Hidung Dia Berdarah

Saya letak gambar kecil sahaja tidak mahu membuatkan orang hilang selera makan tengahari
(Ish, tapi letak juga? hihi)
Jadi wanita shantek ni beginilah, sana darah, sini darah
Bagi yang dah pernah bersalin (samada normal atau caesarian)
Mesti dah rasa biasa biasa sahaja dengan darah
Maksudnya bila keluar darah dari hidung, tidaklah panik seperti tiba tiba feeling jadi Abang 92 (keh keh…Azhar Sulaiman kan yang sakit leukimia ke apa ntah dalam cerita tu)

Info hidung berdarah dari wikipedia
Hidung kita boleh berdarah dengan mudah apabila saluran darah kecil yang terdapat dalam hidung pecah. Ini kerana kedudukan saluran darah begitu hampir dengan permukaan.
Masalah ini biasanya berlaku sama ada sekali atau beberapa kali dalam sehari.

Selain itu, hidung berdarah juga terjadi apabila saluran darah mengalami jangkitan seperti:

  1. Selsema
  2. Suhu dalam badan terlalu tinggi
  3. Alahan
  4. Menghembus nafas terlalu kuat
  5. Kekeringan mambran mukus(selaput lendir) seperti merekah dan berkerak
  6. Berlakunya kecederaan seperti mengorek hidung jauh ke dalam atau patah hidung
  7. Tekanan darah tinggi atau sesuatu penyakit ketumbuhan

Hentikan hidung berdarah dengan cara:

-Picit secara lembut semua bahagian hidung dan bernafas melalui mulut. Lakukannya selama 10 minit tanpa berhenti.
-Jangan baring. Bangun dan bongkokkan badan ke hadapan (jangan mendongak ke atas. Ini akan menyebabkan darah mengalir turun ke kerongkong).
-Bersihkan darah dengan menggunakan tisu atau kain lembap.
-Letakkan ais (hancurkan ais dalam kain yang bersih) ke dahi dan pipi
(Ibu yang sedang menyusukan anak, boleh guna ice gel anda!)

Eh mana ada koghek idung, tiba tiba je dia berdarah…ekeke

9 comments

  • najwa

    huaa darahh. huaa darahh huaa daraaaah~~ serrrrrrrrem.. hehe^^

    Keh keh..itu darah yang digunakan semasa pengambaran cerita Ngangkung haritu…jangan serrremmm…hihihi

  • kay0ng

    hoo.. bnyk nyer darah… cam ngeri pulak.. isk..

    Hoo..ada banyak lagi Kak Yong (dalam badan…hihi)

  • ila farish

    nape kak sue hidung darah?demam ke?

    Ha a Ila, dia demam. Eh Kak Sue tak demam tapi kurang sihat tubuh badan..hihi

  • kay0ng

    ekeke.. lam badan x nampak la sue…

    Keh keh…maksudnya, ada manyak lagi berbaki di dalam. Ihihi..

  • suliana

    sian nya.. panas dalam 🙂 take care ye..

    Salam Su, panas dalam (sekarang musim fanass)
    Terima kasih Su!

  • mamajong

    Ya Allah..ciannyer…
    mmg peknen woman akan hadapi masalah ni ke?
    i pon ngah ngadung 6bln but 2nd pregnancy la…
    so far, alhmdulillah..xde masalah besar…
    tp bile tgok u smpai berdarah2 ni..seriau plak…
    tae care k..

    anyway, i follow u…=)

    Salam Mamajong yang cantek,
    Selamat melahirkan baby yang kedua ya dear!
    Mamajong tak pernah mengalami hidung berdarah ye?
    Selalu kita lihat di anime Jepun sahaja seperti apabila hero melihat wanita seksi lalu dihadapan mereka..hihi

  • ila

    hidung saper berdrah ni…wanita shantek ke anak2 nyer…hhehe…tak dapat meneka

    Haa…ini gambar emaknya Ila. Kalau anak anak yang hidung berdarah, mesti gambar yang ditempek ialah gambar ibu dengan juraian air mata..ekeke

  • meza

    oooo… tidakkkkk… darahhhh… aku cedera parahhhh… (dan terus pengsan…)nasib kak sue tak jadi camni ke?

    Haha. Taklah Meza,sudah biasa.
    Nanti kalau pengsan, masih kena bangun selepas itu..ekeke

  • amirah

    alamak…darah?..demam panas sgt ke ni sue..dulu org tetua kata sumbat ngan daun sirih..

    Amirah, tak sempat cari daun sirih, penuh hidung acik Sue dengan napkin anakanda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading