How To Start Homeschool

image

Entri ini sebagai panduan untuk ibu bapa yang mahu memulakan homeschool (pembelajaran di rumah) bersama anak anak
Homeschool bermula semasa anak masih bayi seterusnya semasa preschool

1. Mempunyai anak kecil
Anak sendiri boleh, anak saudara pun boleh selagi tinggal bersama
Anak tekak tak boleh, anak kucing topik lain

2. Salah seorang atau kedua dua ibu bapa adalah bekerja sendiri (self employed)
Kalau berkerja berlainan shift pun boleh
Macam dinda kerja siang kanda kerja malam

3.’Why’ before ‘How’
Saya percaya ‘mengapa’ anda mahu melakukannya lebih perlu dikenal pasti berbanding ‘bagaimana’ anda mahu melakukannya
Bukankah lebih mudah menghantar anak ke sekolah jadi anda ada masa anda sendiri?
Jadi mengapa anda mahu melakukannya?

4. Mempunyai ‘Rancangan Mengajar’
Bayangkan setiap hari adalah hari yang baru dan mengujakan untuk anda dan anak
Jadi setiap hari perlukan perancangan
Tidak perlu terlalu optimis dan menekan perasaan sendiri
Mulakan dengan mudah seperti ‘minggu mengenal bentuk’
Google topik activity with preschool atau homeschooling preschoolers, banyak yang anda boleh jumpa!

5. Sabar sabar sabar
Statement anda ialah guru terbaik anak anak agak ‘berat’
Kita akan tertanya tanya ‘betul ke? Eh ye ke?’ ekeke
Bersabar dalam mendidik anak anak kerana mereka tidak tahu betul atau salah dan disana ialah role kita sebagai ibu bapa
Lebih mudah bila ‘job scope’ kita dapat dikenalpasti dengan lebih awal

Saya akan sambung semula menulis dalam kadar segera
Bila saya lama berhenti menulis, ianya bagaikan bahagian bahagian badan yang perlu dicantum semula
(Ekeke..over kan penjelasan)

Salam hari Jumaat,
Mommy Luna hari hari mau..hihi

image

7 comments

  • suliana

    Sabar itu yg plg penting.. Huhu

    Su, cukup sabah kah? Eh sabar kah? Hihi

  • fatonah

    sabar…sabar…sabar…(mode berpeluh)..fuh!!!

    Fatonah, Sue lapkan peluh Fatonah ye
    (Pasni lap feluh mok Sue pula…ekeke

  • lydzar

    lagi satu perkataan bila mama ajar “BUKAAAAANNNN”
    bukan macam tu, tp macam ni

    haaa sape ajar siapa tu 😀

    Haha..itu ayat mama yang sedang mengajar anak anaknya
    Ditiru oleh kakak yang mahukan yang terbaik untuk adik adiknya..ekeke (pengsan)

  • maslina

    Tq for sharing and inspiring again. May Allah always bless sue and family 🙂

    Maslina, terima kasih 🙂

  • laila

    satu lagik…
    jgn hairan kalau anak anda turun naik kerusi 3-4x dlm masa 10 min (anak 1-2 tahun)
    pastu kalau anak dh beso sikit (3-4 tahun), alasan demi alasan mesti dibendung dengan baik.:)
    (kembali kepada belajar mesti ceria supaya tiada alasan)..
    huhuhu.. mmg mencabar mengajar anak sdri ni… tapi seronottt…

    Haha Laila, betul sangat info tambahan dari Laila itu.
    Sabar…sabar…sabar ..hihi

  • Zulaikha

    Terima kasih info bermanfaat ni. Memang tengah cari macam-macam info untuk start homeschooling anak. Doakan berjaya! =)
    Minta izin nak ambil point-point ni ye.. saya creditkan pada Puan 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading