Bedtime Story

Bedtime Story.

Ibu Faridah Hanim berkongsi ilmu — saat kita mula tiada bedtime story dengan anakanda, mereka mula mencari teman bicara selain kita. Kita tidak lagi bercerita lantaran saratnya dada. Anak anak ini terpinga pinga. Membesar bersama namun rasa bersendiri. Cik Sue kongsi tips bedtime story dengan anak anak 2 hingga 12 tahun.

1. Update diri kita dengan lagu kanak kanak di Youtube. Tak perlu hafal semua. Dapat satu pun jadilah janji boleh gelak ketawa bersama. Zikry dan Dzakwan sekarang suka lagu Pokemon dan Gravity Falls — Mommy tak hafal. Lagu Johny Johny Yes Papa Mommy boleh bawa dengan baik.

2. Everyone needs routine. Establish a bedtime routine. Maksudnya dalam pukul 10 gitu dah ajak semua gosok gigi, tukar baju tidur, buang apa yang patut, minum air kosong kemudian naik atas katil dan tutup lampu. Semua terkebil kebil — termasuk emaknya.

3. Berbincang topik how was your day today. Contohnya — How do you feel about our dinner today? We feel bless. We feel full. Alhamdulillah. Atau apa sahaja topik. What do you think about our neighbour? Ok joyah sangat kan haha. Kenapa Mommy tanya kerana Mommy nak install programming. Bila ada sesuatu yang anak anak complain, quizzes itu susah sangat lah Mommy — masukkan programming seperti —

“Don’t you think because we talk and think about it, then it become difficult. Whatever you think will be happened like a magic. Let us started thinking that it is easy peasy lemon squeeze”

Kadang adik tegur abang. Kadang abang tegur adik. Ianya installation of programming. Programming untuk memasukkan nilai kekeluargaan.

4. Kadang kadang waktu ini mereka meluahkan. “Alya did this and that to me” Ops Mommy bukan jadi hakim malam malam cuma mendengar keluhan dan memberikan rasa didengari. Sambung “I know that you must be sad” Step 1 is empathy. Tiada siapa mahu dengar kata jika dia tidak didengari.

Step 2 ialah berdoa. How about we just forget about what had been happened? Let us pray to Allah to open up Alya’s heart to be as good as Anna Frozen haha. Alya pun angguk sekali. Berdoa bersama.

5. Sebelum tidur malam itu beritahu bawa betapa dalamnya sayang Mommy and Daddy pada mereka jika kurang seorang pasti kurang seri. Beritahu bagaimana ibubapa mahu berikan yang terbaik dalam kehidupan sini dan sana. Sini tempat menumpang bersenang sebelum kita semua ke syurga. Ameen. Selamat malam cinta.

Mesti sertai program Parenting212 di www.parenting212.com ya.

Share dengan kawan ya!

from Puan Suraya Ali http://ift.tt/1NhmuEr
Facebook Post Suraya Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading