Banyaknya Susu Itu…Ah Sempot…

Hihi…entri saja saja
Saja saja tulis semasa tension baca buku
(Bila baca buku pelajaran, terus tertekan)

Saya berbual dengan encik suami yang manusia memerlukan satu hobi baru pada setiap 3 bulan (sekurang kurangnya)
Dia jenis yang begitu
Bulan Januari sampai Mac, hobinya bercucuk tanam
April sampai Jun, hobinya menonton Youtube
Julai sampai September, membaca mengenai ….. (ah saya lupa, apa bang? Yang abang salu cerita itu..ekeke)
Lebih kurang pasal asal usul Melayu etc etc

Hobi saya dari Januari pusing ke Januari tahun seterusnya ialah blogging
Paling jauh saya pergi ialah berangan nak blog mengenai kecantikan
Tapi kena cantik dulu kekdahnya
Maka lama lah lagi saya nak ada blog sebegitu…ekeke

Aktiviti saya dengan anak anak semakin berkurangan sebab saya menyorok daripada mereka
Menyorok di tingkat atas rumah dengan memberitahu mereka –> Mommy nak belajar dan buat kerja
Alhamdulillah mereka faham walaupun adik Dzakwan menggeleng ‘NANAK..NANAK..’
Bilalah adik Dzakwan nak pandai bercakap ni…hihi

Bergelar ibu kepada tiga orang anak dan mempunyai anak kecil (sekali lagi) adalah kelebihan berbanding mempunyai seorang anak
(Weh apa ko cakap ni, memang la lebih)
Ekeke..maksud saya ialah
Bila saya mula rasa tension dengan anak anak, saya akan terkenangkan ‘ibu baru’
Siapa saja, mungkin saya dulu semasa bergelar ibu baru atau customer
Atau adik junior masa sekolah, mahupun sepupu belah bapa

Ibu baru pasti lebih tertekan
Dengan anak yang kerap menangis dan mahukan susu sentiasa (selang setengah jam kadang kadang sejam ke dua jam)
Mesti rasa ‘Susu saya tak cukup jadi dia menangis. Beri susu formula dia tidur lena.’
Atau ‘Agaknya jalan jauh tadi tersampuk dengan benda benda seram-you-saka-pergi-jauh-jauh’
Jangan kata ibu, bapa baru pun mesti tertekan
Tiba tiba saya nampak encik suami keluarkan balik buku ‘What To Expect During First Year’
Dah lupa katanya!

Menangis adalah pakej bayi baru anda, tahniah!
Secara puratanya, bayi menangis selama 4 jam sehari untuk 6 minggu pertamanya. Dan tangisan pada waktu malam adalah antara 5 ke 35 minit.
Bayi menangis tanda ekspresi frustation mereka dan bila ibu/bapa tidak dapat menenangkan anak itu, ianya bukan penanda aras parenting skill anda. Be calm!
Perlahan lahan, belajar tentang bayi anda.
Tangisannya membawa makna yang berbeza – lapar, lampin basah, sakit, bosan atau letih.

Mempunyai bayi baru bukan sekadar membekalkannya dgn susu yg banyak, kan?
Saya mengepam pada setiap pagi dan malam (bila berkesempatan) dalam hiruk pikuk anak anak
Ibu yang baru melahirkan, susukan anak dan pam dgn kerap ya!

Kata kuncinya ialah expectation
Jika anda sudah ada expectation membaca nota sambil meriba anak kecil, ianya lebih mudah utk anda di dalam pantang
Berbanding membayangkan baby kecil tidur lena di baby cot- bangun-selang-3-jam
(Saya prektis blogging menaip sebelah tangan sahaja – peluh)

Tengah malam semalam saya mengepam dan malas nak simpan di peti ais tingkat bawah
Saya simpan dalam air di dlm baldi untuk mendapatkan suhu yang rendah
(Esok pagi baru masukkan dalam peti ais)

Teringat masa saya, Puan Farah dan Puan Haza menyertai program Bersamamu dahulu dimana ibu ini tiada peti ais untuk meninggalkan susu perahannya semasa keluar berkerja
Kami cadangkan simpan didalam sebaldi air

Kongsi kisah berpantang Mommy Luna

I ‘heart’ sleep bra
Masa awal awal kelahiran, rasa tak selesa bila tak pakai bra sebab payudara membesar
Jadi di rumah atau masa tidur pun pakai bra
Nursing bra biasa perlu dibuka tutup pada setiap kali mahu menyusukan
Tetapi dengan penggunaan sleep bra ini, aksesnya lebih mudah….hihi

Belian online disini

Pelbagai pilihan warna untuk anda pilih disini
(Ada banyak warna dan corak – siap boleh matching dengan warna baju luar atau tudung!)

Kalau menyusukan anak malam2 tgh mengantuk dengan memakai nursing bra
Sedar sedar anak sedang menghisap cangkuk bra – bukan kisah benar
Penyusuan lebih selesa dengan pemakaian sleep bra

Sokongan yang padu dibahagian bawah dengan pemilihan material boleh laras yang selesa
Dan designnya yang sporty (tiba tiba rasa mampu menyertai sukan lari berganti ganti)
Turut sesuai dipakai semasa siang dan tidak basah2 semasa mengepam kerana tidak mengganggu corong
Recommended Che Nah!

Bagaimana mengetahui saiz anda?
(Vah vah macam senior promoter bahagian pakaian dalam pula)

S, which is for bra size 32A, 32B, 32C, 34A, 34B, 34C
M, which is for bra size 32D, 34D, 34DD, 36B, 36C, 38B
L, which is for bra size 36D, 36DD, 38C, 38D, 40B, 40C
XL, which is for bra size 38DD, 40D, 40DD, 42B, 42C

Maksudnya jika saiz anda termasuk dalam grup M
Cuma beli saiz M – tidak perlu risau sekiranya saiz anda berkurang daripada 38B kepada 36B
(sekiranya sudah kurus) kerana ia masih dirange saiz yang sama

Apa yang penting, ibu rasa selesa dan gembira sepanjang berpantang
Lunatots sedia menemani anda!

 

19 comments

  • amirah

    ibu ‘pertama kali’ akan turut menangis bersama-sama bayi baru lahir yang akan menangis 5-35 minit (atau lebih??)pada waktu malam..huhu..tak tau menangis sebab apa. Agaknya sebab dengki dengan org lain yg tido lena? huhu..

    tak sabar rasanya nak muncul sebagai Vanessa Williams yng sporty semula…ermm..bila la masanya ye..

    Haha…Amie kantoi disitu menangis ya!
    Ekeke..memang dengki bila orang lain tidur lena terutama jiran disebelah rumah yang anaknya sudah besar!

    Dan acik Sue siap google cari siapa Vanessa Williams okeh!

  • amirah

    aik asik pengomen no 1 je ni..sori bos..belog sue luna ni melambai2 untuk dikomen dengan segera..hehe

    Ahaha, Sue Luna memang dok depan laptop tunggu Amie komen.
    Kalau takde sape komen, siap refresh banyak kali kut kut wordpress stuck dan tak keluarke entri baru saya? Ekeke..

  • m is for munira

    tetiba teringin nak beli sleep bra pulok 😉
    err kelakar pulok baca termasuk cangkuk dalam mulut anak!hahahahahaha

    Munira, pilih kaler, pilih saiz, beritahu mokcik nak yang mana ya.
    Kekeke..nursing bra kan ada cangkuk nya tu kan. Dah kalau malam malam sangat mengantuk..ekeke

  • lydzar

    owhh boleh eh letak susu perahan dalam air dalam baldi before masukkan dalam peti ais. kekadang mmg rasa malas sgt nk berjalan ke dapur dari bilik utama walaupon rumah hanya berkaki persegi 800 saje. malas sangat kah?? hahaa

    Ahaha Lydzar, itu Sue reka sendiri sebab malas ke dapur (read as takut pun ye)..ekeke

  • Cikgu Azleen

    Nasib baik bayi saya takde habit menangis tanpa henti henti ni.. dia menangis berganti-ganti.. huhu.. nangis 1 minit, diam 5 minit, nangis seminit lagi, diam lagi.. Mummy – konpius..

    Mummy Azleen, bayangkan itu adalah hobi mereka..hihi
    Cara baby berkomunikasi dengan mummy 😉

  • sitisifir10

    kalu pasal bra, k.pija walaupun tak mengandung mesti gunakan maternity bra… mengandung memanjang lah katakan…..jadik tak ada satu pun yg bukan maternity bra…setahun akan kumpul duit sekali beli 10 sekali..setakat ni belum pernah cuba bra seperti di atas dan rasa2nya nak cuba lah juga ye tak

    Kak Pija, untuk pemakaian dirumah ataupun waktu malam, Sue lantik sleep bra
    Eh vote terus lah..ekeke
    Mudah dan selesa berbanding nursing bra

  • Izzati

    Kak su, kagum ngan kak su yg sentiase ceria. Kak su crite la berkenaan camne kak su handle anak2… terutamanye bile mereka meragam, bile mereka mengamuk dan menangis… tenkiu kak su

    Oh Izzati, selalunya Kak Sue share di blog semua cerita – ada masa mereka meragam, mengamuk dan menangis
    Mak gegham…hihi

  • Wan Anie

    akak guna bra lembut biasa tu pun boleh jadi cam sleep bra juga fungsinya… hehe

    ataupun takyah pakai langsung kan senang… 😀

    akak pun pernah ada pengalaman ngeri menyusukan anak, bayi usia 1 minggu jatuh katil! Bayi akak ler tu tapi Alhamdulillah takde apa2….

  • umidanish

    Aduhai sue2.. tengah2 malam baca blog sue dari mengantuk terus segar biji mata.. kelako la sue ni.. ermm nnt leh cube bra tu.. nampak selesa =)

  • mia

    betulla amirah, saye dulu pun mase 1st baby akan ikut menangis bile baby menangis……harap2 yg ke-2 nanti, tak la kot!

  • myrule

    MEnarik gak sleeping bra tu..:p

    My ammar (sama nama ngan ur ammar :P)kalau lambat je sure dia gigit bra…heheh

  • ibunaznoy

    mcm best je sleep bra tu,bila agaknya dpt beli..mmmm..kdg2 terasa nak menyorok juga dr anak2 tp tak boleh lama2 coz xde sapa nk tgkkan nnt..ibu kan pengurus rumahtangga,trpksa slalu berkepit ngan ank2..

  • Nur

    sue, baby akak kalu time tido dalam mata tertutup nyusu tetiba termasuk cangkuk, terus dia bukak mata renung kita dalam2..dahlaa mata dia bulat..marah agaknya..hehehe

  • mamaJong

    salam…
    sy dulu silent reader awak,but now no more coz tgn dh giler gatal nk mengkomen entry awak yg best ni..mmg seronok bile bace smbil tersengih2..terkekek2…terbahak2 sengsowang..
    ape2 pon, keep it up lunatot’s =)

  • yuus

    err…bra ni macam best.. tapi untuk nursing aje ke?
    kalau takde baby/takde nak menyusu takleh pakai ke?
    nampak cam sedap/selesa je pakai….
    kalau wat as sports bra bleh ke? atau saja2 nak pakai di rumah je ke….

  • sya

    sue,
    baby danish dulu memang duk ngempeng je…
    penat penat pun, duk fikir,
    tak pe la.. dia ngempeng je, nanti susu jadi banyak lah..
    sebab banyak permintaan… hehehe…

  • azniscott

    Haha bab baby isap cangkuk bra tu kisah benar la sue.byk kali jd dan si bujang tu last2 geget kat areola sebab cangkuk tak kuar susu tak pun dia sesah je isap sampai bra basah haha

    Haha – pengalaman sendiri lebih mahal kan Azni.
    Ekeke…jadi, cubalah sleep bra, kurang risiko bra basah..ekeke (sambung gelakkk)

  • put3

    tidak pernah plak pasal letak susu perahan dalam air dalam baldi before masukkan dalam peti ais.menarik tu..good info sue 🙂

    Salam Put3, info itu tiada sumber rujukan mana mana ya.
    Ianya kerana cek Sue takut ke dapur sementara menanti waktu pagi (untuk mendapatkan suhu rendah) untuk susu tersebut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading