Bendera Malaysia

1. Bangun pagi, ada anak yang sambung buat workbook. Cari pensel dia letak mana malam tadi.
Ada juga yang buat tak ingat seolah olah workbook itu tak pernah wujud dalam hidupnya.

2. Zikry tahu warna bendera Malaysia ialah merah, biru, putih dan kuning.
Mommy tak sangka dia warna begini.
Bila Mommy terkejut dia tanya, adakah dia buat salah?
Bagaimana jika dia benar benar salah? Tanya nya berkali. Zikry tak salah, cuma belum jumpa yang betul. We can try it again.

3. Teringat waktu dalam satu training,  penceramah beri 4 perkara dan bertanya yang mana satu penting? Negara — agama — keluarga — atau individu.

4. Masing masing peserta beri jawapan berbeza.

5. Penceramah berkongsi — dengan adanya negara yang selamat, kita boleh beragama, berkeluarga dan melakukan hal individu dengan tenang. InshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading