Berapa Banyak (oz) Bayi Minum Susu Ibu

Kebanyakan ibu yang merasakan dirinya mempunyai masalah penyusuan sebenarnya bukanlah bermasalah

Bila ibu mengadu yang dia penat mengepam dan masih tidak dapat menghasilkan susu yang ‘cukup’ untuk anaknya
Katanya susu itu ‘sikit’ jika dibandingkan dengan jumlah yang diminum oleh anaknya semasa beliau berkerja
Setelah semua minuman/makanan penambah susu diambil

Dan semua usaha telah dilakukan, namun tidak berjaya juga ‘membanyakkan susu’
Biasanya ibu memilih beralih kepada susu formula, walaupun ianya bukanlah penyelesaian (dan mungkin membawa banyak masalah lain)

Saya merasakan ianya adalah suatu isu kuantitatif dimana berapa ‘banyak’ ialah ‘banyak’ dan berapa ‘sikit’ ialah ‘sikit’ mengikut definisi masing masing
Rata rata ibu mahukan jawapan dalam bentuk angka seperti “pam susu 20 minit sebelah payudara” walau jawapan sebenarnya ialah “pam/perah susu sehingga payudara kosong”
Dan “anak minum 3 oz sekali” berbanding hakikatnya “anak minum mengikut kehendaknya dan berbeza beza”

Ok, saya ringkaskan dalam bentuk formula.
Formula ini hanya sebagai panduan. Boleh jadi sesuai untuk anda dan bayi dan boleh jadi tidak.
Sekurang-kurangnya anda memahami asasnya.

Terma ini akan digunakan :
Berapa jam anda meninggalkan bayi (H)
Anggaran satu botol ialah 3 oz (B)
3 oz memadai untuk fungsi normal tubuh bayi anda
Biasanya bayi akan minum selang 2 jam dan sedikit-sedikit

Untuk bayi di bawah usia 6 bulan formulanya ialah B = H / 2.
Contohnya kita bekerja 10 jam. Bahagi 2 sama dengan 5 botol susu diperlukan .
5 botol susu sama dengan 15 oz (5 *3oz).


Untuk bayi berusia 6 bulan sehingga 12 bulan, formulanya ialah B = (H/2)-1
Contohnya ibu bekerja 12 jam.
Bahagi 2 sama dengan 6 botol susu. Tolak 1 botol sama dengan 15 oz.
1 botol yang kita tolak adalah kerana bayi sudah boleh makan dan hidangan tersebut boleh digantikan dengan makanan seperti nasi, sayur mahupun buah.

Selepas bayi berusia 12 bulan ke tasa, formulanya ialah B = (H/2) -2
2 botol yang ditolak juga kerana menggantikannya dengan makanan bayi.
Semakin bayi membesar, ibu akan menghasilkan susu yang semakin berkurangan kerana hormon prolaktin yang menyusut dan dalam masa yang sama bayi anda bersedia untuk menikmati pelbagai kelazatan makanan.

Cadangan Cara Bayi Menyusu:

  • Sekiranya anda meninggalkan bayi anda pada pukul 8 pagi, susukannya terlebih dahulu
  • Beritahu pengasuh bahawa susu yang sudah dipanaskan (3 oz) tahan selama 2 jam
  • Usah paksa bayi menghabiskan kesemua susu tersebut serentak, simpan susu ditepi dan offer lagi bila bila perlu
  • Gunakan cup kecil, picagari mahupun sudu untuk lebih mudah mengawal kuantiti susu yang anak akan minum
  • Jika memilih menggunakan botol, gunakan puting bersaiz paling kecil dan jangan tukar saiz puting walaupun bayi sudah besar
  • Minta pengasuh untuk mengelakkan memberi bayi minum susu setiap kali dia ‘berbunyi’, sebaliknya tukar lampinnya (jika basah), angkatnya (jika bayi bosan) etc etc, tepuk2 perlahan untuk menenangkannya

Dan jika bayi anda minum kurang sepanjang siang, mungkin beliau adalah jenis Reverse Cycling dimana dia suka minum dengan banyak secara terus dari ibunya (pada waktu malam)
Jangan susah hati ya ibu.
Teruskan menyusui, doa saya bersama anda!
(Perhatikan perkembangan kecergasannya begitu juga keadaan kesihatan bayi anda ya)

Selamat menyusui dengan gembira!

Puan Suraya Ali, IBCLC
Lunatots – Your Parenting Partner
www.lunatots.com
www.facebook.com/lunatots
Untuk sebarang pertanyaan produk, boleh mesej disini

17 comments

  • azura_ana

    Salam k.sue…

    All this while sy ni cume silent reader kat blog kak sue ni…memang blog akak ni sumber inspirasi sy dlm perjuangan breastfeeding ni..alhamdulillah anak sy dah 11 bulan and still bf dgn sy..cume dia skrg tengah mengalami reverse cycling ni la…lama dah..sejak dia 7-8 bulan cam tu…macam2 cara dh sy cube, gune picagari, tukar botol, pakai cup sume dia wat main2 je..sy bekalkan dia 4 oz je kat nursery..tu pun nk suruh dia minum 2 oz pun susah..rugi je susu byk buang mcm tu je kak…sy kesian je kat dia tak minum susu for 8 hours sepanjang kat nursery..tp dia mkn nasi, biskut kek segala mcm dah..mlm memang dia direct dengan sy terus..start kul 6,8,10,12,3,5…bape lame reverse cycling ni akan berakhir..risau dia jd kurus plak nanti..huhu..takpe ke untuk kesihatan dia?

    Quoted dari link yang diberi:

    One study found average breastmilk intake to be 30 oz per day (875 ml/day; 93% of total intake) at 7 months and 19 oz (550 ml/day; 50% of total energy intake) at 11-16 months.

    Several studies have measured breastmilk intake for babies between 12 and 24 months and found typical amounts to be 14-19 oz per day (400-550 mL per day). Studies looking at breastmilk intake between 24 and 36 months have found typical amounts to be 10-12 oz per day (300-360 mL per day).

    Jadi bagi bayi yang sudah berumur lebih 6 bulan, susu ibu bukan satu satunya makanan yang membekalkan tenaga.
    InsyaAllah dengan eksplorasinya terhadap makanan makanan lain yang berkhasiat, dia akan membesar dengan sihat
    Dan selepas 2 oz yang diambilnya semasa hari siang, mungkin baki 17 oz diminumnya semasa malam semasa bersama mama, kan 🙂

  • amirah

    thanks for sharing sue. rasanya inilah masalah kebnykan ibu bekerja sekarang ni.Paling risau sebab takut susu tak cukup

    Amirah, Sue risau ibu give up menyusukan sebab tidak membekalkan susu yang cukup.
    Yang penting, ibu tahu output yang perlu – iaitu anak yang sihat dan membesar dengan baik dimana penyusuan susu ibu masih diteruskan selama mungkin.

  • zaihaslinda

    yerp… ramai juga yang selalu buat statement “zai x pe la…zai susu banyak…” tapi sebenarnya nak menjerit dan meraung…’zai bagun pagi-pagi buta kak…..’

    ishk..kalau kita x mahu menambah ilmu…semuanya susah..yeeer dak?? 🙂

    Zai kena berbangga sbb Zai banyak susu..hihi
    Betul, kita sama sama bangun pagi buta dan tengah malam untuk mengepam dan menyusukan anak
    InsyaAllah semuanya berbaloi bila anak besar dan sihat

  • Asna

    SALAM,

    PUAN SURAYA,SAYA JADI CONFUSE LAK…SUSU LPS PANAS TAHAN 1 JAM OR 2 JAM YE??INFO YG SELALU SAYA DAPAT, TAHAN SEJAM JE….LAGI SATU, ANAK SAYA DH 7BULAN, N DAH START MAKAN…B4 BAGI SOLID FOOD, DIA MINUM 5 – 6 BOTOL (TOTAL LEBIH KURANG 18OZ- 20OZ) SUSU DI TASKA..TAPI DAH AMIK SOLID FOOD DIA MINUM 3 BOTOL JE…PALING BANYAK 4 BOTOL..JADI, SAYA TAMBAHKAN 5OZ SETIAP BOTOL & BEKALKAN 4 BOTOL SEHARI…SAYA RISAU BABY SAYA KURANG AIR N MENYEBABKAN SEMBELIT..AIR KOSONG MEMANG DIA XMO…

    Sumber daripada http://breastfeeding.hypermart.net/storagehandling.html

    Tiada kajian yang lanjut dilakukan untuk menyatakan samada susu yang berbaki selepas bayi minum selamat atau tidak untuk disimpan dan diminum semula.

    Walaubagaimanapun, kebanyakan lactation experts bersetuju bahawa susu ibu yang diberi kepada bayi boleh dioffer semula kepada bayi beberapa kali sebelum dibuang.

    Susu ibu mengandungi antibakteria dan antimikrobial properties yang menyebabkannya lebih lambat rosak berbanding makanan lain.

    1 atau 2 jam bukan satu ukuran yang tepat, ia mungkin boleh rosak dalam tempoh 45 minit (tak sampai 1 jam lagi..hehe)

    Apa yang cuba sampaikan, selagi ianya tidak berbau masam dan rasanya masih elok, ianya masih boleh digunakan.

    Susu ibu mempunyai komposisi air, lemak, protein dan karbohidrat yang mencukupi, Asna jangan risau ye.

  • NinaRahmat

    salam sue,
    entri sue yang ni & previous one memang terpapar tepat pada masanya. sebelum ni, saya mengalami diminishing supply bila setiap kali pam kuantitinya lebih sikit daripada dahulu. then saya panik sebab stok pam di pejabat tak cukup untuk bekalan untuk b/sitter. kebetolan entri sue yang second last kuo, saya pon ikutlah, increase pumping session dari 2x (:p) kepada 4x di pejabat, sampai sore kilang susu nya…

    then arini entri ini pulak.. hmm.. tu yang saya pelik tu, sebelum ni saya bekalkan 4-5 botol 3-3.5 oz untuk b/sitter (anak saya dah 9 bln), bubur nasi 1 tupperware besar lagi, b/sitter cakap 5 botol habis diminum sebab baby minum 1 botol 3 oz tak cukup. dalam hati saya, mak aii, kuatnya anak aku makan + minum susu. so skrg bekalnya 4 btl 4oz = 16 oz di siang hari. malam dia akan susu dalam 3-4 kali lagi. tapi anak saya petite, tak chubby pon. bila bace entri ni, saya pikir, adakah saya dah terover supply susu nih?

    kena bagitau b/sitter pesanan2 sue di atas, takut baby tak abis minum botol kedua, susu terbuang begitu saja (sedih ooo sebab kita pam sampai sore ni…)

    akhir kata, terima kasih sue atas paparan entri2 yang membakar semangat berjuang untuk continue BF & case study2 yang seumpama ini. mmg tak terkira ilmu yang ditimba. khidmat masyarakat nih…& selamat maju jaya!

    Salam Nina Rahmat, harap tak banyak, sedikit menyumbang pada teman teman.
    Biasanya Sue buat cadangan jadual dimana susu perahan sentiasa tersedia untuk baby.
    Baby tak sempat meragam dan susu tidak terbuang.

    Selamat menyusukan ya Nina, salam sayang dari Sue.

  • noris

    Salam sue,
    kalau kite hantar breastpump untuk diservice,maksudnya kite kena ada back-up pump lah kan?… saya bercadang nk hantar b/pump saya untuk diservice tapi tak ada back-up b/pump, klu saya beli b/pump yang manual utk back-up sementara dpt balik b/pump yg diservice,boleh tak? maksud saya breast pump yg manual dgn yg electric sama ke flownya,klu saya guna manual tu nnti susu akn keluar ke sepertimana saya gunakan breastpump yg saya hantar service tu?

    Salam Noris,
    Sedutan pam manual dan elektrik tak sama. Pam elektrik jenis A dengan sedutan pam elektrik jenis B pun kadang kadang berbeza.
    Noris boleh hantar pam untuk diservis dan sekiranya Noris membeli daripada Lunatots, Lunatots menyediakan breastpump jenis Spectra 3 gantian untuk dipakai oleh pengguna buat sementara pam diservis.
    Namun sekiranya Noris menghantar terus pam ke pusat servis, masa yang diambil untuk servis boleh jadi kurang daripada sehari mengikut availability technician mereka.
    Selamat mengepam dan menyusukan ya.

  • noris

    sue,baby saya bila mlm dia kurang myusu maksudnya dia tak bangun utk myusu badan…lps saya naik kerja,baby myusu direct dari breast tak cukup sbyk 8-12 kali sehari…kadg2 cuma 4-6 kali jer lps saya balik keje…saya risau penghasilan susu akan berkurangan…boleh tak sue bagi pendapat?
    lagi satu saya sllu pam kuantiti susu yg saya dapat dlm satu sesi hanya 3-4 oz,kdg2 lbh cikit 4.5 oz..adakah itu normal? kawan2 saya klu dia pam sllu dpt dalam 6-7 oz…macam mana ye?

  • Ziza Aziz

    akak…saya lg tengah pening ni!! anak lelaki saya baru 4 bulan lebih, 100% bf n tinggal dgn baby sitter setiap ari bekalkan susu bnyak tp dia cuma minum 5 oz jeitupon tak abis! tp yg peliknye badan dia tak la susut, dan tak meragam jugak…kalo saya balik kerje pkl 8 mcm baru dia menyusu bnyak!! risaula..itu normal ker? susu dlm peti ais tu dh melambak2 yg bln 3 punyer pon tak abis lg…mcm ne erk…

    Ziza, jika bayi dalam keadaan yang sihat dan baik, tidak mengapa 🙂
    Semoga terus mengepam (di ofis) dan terus menyusukan ya (bila bersama baby). Good luck!

  • Mummy Za

    Alhamdulillah,tulisan Sue mengenai breastfeed amat membantu saya.Drpd zero knowledge hingga berjaya membuat 730 oz stok susu…kena beli freezer baru,tq very much…(baby-5 bulan)

    Ingin tahu,berapa oz kuantiti susu (sekali minum) bagi baby berumur 6 bulan ke atas?

    Moga sue akan terus menulis dan memberi semangat untuk bf anak2 kita….tq

  • adilla

    salam, kak sue…wpun ini dh kali kedua susukan anak (sbb dh anak dua) tp masih susah hati dgn jumlah susu yg di ambil n infact kdg2 rasa brp sbnrnya bdk tecik amna ni minum…dia dh 7 bln lebih so dh start solid…rasanya dia sekali minum 3oz kot sbb klu dila bg dia minum dr botol dlm 4 oz mesti ada baki…bila kak sue kata ada baby jenis Reverse Cycling, lega jgk…sbb kt pengasuh mmg dia minum paling byk 3 botol (dila tglkan dia dr kul 8am-6pm) so mmg mlm2 tak dak can nk pump sbb dia akn direct dgn dila smpi kosong breast….tq kak sue for the info…

  • ainani

    salam kak sue,

    baru2 ni br terbuka blog kak sue.. suka sgt..
    sgt informatif, dan buatkan saya lebih bersemangat untuk teruskan bf.. so far, 1st baby, bf (campur jg dgn fm) till 11ms, sekarang 2nd baby 4ms, masih fully bf.. dan saya juga menggalakkan kawan2 sekitar saya utk bf juga..

    tq for the info, tips.. mohon share ye..

  • Maslinda Saidin

    Info yang menarik. susu ibu adalah susu yang terbaik dan tiada tandingannya. Susu yang baik selepas susu ibu adalah susu kambing. Berikan hak anak anda yang patut anda berikan. Alhamdulillah saya sendiri masih menyusukan anak saya setahun 6 bulan. Doakan yang terbaik untuk perjalanan penyusuan saya. Amin

  • Noella

    Tks for d info Kak sue,

    Saya nak Tanya ni, bayi sa berumur 1mth 1week, fully bf , tapi badan makin mengecil, adaka bayi sa tak cukup susu? Tapi sehari Lebih 10 kali menyusu..
    Any advise?

  • fieza

    Salam Pn. Sue.
    Saya nk minta pendapat. Anak sy dh 9 bulan lebih. Fully breastfeeding. Masalahnye, setitik bubur atau apa sj makanan / minuman selain susu ibu dia tolak. Kebetulan admitted hospital aritu. Ujian darah tunjuk HB rendah sgt. Doctor kata iron deficiency. Mintak bg pendapat untuk masalah saya. Terima kasih.

  • Nurul Millah

    Kak, saya risau dengan baby saya yang nak masuk 6 bulan. Dia hanya minum 10oz atau kurang di rumah pengasuh dr jam 7.30 pg smpi 6.30 ptg. Sekali minum, hanya 1 @ 2 oz sahaja. Berat dia sms 5 bln 5.2 kg saja, naik 100 gm dr timbangan sms 4 bln. Dah cuba macam2, tapi, dia minum sangat sedikit. Dah cuba bbrp kali tukar botol & puting. Tp, dia langsung tak nak botol @ puting yang baru. Dia aktif mcm biasa. Cuma belum tumbuh gigi & sudah meniarap & baring sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading