10 minit untuk anak

10 minit sehari amat bermakna buat anak anak.
10 minit — tanpa perkongsian.
Betul betul dengannya sahaja.
Buat aktiviti seperti ikat rambut, makan bersama, gelak ketawa making joke.
Ia akan kekal lama dalam ingatan mereka.
Satu kisah yang diceritakan semula kepada Cik Sue. Tentang seorang anak berusia 6 tahun yang kerap menggigit kawan kawan semasa di tadika.
Apabila ditanya sambil bermain, dimana ibu dan ayahnya. Ayah sibuk kerja — jawabnya selamba.
Ibu pula buat apa? Ibu juga sibuk kerja.
Runtun hati sang guru.
Lalu kedua ibubapa dipanggil guru bukan untuk sebarang tuduhan cuma berbual untuk membantu sama sama menyelesaikan isu menggigit.
Ayah hadir. Ibu tiada.
Oh mungkin ibu bekerja luar kawasan.
Guru mula berbual mesra.
Daripada perbualan guru dapati ibu seorang suri rumah dan tidak bekerja.
Jadi kerja apakah yang anaknya kata sibuk kerja?

Kisah ini untuk sesuatu kita fikirkan.
Bagi ibu bekerja,  if you have to work. You have to work.
Buat paling baik dalam kerja mu.
Yang memelihara anak anakmu ialah Allah selain daripada kebaikan dirimu yang melindungi.
Usah terusan bekerja dengan rasa bersalah. Ia akan menyukarkan didikan kita kerana orang yang rasa bersalah tidak akan dapat mendidik seseorang untuk kebenaran.
Cik Sue kongsi kerana Cik Sue juga ibu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Google Lunafamily

Loading