Duit, Wang & Minda Kaya

Menyebut sesuatu barang adalah mahal ialah memberitahu minda kita bahawa kita tidak mampu.

Dahulu masa Ammar Zikry kecil bila dia mahu permainan, Mommy beritahu bahawa Mommy tiada duit (walaupun ada).

Jadi bila adiknya Ammar Dzakwan mahu permainan, Zikry akan nasihat “Mommy kita bukan ada duit nak beli itu ini”
Mula mula comel lama lama rasa macam boleh diperbaiki.

Mommy dan Daddy beritahu anak anak semula.

(Secara Verbal)
Kita sebenarnya ada banyak duit.
Banyak sangat Allah grants us.
Cuma setiap bulan kita ada bajet dan allocation.

Ada bahagian untuk bil, untuk simpanan, untuk beli barang dan untuk menyumbang semula kepada orang lain.

Bila kita tidak beli sesuatu bukan kerana kita tiada duit tapi kerana sama ada barang tersebut tidak worth to buy selepas dinilai dan ditimbangtara oleh orang dewasa (Mommy beritahu kelebihan adult ialah mempunyai judgement intuition yang lebih tepat berbanding kids)
atau
kita sedang mengumpul dana untuk kembali membelinya selepas beberapa bulan.

(Secara tindakan)
Mommy tunjukkan wang yang banyak.
Setiap kali balik kerja kami akan simpan wang RM1 dan syiling.
Hujung bulan keluarkan dan main kira kira.
Sampai anak anak kepenatan seronok merasakan betapa banyaknya duit yang perlu dikira. Kekayaan itu mula dengan perasaan dan minda.
Ada beza minda mereka yang merasa syukur dengan kekayaan dengan minda biasa.

(Secara perasaan)
Duit itu makhluk dan ada perasaan.
Bila kita ada RM20 dalam poket dan kata kita tiada duit, benar ianya kecil hati dan tidak mahu datang lagi pada kita.

Jadi hargai dia seperti seronoknya hari ini ada RM20.
Atau jualan harini RM50 alhamdulillah Allah.

Duit dan syarikat malah hati pelanggan itu diatur Allah.
Gerakan wang dari tangan ke tangan juga Allah perhati.
Mommy mula berhati hati dengan tuturan mulut dan hati.

Anak anak itu akan meng-copy.

==============================

Dahulu Mommy beritahu Mommy kerja kerana cari duit.

Sekarang Mommy beritahu adult dan grown up itu kerja untuk menyumbang semula.

Bila Allah beri kelebihan ianya untuk dikongsi dan untuk orang lain dapat kebaikannya.

Mommy pandai ajar menyusu dan boleh bantu ibu lain pakai lampin kain kerana itu Mommy keluar kerja.
Sekarang Mommy seronok bermain catur niaga, Allah beri kepandaian dan ilham untuk Mommy ajar semula insan lain. Dengan izin – Nya.

Setiap langkah yang Mommy dan Daddy keluar ialah pahala dan doa untuk kelembutan hati anak anak.
Mommy tidak selalu bersama kalian kerana Mommy tahu Allah bantu urusan kita bila kita mudahkan urusan orang lain.
Dan urusan masa depan kalian Mommy catur kan juga dengan bantuan Tuhan.
Di hantarkan – Nya ibu bapa dan adik beradik yang baik dan memahami.

Jika usaha itu Allah berkati dan mahu beri duit, Mommy terima dengan hati bahagia.
Jika usaha itu belum cukup bagus dan Allah belum mahu beri, juga Mommy sangat bahagia dengan apa yang Mommy pernah dan sedang ada.

Mommy juga masih belajar.

‪#‎mommyluna‬ ‪#‎lunafamily‬

‪#‎notaluna‬ boleh share jika bermanfaat untuk ibubapa. Cik Sue juga selalu dan banyak belajar dari kawan kawan di FB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading