12 Dis 2008

ini kisah saya & iki sepanjang majlis pernikahan kakyong pada 12 Disember 2008
walaupun dah hampir sebulan kakyong bernikah
tapi saya macam belum boleh menyesuaikan diri lagi dengan status baru kakyong
(aiceh, apa mengenanya saya pula kan kan)
selama ni sukahati menggediks dengan beliau ke sana kumari
tapi kini perlu meng’ekjas’ apa yang patut dan tidak digedikkan πŸ™‚

Petang Jumaat lepas Zuhur kakyong dah mula disolekkan
jurusolek ialah orang Ipoh,saya tak ingat apa namanya
kalau ada orang Perak yang berkenan, beritahu ye nanti saya carikan no phone nya
(haip qas, awak org Johor, awak cari jurumekap ekin mawi ye)
berseri seri kakyong kan?

bukan kakyong saje, macik2 pun join melawa
(alolo, nak cakap saya pun tengah melawa la tu kekdahnya)

majlis pernikahan akan di adakan di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
masa tu dah start syahdu syahdu teringat kenangan dolu dolu

Ammar Zikry ditidurkan dahulu sebelum bertolak ke masjid
*gigih tidur pakai kasut
(supaya nanti senang mommy nak bergambar bagai, takla dia meragam..keke)

Ini adalah semasa naib kadi meminta both pengantin perempuan dan ayah
untuk membaca memorandum ape ntah
(bukan memorandum la πŸ˜› persetujuan utk berkahwin dan mewalikan)
acece, nak nak dara time entri ni mesti berdebar debar kan?
saya selaku mak dara pun nerbes je rasa nya πŸ˜€ betul…

pengantin lelaki haruslah lebih debarannya
takut tersalah sebut namakah
terkurang sebut jumlah hantarankah
tertinggal IC kah


zikry? zikry tumpang berdebar juga
dia ceria sangat sangat semasa di masjid



merangkak seluruh masjid sambil membebel tegur tetamu yang hadir

saya cuba juga halang iki sikit sikit
tak mahu ada yang berbisik2 “anak sapa la tu..”
(sebenarnya saya tak kisah pun bisikan2 manja itew πŸ˜› serius..)

pst..saya bagi kalian lihat gambar saya dari jauh dulu
kasi warm up utk melihat lebih banyak gambar jelita menggedik di hehujung entri

sekejap zikry merangkak ke arah tok abahnya

tak lama lepas tu dia bergayut pada baju ayah
tak merasa lah ayah jadi photographer bebas sbb iki tak benarkan mu bebas
saya muka senyum senyum pada sedara mara panggil zikry dari jauh “sini…sini…”

saya terpaksa umpan zikry dengan handphone kalau nak dia duduk diam diam



dalam gambar di bawah, sebenarnya zikry tengah berbual dengan saya
saya amik gambar dari tepi macam jurugambar terlatih tengah merakamkan event

dari sudut kepala zikry,kita boleh nampak umi iki yang sedang menanti dengan sabar
(kalau acik mesti tak sabar dah…hihihi)

kalian boleh klik utk besarkan gambar (kalau kalau nak tgk jerawat iki)

ini anak cousin suami saya
birthdaynya sama tarikh dengan saya
sebab tu saya selalu puji “baiknya farhana, lembutnya..memang macam kak sue dia”
hihihi..farhana ni memang lembut kalians..
suara pun ala ala halus..semua yang lahir 16 Ogos memang begitu rasanya (hempph..)
pst erl, memangla kan… kan..

saat yang dinanti

“pacik, ni jumlah hantaran kurang satu lagi digit 0”
(sumpah, dialog acik reka)

ini gambar semasa sesi menyarung cincin
ala shanteksnya la kakyong kan kalian..

selaku anak yang taat, iki duduk diam diam menyaksikan the moment
*dan interprem dalam gambar sesepatutnya (macam mommy selalu buat)

orang keliling sibuk tengok pengantin
saya bisik kuat2 “abg, abg, amik gambar mommy!”

kemudian sesi bergambar sopan santun
saya, mak mertua & kakyong
saya nampak gemuk?
ooo..tu sebab baju saya besar tu
(uwaaaa…sebenarnya memang naik berat badan pun…uwaaa)

bergambar seisi keluarga
saya dah paksa dah suami makai baju nikahnya
dia “pakai baju melayu kena pakai sampin”
saya “pakaila…”
“maneleh, pengantin je pakai sampin”
“ayah tu pakai sampin”
“ayah tu ayah pengantin..”
“sukahati abg la, janji pink”

lagi pun dia nak ambil gambar saya pengantin
tak sesuai bersampin bagai kan..
ha, adapun sekeping gambar suami semasa bergambar satu family ..hihihi
tengah tengah tu pengantin baru
yang belah kiri tu pengantin baru tahun 2007

gambar kami berdua ada sekeping
tapi kan…saya sengeh saaaaangat besar
dan parut jerawat saya saaaaaangat nampak
ini barulah namanya sengih nampak gusi sampai ke telinga πŸ˜€

asal anak2 dara ni nak bergambar, saya terkinja kinja join
betul kalian, penuh kamera diorg dengan gambar saya
sampai rumah, diorg delete/edit

pengantin perempuan dikelilingi anak anak dara
(mode pandang kiri kanan buat buat takde salah cakap)

ni sebenarnya bergambar di meriam
tapi meriam tak seberapa nampak sebab nak masukkan gambar kami kami yang perasan vogue ni

ha, kan..saya mudah lupa
entri ni untuk pengantin, tapi gambar saya selambak penuh

ini gambar pengantin baru utk tatapan kalian
faiz, sabar…sabar…lagi sebulan ++ je πŸ™‚

yang bawah ni memang acik pura pura tak faham
apa fungsinya bergambar gedik begini
depan masjid pula tu!

selepas sesi gambar2, kami bertolak ke Kuala Kangsar Rest House untuk menikmati jamuan minum petang

Saya gembira, kakyong sudahpun disatukan dengan insan tersayangnya
semoga rumahtangga kakyong & cik abg sentiasa dalam keadaan sakinah & barakah..amin…
“successful marriage requires falling in love many times, always with the SAME person”

5 comments

  • alizareesya

    yang lain semua ok sue, cuma ayat nih jer yang tak tahan tu…. β€œsuccessful marriage requires falling in love many times, always with the SAME person”
    —–
    yang lain oke:sue berposing pelik di depan mesjid pun okeh kan za..hihi

  • Qas

    haha. ye la nanti ku ngontek la mak andam ekin itew.

    kaksu. baju mu cantek. kalau mu mekap, mu pakai slendang cam kakyong. mesti orang ingt mu yg nak tawen. haha
    —-
    kak sue shanteks: ayoyo akak dah mekap la itu qas πŸ˜› (nak cakap shantek la tu). pastu dah pakai selendang bagai dah…pun takde sape nak tawen ngan akak (masa hari itu la)

  • ayg

    alg, ayg belek2 gmbr alg, alg x perlukan braces. jgn nk gatai pakai braces k. hiks
    —–
    ayg : gambar nampak gusi tu ye? rasa macam perlukan braces utk gusi …grr…:mode ketap bibir:

  • Faizah

    ishh, nama aku terenteprem plk ctu :P, dh dpt kad? abg ipar mu yg pass tuh hihihi
    —-
    mu memang tau faiz: mentang2lah bersangkut..ha birasku kasi (kembang hidung konon ku sorang ada biras dalam dunia)..ekeke
    ku teringin lihatmu atas pelamin, selalu tengok kat MMU je..ikiki

  • chentahati

    wah… cumil la kak Yong. Cakap sama kak Yong, mau satu gambar bersanding dia tau..tau..tau.. sue jgn lupa tau..
    ——
    haa : kak zana nak sekeping gambar bersanding kakyong? nanti kalau sue jumpa dia, sue bitau ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading