Hasani Bookstore Sungai Petani

Cik Sue di Sungai Petani — makan di Killiney.
Beritahu suami, saya mahu ke kedai buku Hasani.
Ia nampak besar dan menyelerakan (haha kedai buku). Bila saya melangkah masuk, kedainya besar dan bersih.
Buku buku disusun mengikut publisher.
Saya mencari buku Ustaz Pahrol Mohamad Juoi Katakan Pada Hati.
Lama saya di hadapan rak Telaga Biru.
Saya tanyakan staff — bila tunjuk gambar, staff itu kata ini logo Galeri Ilmu.
Kami sama sama ke rak publisher Galeri Ilmu.
Saya katakan kepadanya “Saya boleh cari sendiri. Kakak pergilah buat kerja”
“Tak apa” balasnya sambil senyum manis.
Senyuman paling manis yang saya terima hari ini di Sungai Petani hehe.
Tidak jumpa di rak, staff tersebut berlalu. Saya sangkakan dia mahu menyambung kerja.
Tak lama selepas itu dia kembali, “Adik, tak dak lah buku itu. Kalau ada mesti Kak dah baca dulu” Haha itu fun.
Dan mengharukan.
Terima kasih kakak!

Saya berlalu ke bahagian stationary untuk membeli cellotape.
Ini hobi saya — membeli buku dan membalutnya. Ia membawa seribu rasa pergi.

Staff lelaki sedang menyusun stationary, saya minta maaf darinya kerana kelihatan saya sangat penyibuk mahu beli barang dibahagian yang mahu disusunnya. Haha.
Dia minta maaf.
Saya juga.

Mahu bayar. Ada 3 cashier kaunter.
Satu sahaja kaunter No 3 buka. Panjang garisannya — ada tiga pelanggan wanita.

Saya menuju ke kaunter No 1 yang tutup — namun ada staff lelaki (cashier) sedang buat kerja.
Saya tanya, boleh saya bayar?
Dia senyum dan terus kata boleh — saya buka kaunter sebelah ini No 2.
Saya mahu bayar guna duit syiling sebanyak RM4.
Dia tunggu lama.
Senyumannya masih manis.

Selesai bayar, saya melangkah keluar.
4 orang staff Hasani ucap terima kasih.
Cashier — staff lelaki yang susunatur — kakak yang tolong cari buku — seorang lagi staff.
Semuanya senyum sama — ok Cik Sue jatuh cinta pada Hasani Bookstore ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading