Family is happiness

iki bergelongsor

Entri ini dimulakan dengan gambar zikry sedang melopong teruja
Venue : Padang Permainan di Taman Seroja, Kuala Kangsar




Dari pukul 5, mommy iki dah resah bontot nak bawa iki ke padang
Gambar gambar di bawah di ambil oleh ayah semasa iki genap setahun
Masa ni berjalan pun tak tegap tapi dah pantas naik tangga..hihi

naik tangga dulu

Dan turun gelongsor berguling guling sendiri

ready...

Iki masuk gegelung, mommy tunggu luarlah ye
Mommy dah gemuk dewasa, tak manis dilihat orang

gegelung iki

Iki mula berjalan 5 tapak semasa berumur setahun sehari
*Tangan memang harus diangkat kedua duanya untuk seimbangkan berat badan 🙂
Dan 5 langkah pertamanya inilah permulaan langkah iki utk menempuhi hari hari yang seterusnya
(Oh…anak saya sudah besar)

yea yea

Baju iki ni besar berbanding badannya, hadiah dari tok abahnya
Abah memang selalu belikan baju besar
Bersaiz 3 atau 4 tahun
Biar boleh pakai lama katanya
Tidaklah mommy meroyan nak beli baju baru iki kan?
terbang tudung mommy

Puas hati Iki main rumput, makan pegang daun

nah mommy

dan berguling guling dengan daddy

daddy iki

Dear Daddy,
I don’t care how ‘not-rich’ we are, as long as I have a family, I am rich (we are)

Dear Iki,
It is not flesh and blood but the heart that makes us mom & son..muah

Dear all,
We do not choose our family. They are God’s gift to you, as you are to them 🙂

4 comments

  • chentahati

    sue..

    Entry ini emo giler la… rasa nak nangis…
    —-
    kak shenta hati : jangan nangis…tolong jangan nangis
    nanti sue nangis juga 🙁

  • alizareesya

    hargai apa yang ada sekarang sue… jangan biar ia cacat
    —-
    yup za : bukan nilai pertukaran seisi dunia dengan apa yang kita ada kan?

  • Liz

    ni lah gambar yg saya tak sabar nak ambil dgn batrisyia. “BEBASKAN DIA MAIN BERKAKI AYAM DI TAMAN PERMAINAN DGN MUKA DAN BAJU COMOT-COMOT”. haiyo, me tak sabar nak dia explore dunia nie.

    kuikuikui lize : memang bebas anakku..penat berjalan, dia merangkak
    atas rumput rumput tu
    balik cepat2 basuh dengan dettol..hihi

  • jutt

    sue, jutt pun tersentuh dgn tulisan sue. tak tau mengapa sejak tua2 nih…rasa semakin menghargai apa yg ader. yup, i love my family too. biarpun hidup dlm kesederhanaan…aimin stat bejalan 3 langkah masa berumur 11 bulan 3 hari…best kan sue tgk anak stat bertatih

    sungguh Jutt.. kita ‘kaya’ kerana masih memiliki. kesian org di palestin, kematian suami dan 5 anak sekaligus.
    Biar Tuhan balas, tak di dunia..di akhirat… 🙁

    seronok tgk anak bertatih jutt, macam tu la juga kita dalam dunia ni.
    macam sue bertatih dalam dunia blogging, macam jutt bertatih dalam mengejar cita cita 🙂 kan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading