Homeschooling – Sanggupkah ibu bapa jadi guru di rumah

Homeschooling

Ia dilihat sebagai satu reformasi pendidikan dan mula dipraktikkan oleh sebilangan ibubapa di negara ini. Meski ramai yang tidak biasa dengan cara ini namun sisi lainnya ia membuka ruang dan peluang kepada ibu bapa menyediakan masa depan anak-anak mereka agar tidak tercicir dalam pendidikan.

Apakah sebenarnya kebaikan dan kelebihan mendidik sendiri anak-anak di rumah? Kita ikuti pendapat ibubapa yang mengamalkan cara ini. Ketahui cabarannya dan bagi ibu bapa yang berminat bagaimana mereka boleh melakukannya?

Sekolah di rumah, bolehkah dipraktikkan?

Siti Nur Suraya Mohamed Ali dan suaminya Mohd Nur Shazwan Shaharuddin adalah antara ibu bapa yang berani mencuba pendekatan ini terhadap anak-anak mereka.

Menurut Siti Nur Suraya 30 tahun, dia mula mencari maklumat mengenai pendidikan di rumah atau homeschooling sejak anak pertamanya Ammar Zikry berusia satu tahun lagi. Namun, informasi mengenai kaedah itu masih belum banyak pada waktu itu.

“Sehinggalah Zikry berusia empat tahun dan mula memasuki ke pra sekolah. Dia sering menangis apabila ditinggalkan. Awalnya saya mengnggap ia normal. Sehinggalah selepas dua bulan bersekolah dia memberitahu saya bahawa dia tidak suka sekolah. a

“Saya beri cadangan untuk bersekolah di rumah, di mana saya dan suami akan menjadi ‘cikgu’ dan dia perlu mematuhi ‘undang-undang’ yang ditetapkan. Pada asalnya ia hanya seperti ‘main cikgu-cikgu’ seperti permainan kita masa kita kecil namun di luar sedar aktiviti ini berubah menjadi aktiviti yang menggembirakan kami seisi keluarga,” ujar Siti Nur Suraya yang melihat kesan positif terhadap keputusannya selepas lebih setahun.

“Saya dapat mengawal keadaan ketika bersama anak-anak kerana saya adalah ‘teacher’. Peranan ‘teacher’ adalah seseorang yang perlu dihormati, oleh itu anak saya lebih menghormati saya. Untuk diri sendiri pula, saya menganggapnya saya punya dua kerja iaitu sebagai usahawan dan ‘teacher’ kepada anak-anak. Saya perlu sentiasa bersedia dengan aktiviti dan jawapan bagi setiap persoalan anak-anak walaupun sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah pulang daripada kerja,”katanya.

 

https://www.facebook.com/notes/lunatots-cloth-diaper/homeschooling-sanggupkah-ibu-bapa-jadi-guru-di-rumah/479804098747454

1 comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading