Bahasa Itu – Memuliakan Pelanggan

Bahasa itu.

Assalamualaikum cik sue. Saya Hani (bukan nama sebenar),27thn antara beribu yang mengikut setia perkembangan dan aktiviti terkini cik sue dan lunatots. Cik sue beri inspirasi untuk saya kembali menulis dan berusaha menjadi lebih baik sebagai ibu isteri anak usahawan dan wanita. Terima kasih cik sue.

Walau tidak pernah bersua rasa seolah kenal lama. Maaf ye cik sue. Oh cik sue ada mohon rakan-rakan kongsi atau cadangkan skincare agar tak perlu kongsi dengan suami kan? Ah-ha! Terus saya beranikan direct message cik sue. Maaf sekali lagi. Saya teruja untuk kongsi kebaikan skincare yang saya guna hampir setahun lamanya.

Produk dijamin kualiti.terjamin keputusan dan paling penting harga berbaloi dengan kualiti. Ye HERBALIFE SKIN namanya. Cik sue cari skincare yang dapat membantu mengurangkan kulit berminyak dan kecilkan liang roma? Saya cadangkan cik sue cuba polishing citrus cleanser bersama clarifying mint mask. Keduanya berfungsi untuk membantu atasi masalah yang cik sue hadapi. Diuji dan disahkan secara klinikal keputusan dalam 7 hari .

Oh,kalau cik sue mahu tahu lebih atau mahu cuba rasa, saya ada sediakan mini facial party , tapi nanti beritahu awal boleh saya sediakan cermin pink untuk cik sue. Itu sahaja cik sue. Terima kasih kerana membaca. Semoga allah mudahkan urusan cik sue 🙂

====================

Cik Sue kongsi mesej yang diterima semalam dari seorang ibu yang berbudi. Tiga perkara yang ingin dikongsi kan.

1. Berbudi pekerti Benar zaman teknologi semuanya mahu laju, cepat dan straight to the point. Kebanyakan perkara begitu. Hampir semua begitu — cuma bukan perhubungan. Tidak boleh tanpa pernah berbudi terus bertanya — saya suka awak, kita kahwin esok boleh? (Kecuali jika penanya ialah Anuar Zain) Kenalkan diri dan beritahu bagaimana kita pernah berhubungan seperti Puan Hani.

2. Be different. Pada waktu orang lain melakukan yang sama, kita lakukan berbeza.

The only thing we know about the future is that it will be different. -Peter Drucker-

Saya suka cara Puan Hani memberitahu tujuannya iaitu menyempurnakan impian pelanggan. Sudah lama sebagai usahawan, kita mahu mendapatkan jualan. Jelas dan bersuluh — fokusnya ialah jumlah jualan. Tambahkan tujuan kita kepada mendapatkan pelanggan. Menjaga pelanggan dan mendapatkan jualan bukanlah dua perkara yang tidak boleh dilakukan serentak kan.

3. Kenali pelanggan. Bagaimana rasa saya bila Puan Hani mahu membawa cermin pink? Bagai terbang di udara dan sudah mula feeling. Apa rasa pelanggan bila dimuliakan dengan panggilan Puan dan disebut namanya. Duit itu komoditi — barang tukaran transaksi. Ia ditukar dengan nilai. Bukan, nilai bukan harga barang semata. Bukan juga diskaun yang diterjemah dalam bentuk margin. Nilai itu apa pelanggan rasa. Seronok tidak terkira. Atau biasa biasa.

Puan Hani ini orang yang berjaya. Beliau melatih dirinya dari mula. Apa sahaja yang beliau jual kelak akan habis stok dan diminta orang. Kerana beliau menunjukkan kepada Cik Sue bagaimana menjaga ‘pelanggan’. Cik Sue baru belajar dan tak berhenti belajar. Barisan guru niaga ada dalam doa seorang Suraya.

*Nama Cik Sue tukar atas permintaan beliau.

Terima kasih Puan Hani.

from Puan Suraya Ali http://ift.tt/1NhmuEr
Facebook Post Suraya Ali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading