue : gambar yang tanpa alya tu baru betui muka org dlm pantang!

    wah dah hampir sebulankan?rasa mcm baru tau kak su preggy…:)

    Hihi…gambar tanpa bedak dan lipbalm ye Izzah.

    Hah, jangan dengar berita nanti pregnant lagi, sudah…kan Izzah…ekeke

  • amirah

    gmbr kaki seksi yg last tu kaki dzakwan kan..hehe..selamat pulang ke gagang mommy luna…heh

    Amie, siapa lagi sanggup sinsing seluar setinggi itu kalau bukan Dzakwan..ekeke
    Selamat kembali berkerja ya!

  • Fiza

    Byk nya susu Su…

    Alhamdulillah Fiza, menyusukan 2 org anak campur hasil mengepam setiap pagi

  • shazie

    picture 3 beranak pakai stokin cute sangat…hehehe

    Hihi…Alya takdo stokin hijau. Semuanya pink dan pink pekat.

  • noris

    Salam,sue,sihat? baby sihat?… nak tanya, boleh tak kalau kite pam sebelah breast 10 min and then kiter trus pam sebelah lagi 10 min plk coz saya tak boleh buat double pumping rasa mcm susu tak kuar habis klu double pumping coz breast agak besar. hik3..malu plk…..

    Buleh Noris, asalkan susu betul betul habis dikosongkan daripada kedua dua breast

  • m is for munira

    soo cute lor dzakwan and zikry…
    comel gile pic sock tu!

    Munira, gambar stokin sahaja lepas kerana masing masing dalam gambar itu baru bangun tidur..ekeke

  • Wan Anie

    Sue, cepat balik KL 🙂

    memang cantik header tu, teringin nak ada yg macam gitu jugak 😀 dan stokin sue tu hehe

    Kak Wan Anie, terima kasih!
    Nanti buleh bawa anak anak bergambar dgn AzmirKhalid…hihi
    Stokin tu beli di…di Giant rasanya…kekeke

  • alyne

    comelnya abang iki n abang dzakwan pakai berpantang sama, gigit kaki boleh tak hahaha

  • ilaMyKhalish

    Aiyohh tertepek plak jadual memi. Heheh mmg memi prefer tulis no pd botol, pd bekas dadih & liner. Then tulis pd jadual, date smpn, expired & bape oz. Kalu tmpl2 sticker tkt lupa then xtau bape stock count yg tggl. Hehehhe.. Hobi memi kira bape stok blnc. Kasik smgt lbh skit. Heheheh…

  • kjah

    Salam sue,
    Sy sdg 7bln pregnant anak sulung.. 2-3bln kblkgn ni rajin meronda2 wsite/blog2 org nk blaja ttg BF krn azamnya nk exclusively BFkan baby at least until 6mo.. Huhu.. Just got to know u n lunatots kire2 seminggu.. Berkobar2 rsnya perasaan ini.. Hehh.. Tp terasa mcm too much to absorb pun ade.. Byk nk tnya.. Tp wat ms ni, nk tau la- ikut pndpt n pnglmn sue kn, antara AIO nye CD dgn CD biasa tu, mn lbh convenient n sue prefer ekk? Tq! Sbb excited taunlunatots ade kt putrajaya n iA esok nk g beli ni.. =)

  • nia

    Ya Allah..no komen lah!! yg tak tahan tu tgk botol 8oz pun susunyer nk smpi ke ‘tengkuk’..

  • RinaYahya

    Su,masa dah masok 9th mths,bukan main semangat g order set spectra 3.tp alih2,susu xbanyak..dah try byk kali,smpai sakit niple..rina Pam angin je…sedih sgt..nxt week dh start keje,stok ebm langsung xde lagi…dah beli breast pump,xmau la bg baby fm..

    Assalam Rina, Rina berada dimana?
    Sue cadangkan Rina jumpa mana mana kaunselor ataupun konsultan laktasi untuk mengenal pasti isu dalam penyusuan susu ibu Rina.
    Jangan putus asa lagi ya 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading