ADV-Romantika Home Deco

Lebih alasan untuk ke Amcorp Mall?
Entri sebelum ini mengenai Kedai Buku Excess

Antara tempat menarik-mesti-singgah di sini ialah Home Deco Romantika
Bila anda melangkah masuk, anda pasti jatuh cinta
(bukan dengan pekerja tapi dengan koleksi barang home deco yang dijual disini)
Kalau hari hari saya ke Amcorp Mall, maknanya hari hari lah saya ke kedai ini (haha!)

Apa yang ada?
Jom acik Luna bawakan anda meninjau ninjau..

Bermula dari jam, jam dinding, jam letak atas meja, jam tangan tak ada ye
Semua ala Inggeris bunga ros setepek dengan harga yang berpatutan
Jam-terkinja-kinja-acik-nak-beli ini berharga RM59 sahaja
Fuh…kalaulah ada didinding rumah saya, hari hari saya menepati waktu tau bang
(Wahaha..janji tak buleh blah ..kih kih)
Termometer rumah pun ada!

Lampu tidur, lampu jaga memang cantik cantik belaka dengan harga RM58!
Cuba letak dibahagian tepi katil anda, tengok buleh tidur ke tidak…ekeke

Hiasan dinding kalau nak tulis Welcome, Terima Kasih atau This Is My Room Get Out hanya RM29!

Nak gantung gantung kunci, tudung ataupun sweater
Penyangkut ini hanya RM16 dan mampu menjadikan menggantung kunci sebagai momen yang menggembirakan..ekeke

Penyeri dinding ala Inggeris? Lukisan dibawah hanya RM10!
Letak di bilik anak anak mahupun ruang makan pun sesuai!

Sangkar cinta untuk hantaran atau untuk perhiasan hanya RM39!

Bagi teman teman yang pernah lihat bakul acik di entri ini

Saya beli dari Romantika Home Deco lah..hihi
Harganya RM39 dan RM49 mengikut saiz
Bakul besar untuk permainan anak anak, untuk baju kotor semuanya ada di sini
Anda pasti GERAM!

Pinggan mangkuk pun ada
Tapi saya jarang memusing melawat kawasan pinggan mangkuk sebab tak masak leka dengan bahagian home deco

Kan saya dah kata…Amcorp Mall memang menarik!
Romantika Home Deco berada di Ground Floor sementara Lunatots berada di Level 2

Bagaimana nak ke Amcorp Mall?

View Larger Map

Nota Mommy Luna : Jangan lupa singgah Lunatots Amcorp Mall ya..hihi

4 comments

  • zura

    WAHHHHHH … besh nye, x penah g amcorp mall …

    harus ku terjah

    Zura, kalau terjah Romantika Home Deco, roger acik di Lunatots Amcorp Mall ye..hihi

  • azzamoro

    su, kite pun lame kat kedai ni haritu. geram gile tgk semua brg. nanti nak pi amcorp mall nak borong…

    Haha ..itula Azza. Buat hiasan seisi rumahtangga ye tak..hihi

  • AMIRAH

    bagusnya amcorp mall sekarang..dulu waktu zaman berchenta2 sakan dulu..pegi sana pon nak tengok wayang jer..huhu..byknye kedai baru kat sana..termasuk lunatots kan..pling senang sebb bleh pegi naik lrt…(agak2 ada lagi tak flea market kat situ??)..wendunya k.l..ada masa nk jenguk ke lunatots..

    Waha..tiada lagi wayang disini. Tinggal anak anak wayang jaga Lunatots saja..ekeke (tiada kaitan kan)
    Flea market masih ada setiap Sabtu & Ahad. LRT turun di Taman Jaya.
    Kalau Amirah datang KL, singgah jenguk kami ya!

  • ila farish

    nak g AMCORP MALL gak la…teruja plak nak g sana…xpernah g pun..kesian kan..da lama duk KL xpenah gi..even everyday lalu FEDERAL HIGHWAY tu…sesambil tu blh singgah LUNATOTS…nak terjah lunatots amcorp pulak….

    Jom Ila jom, bawa Farish sekali ye 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading