bunga

dari malam tadi saya terfikir
“alamak, dah takde gambar, esok nak update cerita apa di blog ye”
rupanya baru saya teringat…ada beberapa cerita yang belum diceritakan panjang lebar
kerana gambar2 ini berada didalam memory card sidia

ianya di ambil semasa kami pulang ke kampung haritu..
photographer tak bergajinya haruslah dia, dia dan dia (sorang je kalians)
saya sibuk buat buat tolong kakyong siapkan bunga telur
seluruh family kalians bantu membantu,
mak mertua dan pak mertua pun diajak paksarela menolongs
tapi pak mertua tolong tengok saja
sidia saya tolong tengokkan zikry naik tangga saja
dan zikry tolong diam jangan kacau mommy 🙂

gambar gambar ini adalah milik kakyong
hasilciptareka nya
saya tempekkan disini supaya kalau ada yang nak mengorder
sila sila jangan malu2 buat tempahan utk hari bahagia anda ya!

bunga ini adalah bunga yang diperbuat daripada stokin
utk menyediakannya sangatlah remeh
hanya org2 yg sabar dan tawaddhu’ sahaja layak bekerja dengan stokin
stokin khas tau kalian, bukan yang kalians pakai pegi skolah dulu tu…

ups, bunga ini masih belum complete
kakyong nak tampal beberapa aksesori lain seperti maniks bagai
shanteks kan?

dan bunga yang kedua ini diperbuat daripada cecair dip
sangat sangat sangat fragile macam saya kalians
dan shanteks…
ini semua hasil kerja tangan kakyong tau, neat & tidy
nak tengok hasil kerja tangan saya?

iki sajalah yang paling ‘kemas’ & ‘shanteks’ pernah saya buat
itupun bukan saya buat…anugerah Allah
saya cuma pengantaranya 🙂

sekeping gambar masa kami bersarapan di Kuala Kangsar Rest House
sebenarnya banyak keping
tapi saya pilih yang saya nampak kurus iki pandang depan
iki dah macam big boy kan kalian..

dengan kata lain, saya nampak macam makcikkah? kah?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading