Bagaimana Membawa Susu Perahan Semasa Travel

Cari punya cari punya cari artikel yang pernah saya tulis mengenai cara mengendalikan susu perahan (ebm) apabila travel samada ke luar negara atau dalam Malaysia
Saya jumpanya disini
Pengalaman Muzz semasa outstation di Jepun dan mengendalikan ebm di entri ini
Perkongsian Puan Farah mengenai cara membawa susu perahan daripada kampung ke rumah (selepas habis tempoh berpantang) disini

Gambar diambil semasa aktiviti Jalan Jalan Cari Makan saya & Haza bulan lepas


Baiklah, dari mula anda mengetahui anda bakal meninggalkan bayi (terutama bagi yang berusia dibawah 6 bulan) untuk outstation
Anda sudah boleh mula mengepam susu dengan lebih kerap
Dan menambahkan sesi pengepaman di waktu pagi dan malam
Tidaklah susah hati jika susu ibu yang ditinggalkan tidak cukup untuk anak nanti

Anggaran yang perlu ditinggalkan (lebih dan kurang)
– 30 oz sehari (bersamaan 10 botol yang diisi 3 oz setiap botol)

Semasa berpergian (ya ya, ayat tidak boleh blah), anda boleh mengepam 3 jam sekali atau pada bila bila masa waktu senggang yang boleh dimanfaatkan
Simpan susu yang diperah didalam cooler bag yang berisi ice gel
Dan setelah pulang ke bilik hotel, anda boleh memuatkan kesemua susu tersebut ke dalam peti ais beku (freezer) atau fridge sahaja

Nota tambahan : Susu tahan didalam fridge selama 5 hari

Pada hari kepulangan anda, muatkan kesemua susu perahan anda ke dalam cooler bag
Dinasihatkan mendapatkan cooler bag yang agak besar (bergantung kepada jumlah hari berpergian) dan tempat simpan susu yang bersesuaian
Anggaran sehari anda akan mengepam 30 oz  juga
Darabkan dengan jumlah hari
Jadi anda boleh agak berapa banyak botol atau plastik simpan susu yang perlu dibawa

Letakkan ice gel di bahagian bawah dan atas susu susu anda bagi memaksimakan suhu sejuk didalam cooler bag tersebut

Bagi perjalanan luar negara, susu perlu dimasukkan didalam luggage dan bukannya hand carry
Pertimbangkan berat maksima luggage anda yang mungkin boleh dibeli lebih awal
(Seperti AirAsia boleh sehingga 30kg)

Ting tong, berat luggage Puan Haza ialah 15kg
Ini bermakna tiada cas tambahan
(Berpeluh juga kami kerana masing masing terlupa yang susu perahan tidak boleh dibawa naik hand carry)

Setelah sampai ke Malaysia, keluarkan semua susu dan susu yang masih mempunyai kristal ais boleh disimpan semula didalam peti sejuk beku
Dalam gambar dibawah, photographer tidak pakar cuba untuk menunjukkan bahawa susu ibu ini masih mempunyai kristal ais

Memang ada bahagian yang cair namun seperti yang dinyatakan, susu ini boleh disimpan semula ke dalam freezer
Sekiranya ianya cair keseluruhan, ia perlu digunakan dalam tempoh 24 jam

Alhamdulillah, kesemua susu anak anak sudah selamat tiba ..hihihi
(Risaukan susu berbanding tuan punya badan ya..)

Susu yang ummi Haza bawa untuk anak anak selama 4 hari meronda kawasan…hihi
Mommy Sue pun bawa balik susu juga untuk adik Dzakwan
4 hari 4 malam mengepam, inilah hasilnya….ekeke
Tahniah Mommy!

Abang Dzakwan (sudah tukarka) tak sabar tunggu baby keluar supaya dapat berkongsi susu
Abang Zikry dah besar dan tak minum susu mommy dah
Bila diusik, abang Zikry masa kecil minum susu ibu kan?
Beria ria dia menafikan…”bukan, minum susu mommy sahaja!”

Selamat hari berkerja ya kalian
Kerja itu tak pernah sudah…dan harapnya entri ini dapat memberi manfaat sesama insan

Puan Suraya, Lunatots since 2007

14 comments

  • amirah

    hihihi..sikit pun berusaha untuk pam kan sue..rasa dah macam kais pagi makan pagi dah ni walaupun penyakit buatan orang belum tiba, tp demi anak ku pam kan jua..huhu

    4 hari 4 malam Sue ngepam..ekeke.
    Teringat2 anak di rumah masa mengepam.
    Semoga Amirah gigih!

  • Nur

    oh…thank you ya acik su!gigih sungguh mengepam yer..

    Welcome dear, sama sama ya kita menguatkan semangat yg berbaki ini..hihi

  • sue

    nk tanya, betul ke susu yg disimpan dlm fridge leh tahan 5 hari? nkrefer mana ye? coz dulu x silap saya leh tahan 48-72jam je kan? kalau leh sampai 5 hari, bgus juga coz kalu outstation takyah la tumpang freezer hotel.

    Salam SueQaisara,
    Sumber yang Sue dapat dari Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu. Faktor faktor seperti pengendalian susu perahan semasa dimasukkan ke dalam bekas, jenis peti ais mahupun suhu peti ais turut mempengaruhi.

    Walaubagaimanapun biasakan merasa susu ibu terlebih dahulu sebelum memberi bayi minum bagi mengelakkan terberi bayi susu basi ya.

  • suliana

    su,

    sy dah stop pam sejak tahu prgnt ni.. baru 2 hari. sbb tak yakin dgn diri sendiri utk pam smsa prgnt. cuma direct feed shja yg sy tak stop lagi, tgu dia stop sendiri je.. lgpun sy dah puas hati dpt susukan aqil lebih 2 tahun.. hehe.

    Su, Aqil dah besar…bertuah Aqil dapat minum susu ibu sampai lebih 2 tahun..Tahniah ibu!

  • Sofea

    Kagum n teruja tgk k.sue still bf dzakwan lg walaupun tgh sarat, syaza dpt smpi 1thn 1bln jer , stok pun dh smpi licin.. sedih laa :`(
    Igt lepas bersalin due 2June ni nk sambung bf kakak n adik dia skali, tak tau la syaza nk lg ke tak nak..
    (✖╭╮✖)

    Sofia, Sofia dah buat yang terbaik. Syaza dapat susu ibu sahaja 6 bulan pertama, mama dan papa cari info mengenai BF dari pregnancy lagi.
    Sofia jangan rasa macam tu ye.
    Nanti lepas bersalin, buleh pujuk Syaza manalah tahu jika dia mahu…peluk cium dari Kak Sue sekeluarga ya.

  • zira

    sue, talking about susu basi, camne nk bezakan susu basi ye? hehe…wlupun dh ada pengalaman mengepam tp mcm kurang je pengalaman..ada kawan tanya..dia x yakin nk simpan stok byk2 sbb ada stok dia yg dh 1 bulan mcm’soya basi’ hehe. sy just explain la yg susu ibu bila basi bukan nampak mcm susu formula bila basi, betul x? BTW sue, ingat sy pernah bgtau psl sy keje hosp n maybe nk invite sue bila ada apa2 karnival/ pameran? nak ke dtg smpi sg petani ni? hehe…nk seribu daya kan?

    Salam Zira,
    Susu ibu jarang basi kerana ada properties didalamnya yang memakan bendasing yang jahat…hihi
    Susu basi adalah seperti susu ibu yang tertinggal didalam botol dan incik suami terlupa masukkan didalam fridge selepas 1 ke 2 hari berada di luar.
    Sama macam makanan basi yang kita kesan daripada perubahan warna, tekstur dan baunya.

    Mengenai ke Sungai Petani, insyaAllah bila ada daya, Sue sampai..hihihi
    Keep in touch ya Zira!

  • siti

    salam akak..sy silent reader akak sblm ni..bila akak buat entry ni, saya tertanya2 jugak mcm mana nk solve masalah saya yang nk travel lame ni..
    buat pengetahuan akak, saya ni kerja offshore(nek kapal),.sekarang anak saya da berumur 7bulan dan saya da ready tuk memulakan tugas saya di atas kapal selepas lama berada di opis..
    masalahnya sekarang, kemungkinan kali ni saya akan bertugas selama sebulan atau lebih (bergantung pada job abis awal atau lama) di laut. tuk storage susu atas kapal xde masalah kerana ada frezer makanan. cuma mcm mana nk bawak balik nek flight ngn stok susu yang byk. saya terpikir tuk guna travel bag yang dipenuhi ngn ice pack tuk secure susu dari cair. boleh ke buat mcm 2?ke ada alternatif lain? yang saya search semua pegi travel dlm seminggu dua, muat lagi kalu nk letak dlm cooler bag biasa. tapi kalau lebih sebulan mcm mana pula?

    Salam Siti,
    Merujuk kepada entri sebelum ini, Siti boleh menggunakan bekas tempat simpanan ikan ini untuk meletakkan susu yang banyak

    Atau mungkin bekas tempat simpan nasi lemak yang kedap udara dan diletakkan banyak ais. Semoga selamat semuanya ya Siti, selamat mengepam!

  • norlina

    kak su, tu lah saya tengah pening sekarang. saya masih menyusukan anak first, umur 1tahun 6 bulan. and bulan may ni due anak second. lpas bepantang akan pindah ke miri. tgh fikir macamana nak bawak dari kampar perak ke klia, pastu ke miri pulak ebm yang saya kumpul masa berpantang nanti, insyaAllah. hari2 pikir sampai pening dah huhu. tahan ke nanti ish2

    Tahniah Norlina kerana masih menyusukan anak pertama dan bertekad untuk menyusukan bayi kedua nanti.

    InsyaAllah perjalanan dari Kampar ke KLIA (lebih kurang 3 jam) dan seterusnya ke Miri (lebih kurang 3 jam) tidak sempat membuatkan susu susu itu cair. Simpan didalam bekas yang berisi ice gel dan letakkan di luggage.

    Perjalanan Kak Sue tempohari adalah lebih kurang 7 jam.

  • Nik

    salam sue,
    kalo domestik flight boleh hand luggage ek EBM? Sy akan outstation 3hr ke sarawak. Dh beli freezer beg dr lunatots yg besar punya. Takut jgk bergaduh kat airport gara2 EBM ni…hehehe. Jgn dia suruh buang dahler…

  • ulfah

    hye sue..
    nak tanya, lepas keluarkan dari cooler beg tuh nak simpan dlm peti sejukbeku..dlm peti sejuk beku tuh plak brape lama tahan?kalau dlm peti biasa je boleh?brape lama lak tahan kalau peti biasa?tq

    Dalam peti ais sejuk beku 2 pintu – tahan 3 bulan
    Dalam peti ais sejuk biasa – 5 hari

  • ulfah

    oh ye sue..satu lagi, dlm cooler beg yg sue letak dlm luggage tu brape lame thn dlm beg tuh??

    Tahan lebih kurang 7 jam perjalanan.

  • Nur Azfahani Ahmad

    entry yg sgt berguna untk saya yg sedang berada di luar negara sekarang ni..tq so much Puan!

  • wawa

    kak…ad info sy bace kena hand carry susu…so kena hand carry/mskkn dlm beg?

    mmg kena bekukan susu ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading