Bagaimana Menggunakan Double Pump

Saya kongsikan bagaimana menggunakan double pump dan dalam masa yang sama perlu mengadjust sedutan pam
Yang baik buat teladan, yang tak baik, kita kongsikan saaaampai jadi baik ya…hihi
——————

Email dari Puan Suzila,
saya telah membeli set spectra 3 di expo mid valley pd bulan 11 thn lepas. Saya baru melahirkan pd 11.1.11. Masalah sya, sya dh mula menggunakan pam itu tpi x faham mcmana nk guna double pumping? rasa susah nk control kedua-dua belah corong & pd masa yg sama nk adjust sedutannye… boleh explain?
adakah mesin ini mudah rosak jika sya selalu adjust sedutannya? sebab kekdg ambil masa yg lama nk adjust sampai betul2 selesa & sampai susu keluar…
tq

——————

Salam Suzila,
Tahniah diatas kelahiran baby 🙂

Cara menggunakan pam ada didalam manual yang disertakan bersama sama pam. Untuk menggunakan double pumping, kedua dua tiub dan corong disambungkan kepada mesin pam.

Bagi ibu yang baru menggunakannya, agak sukar untuk mengawal kedua dua corong dan dalam masa yang sama mengadjust sedutan, namun selepas beberapa kali latihan, insyaAllah Puan akan terbiasa. Bagaimana saya lakukan ialah, saya kepit corong di tshirt atau nursing bra sementara mengadjust sedutan.

Selain itu, sekiranya Puan Suzila memerlukan alat bantuan, ianya boleh dibeli secara online di link ini

Faktor faktor lain yang perlu diambil kira ialah, sedutan perlu mempunyai ruang vakum dimana membran, valve, tube dan botol bercantum dengan baik. Perhatikan sekiranya mulut corong tersangkut di bra mahupun baju yang dipakai kerana mulut corong perlu bersentuhan dengan kulit secara keseluruhan.

Mengenai masa yang diambil untuk susu keluar, ianya bergantung kepadamasa yang diambil oleh hormon dalam badan kita (oksitosin) untuk mengecutkan otot dan mengeluarkan susu. Ia mungkin akan mengambil sedikit masa dan Puan perlu berada dalam keadaan selesa.
Pada kebiasaan ketika bayi menyusu dari ibu secara terus, ianya juga akan mengambil sedikit masa sebelum signal dihantar ke otak bahawa susu ibu perlu dipancutkan.

Selamat menyusukan dan mengepam untuk menyimpan stok ya semua ibu.

Cara cara lain untuk mengepam double pumping (menggunakan elastic band) seperti gambar dibawah yang diambil dari link ini

Catatan Puan Suraya di petang hari selepas memaksa semua anak tidur…hihi

5 comments

  • ayu_02607902395101540999

    dulu2 masa tak tau pumping pal ni, mmg guna mcm kepit juga..last2, jumpa haza n dia la yg rekemen pumping pal ni..memang berbaloi2 la sbb dapat pam depan pc n sambil buat kerja..hehe..skrg ni pam kena gantung sementara la..huhu..asyik luka je bila pam + kena gigit ngan danial..so, MARMET la menjadi pilihan..^_^

    Hihi..simpan pam untuk generasi yang seterusnya ya Ayu.

  • amirah

    sue, aritu terperasan sue guna breast pump wireless (??) (masa pergi brunei) mengepam dalam kapal terbang. review ok ke tak buleh ke?yg mana sesuai untuk travel selain manual pump?

    Amirah, nanti Sue ceritakan ya dalam entri yang berikutnya.

  • suliana

    sy pun pakai double pam juga.. alhmdlh mula2 mmg kekok tapi lama2 ok. sambil menaip pun blh wat ngepam 🙂 sy tinggikan skit peha atau letak buku/bantal di peha, adjust2 kasi betul skit corong then stat to pump 🙂

    Ha a, kadang kadang selit celah baju sambil bersila.
    Macam macam gaya!
    Ekeke..

  • yanmie

    Salam,

    wah menarik nie, 1st tau pasal nie siap boleh sedut serentak…ehehe

    Betul tu Yanmie, makin mudah untuk ibu menyusukan anak dengan susu ibu sekarang ni. Macam macam ado!

  • fer

    Time saya pakai spectra3 saya pakai getah dapur je cam dlm gambar last tu, tapi pakai satu je, pakai 2 rasa cam longgar sgt.
    La ni dah ada freestyle, yg ada proper handsfree kit. Tapi byk sgt ceritanya, adapter la, clip sana clip sini..aahh pakai getah dapur je sonang! Kan best kalau blh mintak diskaun if tak pakai handsfree kit tu..

    Fer, Medela FS memang datang satu set siap dengan cooler bag yang comel.
    Bila dah expert, boleh selit je FS celah ketiak..hihi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading