Cadangan Masalah Gatal

Memberitahu wanita mengandung yang gatal supaya jangan garu akan gatalnya adalah tidak adil
Sama macam menghalang pasangan yang telah sampai serunya untuk berkahwin atas alasan status yang berbeza…keh keh (sama kan?)
Gatal semasa mengandung itu saaaaangat gatal!
Ia juga bercampur dengan perasaan sedih seperti ‘sudah jatuh ditimpa tangga’ keh keh
Sudahlah buncit, gatal pula

Ohhh..jangan kata saya tidak bersyukur
Saya berbahagia dengan nikmat mengandung yang diberikan
Berpeluang merasa punya ‘seseorang’ yang bergerak didalam perut
Berkongsi makanan, nasi ayam, sate urat ketin dan teh tarik yang sama
Seterusnya mempunyai ‘teman tapi mesra’ yang kedua, ketiga dan seterusnya selepas encik suami
I’m blessed!


Biar wajah lesu dan bertompok tompok hitam berikutan sudah lama tidak mencuci muka dengan pencuci muka
Kulit muka kering, pedih nak pakai pencuci muka lalu cuci pakai air paip sahajalah
Krim menda sume selalu lupa nak tepek dengan alasan tiada masa-anak ramai-alah alasan-haha
Kami sekeluarga gembira menanti bulan 6!

Oh mengenai gatal gatal yang diwar-warkan
Saya mengalu alukan cadangan penyelesaian
Setakat ini yang saya nampak ialah :

  1. Minta anak anak garukan
  2. Minta suami garukan
  3. Selepas lenguh garu sendiri

Namun selepas kira tolak tambah bahagi jumlah hari yang perlu ditempuhi sehinggalah sekurang kurangnya pertengahan bulan Jun
Saya perlu berbuat sesuatu!

Tak larat weh bangun tengah malam tergaru garu kegatalan
Siap boleh bayangkan muzik background sedih …ekeke

Melalui sumber pembacaan, saya mencadangkan sesuatu kepada menteri keluarga iaitu:

  1. Nerve gatal sama dengan nerve sejuk. Oleh itu jika anda gatal, cuba tekapkan ice gel atau alirkan air paip dibahagian yang gatal. Ianya mungkin membantu.
    Cadangan saya : Beli peti ais didalam bilik untuk menyimpan ice gel pada waktu malam (DITOLAK)
  2. Suhu yang panas menyebabkan anda lebih gatal. Pasang kipas atau pendingin suhu untuk mengekalkan suhu rendah.
    Cadangan saya : Berpindah ke negara yang bermusim sejuk (juga DITOLAK)
  3. Kegatalan dan iritasi berpunca daripada kekeringan. Selalu sapu minyak atau lotion pada bahagian tubuh.
    Aktiviti saya bertambah daripada satu kepada dua, gatal sambil sapu minyak. Sapu minyak bila gatal berbanding gatal sahaja sebelum ini.
    Pada mulanya saya rembat semua minyak dan lotion yang saya nampak (minyak urat, minyak masak)
    Tapi selepas melihat kesan iritasinya yang semakin jelas, saya hanya menggunakan lotion ini yang dibeli daripada adik Body Shop yang lawa
    Tips : Sapukan lotion pada setiap kali lepas mandi lebih berkesan berbanding menyapukannya ketika gatal (angin pun dah masuk dalam kepala pada ketika itu)

  4. Sapukan krim gatal yang mengandungi bahan aktif : camphor, menthol, phenol, pramoxine, diphenhydramine and benzocaine yang boleh didapati daripada farmasi.
    Pharmacist di Seksyen 7 Bangi tu cakap, tak elok amik yang mengandungi steroid seperti Hydrocortisone dll.
    Saya beli Egoderm dan Calamine Lotion yang macam tiada apa apa bahan aktif punnnnnnn?
    Sebab masih gatal (kekuatan perasaan dari dalam mengatasi segala bahan aktif diluar sana)…ekekek
  5. Elakkan penggunaan sabun seperti Lux, Shokubutso la ayah dan lain lain (sekadar menyebut beberapa nama)
    Sabun sabun tersebut mempunyai pewangi yang sesuai untuk wanita wanita shanteks yang lain..ekeke
    Tips berkesan : Gunakan gel Pinetarsol yang mengandungi bahan aktif Pine Tar
    Ianya melegakan kegatalan dan alhamdulillah berjaya mengawalnya
    Cara menggunakannya : Sapu di bahagian gatal dan biarkannya selama 3 minit
    Kemudian bilas dengan air bersih
    Katanya, elakkan guna soap kerana ia menyebabkan kekeringan
    Soalan saya ialah (jika ada yang sudi berkongsi) :

    1. Jika Puan A (ahaha siap wakilkan orang lain) gatal di bahagian perut, kedua dua kaki dan tangan, beliau akan menyapukan Pinetarsol dibahagian bahagian tersebut semasa mandi. Bagaimana dengan bahagian lain seperti leher, ketiak mahupun tapak kaki? Basuh guna air je ke?
    2. Katanya jangan gunakan soap. Soap tu sabun ke? Sabun tu apa apa yang berbuih ke? Jadi Pinetarsol ni bukan sabun lah kan? Maksudnya mandi guna air sahaja lah ya? (Eh soalannya macam sama dengan no 1..ekeke)

6. Ambil rawatan makan seperti anti histamine. Ianya mengandungi bahan yang boleh membuatkan nerve gatal itu lega dan ibuk ibuk boleh menikmati anugerah tidur malam.
Jangan amalkan selalu ya.

7. Cadangan akak Jakel masa saya asyik garu garu perut, garu perut perlahan lahan guna sikat dan jangan gunakan kuku kerana kuku tajam katanya…
Jangan gunakan sikat kutu ya, tajam tu buleh luka perut!

8. Pakai baju lengkap ketika tidur, tangan panjang, seluar pandang.
Lebih easy access baju tidur anda, lebih mudah tangan anda menggaru bahagian yang gatal.
Tips ini mungkin tidak berguna kerana dimana ada kemahuan disitu ada jalan…ekeke

Kesimpulan kronologi gatal saya, alhamdulillah selepas 2 hari ambil Piriton sebelum tidur, saya tidak menggaru gatal semasa tidur atau terjaga ditengah malam lagi.
Mandi dengan Pinetarsol dan rajin paksa anak anak sapukan lotion, selepas 4 hari semuanya kembali stabil
Kesan gatal gatal yang dahulunya berbiji dan berair semuanya sudah kering dan nampak sembuh
Tinggal kesan parut berwarna hitam yang Kak Wan Anie kata akan hilang dalam tempoh 2 tahun (2013)
Lagipun skirt pendek haritu dah tak muat nak pakai dah…haha!
Namun saya lega kerana tidak lagi gatal
Mungkin entri ini boleh membantu ibu ibu yang mengalami kegatalan ketika hamil
Rujukan daripada beberapa laman web yang berbeza antaranya ehow.com

10 comments

  • nurul

    hurm sy dulukan lepas je balik dr klinik bila doc sahkan saya pregnant tetiba je dapat penyakit gatal2 kat bahgian celah peha ala berdekatan ngn kwsn ‘situ’ la..somi kata kurapla mende la seksa sgt smp 9bulan la duk menggaru thn gatal,penah buh minyak kelapa dara la,lotion yg klinik bagi..kalo memalam kene xleh pakai spender kot biar je kene angin supaya xgatal hahaha..peliknya lepas beranak otomatik ilang..tu la pelik mmg gatal time pregnant je kot.perut xgatal just pecah2 yg mengerikan ekeke..tp kagum ngn mak saya beranak 7 org perut dia licin molek mcm org xpenah peknen meskipun bdn dh berisi bila dah tua kan smp nurse pun xcaya bila mak sy kata mmg perut dia jenis xpecah2/meregang bila pregnant.

    Nurul, sebaik sahaja disahkan pregnant, terus gatal gatal? Isk..
    Dan lepas bersalin, terus OK ye.
    Rezeki masing masing kan..ada yang dapat perut cantek dan ada yang tidak mendapatnya…hihi
    Thanks for sharing ya Nurul

  • AiTotYati

    alahai Su,
    akak yg gatal2 biasa ni pun rasa macam oh-nak-garu-saje.

    ni kan plak sue yg kena gatal sampai bulan 6.

    takpe sue, bertabahlah ye

    *hugs

    eh jangkit tak akak hugs sue ni? (lawak je ye sue. nk ceriakan sue)

    Terima kasih Kak Tie!
    Kak Tie, betul ye ayat ‘bertabahlah’ bukan ‘bersabarlah?’
    Dan buleh peluk peluk Kak Tie sbb tak jangkit…hihi…paling paling pun Sue minta garuk…kih kih…

  • amirah

    yeayy…dah hilang gatal2 ek sue..syukur..bolehla bershopping brg baby tanpa gangguan kegatalan lagi kan sekarng?

    Amirah, tinggal balance balance gatal yang ada
    Ha a, buleh shopping dengan tangan yang lebih terbuka…kih kihhh

  • aima

    waaaaaah akak tmbh rakyat lg rupanya!!!

    Aima, alhamdulillah..dimurahkan rezeki 2011. Tambah anggota masyarakat lagi…hihi

  • angah

    alang..sepanjang tempoh kegatalan = kehamilan..angah bubuh minyak kelapa dara..n angah rase berkesan..ataupun..angah yang tak sedar angah menggaru time tidor..itu sukar dipastikan…hiihihihihih..

    Hoo Angah, Angah gatal gatal juga semasa hamil?
    Dan Angah sangat mengantuk semasa tidur sampai tidak sedar..ekeke

  • Najwa

    Kak su,

    Saya masa peknen dulu pun kena penyakit gatal n kulit kering ni..

    satu penyebab gatal n kering ni sbb pakai sabun..jadi saya tak pakai shower foam..saya pakai eubos shower oil..jadi mandi macam mandi minyak la..cuma takde la melekit2..lepas pakai sabun tu rasa kulit lembab dan lembut je..gatal pun kurang sgt2..

    Hooo…Mandi pakai Eubos Shower Oil?
    Nanti Kak Sue cari di farmasi berdekatan…Kak Sue mandi pakai air je…ekeke

  • Ayu aka Bonda Humaira & Uzair

    wah sue, murah rezeki ye..tahniah.. Ayu ada jugak experience gatal2 masa 1st pregnant dulu.. yg bestnya tu, gatal2 merebak di sebelah kiri badan je tau. dari bahu sampai betis kiri je..kelakar plak kan? tp alhamdulillah gatal2 ayu tu stop dan elok sendiri bila kandungan berusia 6 bulan! what a miracle kan? 🙂

    Hah Ayu, sebelah kiri sahaja? Ekeke..
    Dan ianya berakhir pada usia kandungan 6 bulan.
    Kalau begitu, fakta sains apakah yang dapat menjelaskan…ekeke..

  • iZa

    salam su, pinetarsol gel tuh sgt bagus sebenarnya..bukan untuk gatal2 je..actually sapa yg sensitif skin and ada masalah pimple,better use it untuk cuci muka..pakar kulit saya yang prescribe saya ngan bende nih..

    Tapi baunya tak berapa enak kan Iza.
    Hmmm…Sue buleh juga gunakannya sebagai pencuci muka, since pencuci muka dah lama habis..hihihi

  • azreena

    sian sue… cabaran tu namanya. hehe.. tp jangan garu ye sue.. kang berbekas xmo ilang.. bila dah kempis…huduh semacam. huhu cam kite ni….

    Ye ke Reena, ha a cabaran hebat daripada tidak menggaru..isk..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading