Iki di Johny’s

kakyong & suami nak belanja kami sekeluarga sebab tolong semasa  angkat2 barang pindah rumah
walaupun saya tak membantu, saya tetap nak menyelit semasa aktiviti makan makan
macam dalam movie, kan watak sempilan itu penting..hihihi

kami makan di Johny’s Restaurant One Utama, Damansara
dan untuk pertama kalinya tiada gambar penuh saya dalam entri
*masuk hidung saya yang mek sikit sikit je
kerana saya SANGAT shomots, serius saya tahu malu 😛



rambut iki dah panjang dan mencecah kolar baju yang tak berkolar
sejak dicukurkan semasa umurnya 44 hari sehinggalah dah beratus ratus hari
belum pernah di potong & tidak ada cadangan utk memotongnya

staff  Johny’s tengah pasangkan lagi satu periuk
saya risau juga dengan periuk2 panas berdekatan zikry ni
(menjawab kenapa saya jarang masak 😛 )

semasa dahaga dan dibelanja, minum milkshake memang sedap kalians..

zikry bereksplorasi dengan senduk& sudu Johny’s
kalau ikutkan malas saya, asalkan zikry diam…sudah memadai
tapi disebabkan bunyi klukang klukang mengganggu emosi orang yang tengah menjamu selera
saya usaha tarik senduk dari iki dan ceduk makanan nyam nyam

haruslah dia merajuk macamni…
bila tak dapat apa yang dia nak
dia dah pandai merajuk, bukan nangis sebab sakit
tapi nangis sbb nak sesuatu…alahai anak
mommy mu akan gigih buat bodo je lepas ambil gambar mu

okeh..lihat gambar makanan nak?
ada udang, ada ayam, ada ikan, bebolas memacam
ada tujuannya saya buh gambar makanan ni…

saya nak tunjuk udang terbang ke bawah kerusi..hihihi
*kes kopek kulit udang pakai chopstik
gambar ini diambil dengan kebenaran tuan punya udang 😛

saya nak juga tempek gambar iki main straw
masa kami keluar dengan kak shenta hati haritu, dia kata baby suka main straw

iki suka main straw…
dia buat macam ni sambil goyang goyang, boleh?

kalian, kalian…zikry kan..

panggil ayah dia “pa………pa……?” hihihi….
ayah dia sengih je

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading