Gas, Colic dan Breastfeeding

Beberapa org teman kita bertanyakan mengenai kaitan gas(angin), colic dan breastfeeding

Colic ialah keadaan yang berlaku apabila bayi menangis pada masa tertentu (biasanya petang membawa ke malam) tanpa henti 1-2 jam dan tidak boleh dipujuk (inconsoleable)
Anda perlu membawa bayi ke klinik untuk rawatan dan pengesahan DR bahawa bayi anda sihat dan gaining weight well walaupun kerap menangis pada waktu2 tertentu tanpa alasan (colicky)
Orang melayu biasanya menggelarkannya ‘sawan tangis’ dan dibawa berubat mandi dan ‘baca baca’ oleh org yang pandai mengubat
Hakikatnya tiada rawatan utk colic walaupun banyak research dan behaviour strategies dijalankan oleh pakar
Colic akan berakhir sendiri selepas 3 bulan (atau lebih)

Sekiranya anda menyusukan bayi anda
Colic yang berlaku boleh dikurangkan dengan cara meng’evaluate’ dan mengamalkan perkara2 berikut:

1.Adakah anda menyusukan bayi dengan sebelah breast sehingga breast tersebut well drained

– Komposisi susu ibu berubah2 pada setiap feeding dimana kandungan lemak dan kalori semakin bertambah apabila breast semakin dikosongkan
Sekiranya anda kerap switch breast semasa menyusukan baby, bayi anda akan menconsume terlalu banyak foremilk dan hanya sedikit lemak.
Ia boleh menyebabkan :

– Bayi anda kerap lapar dan minum dengan banyak berikutan rendahnya jumlah lemak yang diconsumenya pada setiap kali minum

– He may spit up (muak, muntah) kerana minum terlalu banyak

– Perut bayi kosong dengan cepat dan jumlah milk sugar (lactose) yang terlalu banyak berkumpul di usus menyebabkan enzim yang menguraikan laktosa itu tidak dapat menguraikannya dalam satu masa seterusnya menyebabkan simptom lactose intolerance seperti:

  • Menangis
  • Angin (Gas)
  • Kembung perut dan kentut kentut
  • Watery dan green bowel movement (Najis yang cair dan berwarna hijau)

stool_color_card_ba

Harus diingatkan apabila keadaan ini berlaku, ibu ibu tidak seharusnya berubah kepada lactose-free formula sebaliknya menganalisa semula corak penyusuan anda.

  • Susukan bayi anda setiap kali dia cooing dan bukannya mengikut jadual di tin susu formula. (1 1/2 jam – 2 jam sekali) dan kebanyakan masalah BF dapat diatasi sekiranya ibu tidak mengikut jadual waktu
  • Susukan bayi sehingga sebelah breast kosong supaya baby mendapat foremilk dan hindmilk yang balance.
    Susukannya sehingga baby tertidur dan melepaskan nipple sendiri.
    Bayi anda boleh ‘bergayut’ selama 2 jam walau hakikatnya minum selama beberapa minit pertama.
    Selepas bayi anda melepaskan breast yang pertama, offer breast yang kedua (sekiranya dia mahu)
    Atau pam sekiranya dia sudah tertidur.
    (Pastikan setiap kali feeding anak anda ialah nutritional feed dengan memastikan baby benar2 menyusu dan bukannya sekadar ‘bergayut’)

2. Adakah berlakunya Overactive Letdown Reflex (Milk Ejection Reflex/MER)?
——-
Artikel mengenai Letdown Reflex di sini
Tambahan info : Let down Refleks berlaku lebih dari sekali pada setiap kali sesi menyusukan dan mengepam
Walau bagaimanapun, ibu cuma merasakannya utk pertama kali sahaja
(Jadi jangan risau jika anda merasakan anda dapat let down refleks sekali sahaja ya)
——

Susu yang terlalu laju semasa MER berlaku boleh menyebabkan bayi anda ‘marah’ dan fussy
Dan kadangkala ibu merasakan tidak selesa dengan keadaan itu kerana merasakan bayi mereka colicky (menangis tanpa henti)
Dan kadang2 bayi anda mungkin frustated dengan slow milk flow lalu menyebabkannya refuse to take breast.
Cara mengatasinya:

  • Susukannya sebelum dia terlalu lapar
    Tanda tanda bayi lapar ialah:
    Early-

    • Smacking or licking lips
    • Opening and closing mouth
    • Sucking on lips, tongue, hands, fingers, toes, toys, or clothing

    Active –

    • Rooting around on the chest of whoever is carrying him
    • Trying to pition for nursing, either by lying back or pulling on your clothes
    • Fidgeting or squirming around a lot
    • Hitting you on the arm or chest repeatedly
    • Fussing or breathing fast

    Late –

    • Moving head frantically from side to side
    • Crying
      Sumber Kellymom.com

Maksudnya menangis adalah last resort utk bayi anda minta disusukan
Nota Luna : Susukannya sebelum dia menangis dengan cara alert dengan reaksi bayi anda dan hunger sign dari beliau

  • Bayi yang lapar tends to ‘gelojoh’ dan menyebabkan pancutan susu berlaku dengan kuat. Susukannya sebelum dia AMAT lapar ye.
  • Susukan bayi dalam keadaan yang tenang, muzik yang perlahan dan lampu yang samar samar
  • Berbaring dan biarkannya minum dengan cara meniarap di atas anda. Tekanan graviti boleh membantu!
  • Pam susu anda sebelum baby terjaga dari tidur dan mahukan susu
    (Susu anda tidak akan habis kerana susu SENTIASA dihasilkan dalam tubuh anda)
  • Sekiranya milk flow anda perlahan, anda boleh membantu dengan Breast Compression
  • Pastikan latch bayi anda betul untuk mengelakkan masalah BF yang lain
    Refer entri ini
  • Terdapat commercial lactase dalam bentuk liquid (enzim yang memetabolismekan lactose) diberi sebelum feeding dan boleh didapati tanpa preskripsi daripada farmasi
    (Ayg, pemilik KhazisPharma minta tolong pastikan)
    Walaubagaimanapun, ambil ianya sebagai satu info dan bukannya solution ya.

3. Adakah anda berhati hati dengan pemakanan anda?

Breastfed baby tends to have less gas kerana susu ibu adalah custom made utk mereka berbanding susu formula yang ‘artificial’.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa apa yang ibu makan akan disalurkan kepada anak (dalam bentuk susu)

Dairy product seperti cow’s milk yang di ambil oleh ibu adalah ‘penyumbang’ besar kepada masalah colic pada baby. Sistem penghadaman bayi yang belum matang kadangkala mengakibatkan mereka tidak dapat memproses protein di dalam susu lembu seterusnya menghasilkan gas di dalam usus.

Sebelum anda risaukan bayi anda, lihat diri anda sendiri dahulu.
Maksud saya, adakah anda sensitif dengan sesetengah makanan
Ianya boleh dilihat apabila selepas 4 jam anda menconsume makanan itu,
perut anda mulai kembung dan tidak selesa (dan anda mula mengeluarkan angin)
Makanan yang berbeza memberi efek yang berbeza kepada setiap individu
Antara makanan yang dipercayai mengakibatkan pengeluaran lebih gas semasa diproses ialah:

  • Dairy product (cow’s milk, dadih,yogurt, icecream)
  • Bawang merah
  • Coklat
  • Kekacang seperti kacang tanah, taugeh, kacang hijau
  • Citrus fruit
  • Jagung
  • Gandum
  • Tomato
  • Strawberry
  • Artificial sweeteners
  • Minuman berkafein
  • Brokoli
  • Kobis dan bunga kobis
  • Sesetengah jenis pisang

Cuba elakkan makanan tersebut daripada diet harian anda jika anda dapati ianya menyebabkan gas terhasil dalam badan anda atau kita gelar ‘angin’
Jika anda amat menggemari makanan2 tersebut, kurangkan kuantiti pengambilannya
Nota LunaΒ  : Anda TIDAK perlu minum susu untuk menghasilkan susu

4. Luangkan masa mengurut bayi anda

Amalkan bed time routine, mandikannya,gosok giginya, tukarkan pyjama, massage, dan berbual sebelum menidurkan bayi anda.
Penggunaan minyak atau minyak angin adalah digalakkan kerana :

  • Rasa hangat dan urutan lembut anda AMAT membantu mengeluarkan gas daripada dalam perutnya
  • Anything that is hot WILL do (menggalakkan pengaliran gas yang baik dalam badannya)
  • Baby anda rasa selesa dan disayangi
  • Tidurnya akan lebih lena
  • Biarkannya tidur meniarap (must be under your supervision)

5. Cuba elakkan risiko angin masuk ke dalam perut bayi anda

Gelembung udara (angin) boleh masuk kedalam perut anda melalui botol susu yang digunakannya.
Gunakan botol anti colic seperti Botol MAM
Apabila angin terperangkap dalam perut si kecil, perut menyangkakan ianya adalah makanan lalu merembeskan asid utk mencernakannya walaupun sebenarnya tiada apa2 dan acid ini boleh menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa.

Saya harap saya membantu meleraikan kekusutan mengenai gas, colic dan kaitannya dengan breastfeeding.
Pemberian susu formula bukanlah solutionnya kerana keadaan akan bertambah baik hari demi hari
Sekiranya anda menyusukan bayi anda, anda memberikan yg terbaik. Penyusuan direct adalah anti colic yg TERBAIK πŸ™‚

Kongsikan pendapat anda, sharing is caring πŸ™‚

18 comments

  • Aimi

    brokoli????? brokoli salah satu vege utk bubur nasi anak ku… mcmana ni sue ku sayang….

    Kalau anakmu okeh saja, tidak kembung, teruskan sahaja Aimi πŸ™‚

  • ViZ

    ubi kentang pun hangin..eh angin..tp certain budak la..
    emm botol MAM tu cenggana rupanya ye? adakah kene beli sebiji je ke atau 5?
    mcm botol Mom’s Precious tuh kan..su guna hy utk storage je kah?

    Yus/Viz :
    Betul Viz, kita kena avoid makanan tu selama seminggu ke 2 minggu utk melihat kesannya terhadap anak kita

    Botol MAM tu macam ni http://www.lunatots.com/shop/product_info.php?cPath=24&products_id=186

    MP Storage Bottle sue gunakan utk simpan susu sahaja sbb baby Sue mudah terkena nipple preference kalau pakai puting kecil biasa πŸ™‚

  • baizah

    nak tanya… kat mana i can get antenatal class?

    Baizah : Tengah expecting ye? Alhamdulillah..
    Baizah boleh check di PPUM/UKM atau mana mana hospital seperti Annur yang menganjurkan kelas tersebut
    Buat masa ni Sue belum ada info, sekiranya ada, sue akan beritahu
    Sue suggestkan Baizah join Antenatal class di hospital yang berstatus baby friendly (PPUM dan Hospital Putrajaya)

  • liza

    Hi kak sue,

    Sy liza, dah lame follow blog akak..mmg useful info plus akak ni lawak sgt, best bc celoteh akak.

    Sy tertarik dgn note ni:
    Nota Luna : Anda TIDAK perlu minum susu untuk menghasilkan susu

    Sy minum susu lembu + milo tetiap hari..smpi da set kat mind ni..minum susu>>susu badan bnyk, my bby jrg colic, jrg meragam , mmg budak baik sgt…so sy assume dia kurang alah dgn ape yg sy mkn…sy watch out jugak dgn certain food sbb bdn sy mudah ber’angin cth cam cendol..sbb santan dia kan tak masak..

    Salam Liza : Terima kasih kerana selalu jenguk sini πŸ™‚
    (Akak sangka akak sorang je refresh blog ni hari2..keke)

    Susu adalah info yang diputarbelitkan oleh syarikat pengeluar susu dan hakikatnya kita boleh mendapatkan kalsium daripada sumber2 lain seperti sayuran berdaun hijau, seaweed, almond and nuts dan orange.
    Refer link ini untuk membaca mengenai MILK : A CRUEL AND UNHEALTHY PRODUCTS

    Alhamdulillah kalau baby Liza takde alahan dengan apa apa. Percaya tak, susu ibu adalah yang terbaik kerana bayi akan mendapat apa yang ibu makan sekaligus melatihnya utk kurang sensitif dengan makanan2 itu
    Terbukti breastfed baby kurang memilih semasa makan berbanding formula fed baby πŸ˜‰

  • Riez

    kyraku sgt kuat colicnye semasa dlm pantang hingga 3 bulan lebeih..biarpun ku pantang..bermcm cr di buat, tuam ngn jintan la,barut ngn daun sirih la,daun mengkudu ler,tp colic juge…tp alhamdulillah pastu baik sendiri colicnye sampai sekarg n ku masih lg sapu myk dibdnnye…

    Sian Kyra πŸ™ Mommy daddy dia la pening kan..hihi
    Kalau begitu, Riez teruskan amalan sapu minyak padanya
    Jadi badannya rasa hangat dan boleh membantu membebaskan gas dalam badannya (incase ada sesetengah makanan yang dia takleh hadam)

  • liza

    liza da go through web yg kak sue bg tu…rs kesian pulak kat lembu2 tu.., pasni kene stop la beli susu, ank sulong liza umo 3 thn masih minum susu Dutch Lady 123 tu..kak sue, any idea??

    Salam Liza : Kesian kan Liza?
    Susu adalah info yang disembunyikan daripada public, yang diberitahu cuma kebaikannya tapi keburukannya disenyap2kan
    Toddler selepas umur 2 tahun tak perlu minum susu dah dear.
    Biarkan anak Liza makan makanan yang sihat dan dapatkan sumber kalsium dari sumber lain seperti almond (badam)

  • ViZ

    ni dh ala2 out of topic..tp nk tanya juge le..kalo pregnant ladies tu then takyah amik susu kah? is this means calcium from other foods adalah lagi banyak dari susu ke camne? yela kan dah tertanam dlm minda susu=kalsium, kalsium=susu..guano?

    Bulehkah ku kata begini : Tak payah, dan dapatkan sumber kalsium dan magnesium daripada nuts, almond, brown rice dan sayuran hijau.
    Okeh, konsepnya begini. Demi penyerapan kalsium yang berkesan pada tulang, anda perlu mengambil sumber magnesium iaitu nuts, almond, brown rice dan sayuran hijau (ku ulang lagi sekali sumbernya..kih kih)
    Sekiranya kalsium di ambil dalam kuantiti yang besar (tanpa magnesium), ianya boleh membawa kepada arthritis, osteoporosis, menstrual cramp dan cramp semasa mengandung.
    Kerana kita selalu minum susu dengan banyak
    Tapi kita tak ambil magnesium..
    Apa yang Sue cuba sampaikan, mari kita amalkan cara makan yang sihat daripada semua sumber yang di bahagian sayur supermarket berbanding pil tablet magnesium/kalsium atau pun dairy product.
    Sue mungkin suara yang kecil, bukan siapa siapa…Tapi ilmu datang dari pelbagai sumber kan
    (Ayo..lepas ni ku makan sayur je..hihihi)

  • suriati

    hai sue…lately ku rasa sakit2 pinggang dan lenguh2 badan…sepanjang bf anak dalam 41/2months ni ku memang tak berapa minum susu..bleh kira jer la(xsampai 10 pon)..sayur hijau memang feberet..so ku akan ambil dengan kuantiti yang banyak tiap kali makan…tapi ramai yang ckp sayur ni angin la..sayur tu angin lah (especially si tukang urut)..hehehe slalu kena bising kalo pi ngurut bila dah sakit2 badan..
    so ku ingat nak practise minum susu la plak kot2 kurang skit sakit pinggang…ku ada terbaca info kat sarakids that to avoid sakit belakang/pinggang, gigi cepat reput n sebagainyer disebabkan kekurangan kalsium ni kena slalu minum susu during bf coz anak dah menyerap kalsium dari badan badan kita..
    please give me an info..thanx..
    p/s:skrang rajin plak dok study entry mu

    Suriati : Ibu yang menyusukan memerlukan lebih kalsium dan zat besi serta vitamin lain berbanding org biasa (tidak mengandung dan menyusukan).
    Pastikan Suriati makan makanan berkhasiat pagi, tengahari dan petang dan elakkan makanan rapu.
    Makanan berkhasiat = nasi/mee mengandungi sayur,ayam, ikan, daging
    Elakkan minuman berkafein kerana ianya akan mengurangkan penyerapan zat besi oleh badan.
    Banyakkan makan buah/minum air buah dan makan sayur ye πŸ™‚

  • Rina

    bagus info…
    selama kalau miss minum Anmum for bf tuh dh kelam kabut…so skrg tukar le makan kacang2 heheh tak yah minum susu πŸ™‚
    tapi kan mmg public di buta kan dgn info2 dr syarikat pbuat susu kan??

    satu soalan…pasal tidur meniarap tuh, kak sue leh bagi advantages dia tak selain dr perut bb rasa comfortable….selalu le hubby tegur (x suke)…dah le dia tk wat research…pastuh bila kiter implement apa2 (based from readings and research)..senang2 je kata cara tu salah ..plz guide ye? bb sy suka tido meniarap…

  • zrin

    sue,
    ni 1st time nak komen lam ni…sy esok dah nak habis pantang..alhamdulilah skrg ni masih lg bf baby sy, dani…
    tp dah campur2 dh mase dani kene jaundice kat hosp..nurse bg FM sbb die ckp susu yg sy perah x cukup…sy redha je…then dok pantang dgn mertua..mertua dok suakan air suam…sy tgk dari jauh je..nak tegur takut terasa plak..tp mujur dani xsuke..selalu xnak air suam..bgus baby sy ni..

    pasal colic ni sy tertanya2..skrg patern sy bg susu kat anak is bile die bgun tdo..means die lapar…selalu nya mmg every 2 hours laa…tp masalah nyer..dani selalu bgun tdo dlm keadaan yg marah..sbb die susah nak kentut..seems that kentut die susah sgt nak keluar..padahal kkdg masa die tdo ade je die kentut2 ok…tp kalu die tejaga tdo tu..mesti sbb die meneran2…rase nye sepanjang 44 hari ni xpenah lg die bgun dgn keadaan yg tenang je..hehehhe

    so lepas die marah2 xleh kentut tu selalu sy bf die…kkdg sakit sbb die geram xleh nak kentut..di pusing2 nyer nipple tuh..adoiii laaa…

    nak tanye sue..perlu ke sy tunggu die bgun atau after tis sy kejutkan je die dari tdo…

    Salam Zrin : Susukan bayi ondemand dah perhatikan feeding cues baby. Feeding cues ialah tanda2 dia nak susu (selain menangis) seperti membuka mata, mengesat ngesat hidung, mengeluarkan lidah dan lain lain.
    Bayi akan lebih mudah bertoleransi dengan penyusuan susu ibu sekiranya disusukan sebelum dia lapar.
    Susu ibu adalah entiti yang paling mudah dihadamkan. Susukan anak Zrin dengan susu ibu sahaja bagi membantu dan memudahkan sistem penghadamannya. Cuba hentikan pergantungan dengan susu formula dan air suam kerana ianya mendedahkan bayi kepada jangkitan dan akan mengurangkan susu ibu due to kurang permintaan kepada ibu.

  • DIANA

    TETAPI SEBAGAI MANUSIA MESTI ADA KEKURANGAN..MCM SAYA..SEJAK KELAHIRAN PERTAMA FEBRUARI 2011 ANAK CUMA DPT BF DALAM PANTANGJE..ITUPUN 2 MINGGUJE MASUK DALAM BOTOL..TAK PERNAH SAYA MERASAKAN ANAK SAYA MENENTEK SAYA..PELBAGAI CARA USAHA TELAH SAYA LAKUKAN..SAYA TERUS BERDOA AGAR SUATU HARI DIKURNIAKAN OLEH-NYA DAPAT MENYUSUKAN DIA WALAU SEKALI..SAYA AMT SEDIH SEKALI BILA TERINGATKAN BF..SAYA TAK MAMPU BERIKAN YANG TERBAIK UNTUK ANAK SAYA..TETAPI SAYA BERSYUKUR SAYA TERIMA SEADANYA..ANAK DILAHIRKAN SEMPURNA ADALAH ANUGERAH TAK TERNILAI HARGANYA…MUDAH2 DIKABULKAN DOA OLEH-NYA..AMIN..

  • Yaya

    First time baca blog ni. Pening fikir apa sbenarnya yg saya salah mkn menyebabkan ank sy kembung. Mak asyik salahkan saya. Buntu.. Dan akhirnya i found the key.. Susu! Mulai esok sy berenti minum susu n keep monitor for a week. Thanks a lot!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading